Friday, 18 January 2019

Bengkel Caregiver Pesakit Kanser


Seri Kembangan,16 Januari 2019. Persatuan Kanser KanWork Satu sesi Focus Group Discussion (FGD) telah diadakan di Pejabat KanWork untuk mendapatkan input daripada caregiver (penjaga) pesakit kanser berkenaan peranan, isu dan cabaran yang mereka lalui sepanjang menjaga pesakit kanser. Seramai 8 orang caregiver yang terlibat terdiri daripada pelbagai kategori seperti penjaga kepada ibu, ayah, anak, adik-beradik, suami atau isteri masing-masing. Maklumat yang telah dikongsikan akan membantu pihak KanWork dalam usaha menerbitkan bahan pendidikan khusus untuk care giver. Projek penerbitan ini merupakan kerjasama antara KanWork dan Lembaga Zakat Selangor. Pihak KanWork menghargai penyertaan dan sumbangan semua caregiver.

Wednesday, 16 January 2019

KISAH PEJUANG KANSER : AMAL SENAMAN QIGONG UNTUK GAYA HIDUP SIHAT

Seri Kembangan, 16 Januari 2019 – Persatuan Kanser KanWork dengan sokongan Australian Cancer Survivorship Center (ACSC), Australia telah mengambil inisiatif menjalankan My Story Project. Inisiatif ini merupakan pembangunan dan penerbitan artikel dimana pesakit, ahli keluarga dan sukarelawan berkongsi pengalaman mereka dalam menangani kanser. Perkongsian tersebut diharap dapat dijadikan panduan dan inspirasi kepada mereka yang terlibat dengan kanser. 

Artikel ketiga yang bertajuk “Amal Senaman Qigong untuk Gaya Hidup Sihat” telah diterbitkan. KanWork juga mengalu-alukan sumbangan daripada organisasi korporat atau individu untuk pembangunan artikel seterusnya. Sila hubungi pejabat KanWork (1 800 22 8672) untuk maklumat lanjut.

Sunday, 13 January 2019

Lawatan Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Brunei ke KanWork




Seri Kembangan, 7 Januari 2019. Persatuan Kanser KanWork telah menerima kunjungan daripada seorang ahli Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Brunei, Datin Hajah Norlina Dato’ Hj. Abu Bakar. Terima kasih di atas kunjungan dan buku “Al-Quran Terapi Kanser Bersumberkan Ayat-Ayat Suci Al-Quran” yang diberikan. KanWork telah mengambil peluang memberi bahan-bahan rujukan kanser terbitan persatuan ini untuk manfaat Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Brunei. Semoga kerjasama di antara kedua-dua persatuan ini berkekalan.