Monday 20 December 2021

Kem Kesihatan Komuniti

 


Persatuan Kanser KanWork telah bekerjasama dengan Alumni STAR Klang bagi penganjuran program Kem Kesihatan Komuniti, Kem Patologi Cuti Sekolah, Forum Kesihatan Awam yang bertempat di Dewan Orang Ramai, Kampung Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor pada 17 – 18 Disember 2021. KanWork telah membuka booth pameran kanser, perkongsian pengalaman bersama survivor kanser dan jualan amal KanWork. Pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang program dari pelbagai agensi dan institusi. Terima kasih kepada penganjur dan sukarelawan yang bersama-sama menjayakan program ini.

Thursday 16 December 2021

SUMBANGAN AKHIR TAHUN KanWork 2021

 


KanWork mengucapkan terima kasih atas sokongan dalam menjayakan program persatuan ini sepanjang 2021. KanWork masih mengalu-alukan sumbangan untuk pelaksanaan aktiviti persatuan:

  1. Sokongan pesakit/caregiver
  2. Memberi maklumat & pendidikan tentang kanser. 
  3. Penerbitan bahan pendidikan kanser
  4. Kesedaran kanser


Program KanWork 2021



Pencapaian Penyertaan KanWork 2021


Sila salurkan sumbangan ke :

CIMB: 8601945901 (Persatuan Kanser Network Selangor dan Wilayah Persekutuan)

atau

https://www.donate.kanwork.org


Sumbangan dikecualikan cukai. 


Pertanyaan: 

http://www.wasap.my/60172015817/SumbanganAkhirTahun2021


Tarikh akhir: 31 Disember 2021


Thursday 25 November 2021

Kanser: Penjagaan Sepanjang Masa


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE), UPM dan Persatuan Kanser KanWork akan membawakan anda Sesi Perkongsian Bersama Penjaga Pesakit Kanser Secara Dalam Talian sempena "National Family Caregivers Month" pada bulan November.


Topik : Kanser: Penjagaan Sepanjang Masa

Tarikh: 28 November 2021 (Ahad)

Masa : 10.00 - 11.00 pagi

Platform: Dalam Talian

Zoom dan Facebook Live CaRE UPM (facebook.com/upmcare).


Moderator: Dr. Asmah Ismail 

Pensyarah Kanan (Bimbingan dan Kaunseling), 

Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling,

Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM.


Barisan ahli panel (Penjaga pesakit kanser)

1. Tuan Haji Badrulhaisham bin Shamsuddin

2. Pn. Azlina binti Othman

3. Pn. Wan Zeli Zulaifah binti Wan Kamarudin


Penyertaan adalah PERCUMA.Terbuka kepada semua khususnya Penjaga pesakit kanser dan pesakit/ survivor kanser.


Link pendaftaran : https://forms.gle/xzq1DZZs2yiw4BjC9 atau imbas kod QR yang tertera.

Pendaftaran sebelum 26 November 2021 (Jumaat)


Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

CaRE: 03-97691011

KanWork: 013-5938627

Monday 22 November 2021

Bicara Kanser KanWork

 


KANSER & RAWATAN

Perbincangan tentang simptom, rawatan & pencegahan awal kanser

Tarikh : 27 November 2021 (Sabtu)

Masa : 2.30 - 4.00 petang

Platform : Zoom

Penceramah : Dr. Hayani Abdul Wahid

Perunding Onkologi Klinikal, Mahkota Medical Centre, Melaka


TERBUKA KEPADA SEMUA 

Pendaftaran ⬇️:

shorturl.at/bgpxF

(Link Zoom akan dihantar melalui emel yang didaftarkan)


Pertanyaan 📞:

0172015817

0135938627

eSijil Penyertaan disediakan

Daftar sebelum 26 November 2021

Mohon share. Terima kasih.

Tuesday 16 November 2021

Webinar Keluarga Sihat dan Harmoni : Bersama Mendepani Cabaran


Webinar Keluarga Sihat dan Harmoni : Bersama Mendepani Cabaran

Tarikh : 20 November 2021 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang

Platform : Zoom & Facebook Live

Anjuran : National Council of Women's Organisation Malaysia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Pertubuhan IKRAM Malaysia & KanWork

Pelbagai cabaran yang dihadapi apabila ada insan yang kita sayang ditimpa penyakit kritikal dan perlukan penjagaan yang lama. 

Dapatkan tips dan tunjuk ajar mendepani cabaran ini daripada pakar perunding perubatan keluarga dan psikologi klinikal. 

Serta dengarkan perkongsian daripada perspektif suami, anak, rakan dan penyampai perkhidmatan penjagaan paliatif mengenai peranan mereka dalam memastikan keluarga masih sejahtera dan harmoni walaupun ditimpa musibah.

🍀9.30 pagi:  Sesi Bual Bicara “Keluarga Sihat dan Harmoni” 

Moderator: 

Encik Hasri Harun (Pengerusi, Pertubuhan Pemberdayaan Bapa Penyayang)


Panelis: 

Prof Madya Dr Tan Chai Eng

Pakar Perunding Perubatan Keluarga

Jabatan Perubatan Keluarga, Fakulti Perubatan, UKM 


Puan Hjh Azlina Roszy Mohamad Gaffar,  

Pakar Perunding Psikologi Klinikal, 

Klinik Psikologi, Hospital Pakar An Nur Sesi Perkongsian


🍀10.45 pagi:  Sesi Perkongsian ‘Bersama Mendepani Cabaran’         

Moderator:  

Dr Indrani Ramachandran (Penulis Akademia, Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM)


Panelis:

Lt. Kolonel Othman Jailani

Suami kepada pesakit kanser


Prof. Madya Dr Aznida Firzah Abdul Aziz

Anak yang ibubapa mempunyai kemerosotan kognitif


Prof. Dr. Dayang Anita Abdul Aziz

Rakan kepada pesakit kanser 


Dr. Diana Katiman 

Penyampai Perkhidmatan Paliatif  

  

Sertai Webinar menerusi Aplikasi Zoom di pautan:

https://us02web.zoom.us/j/86442097659?pwd=QWk2cG80cnJlYjE5dzlVSVQrTk9Idz09


di Facebook NCWO: 

https://www.facebook.com/ncwomalaysia/


Daftar segera: 

https://tinyurl.com/RegistrationFormWKSH

 

🌷Semua dijemput hadir 🌷

 

Monday 8 November 2021

Majlis Bacaan Yasin

 


KanWork telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin pada 5 November 2021 secara dalam talian melalui platform Zoom. Majlis ini bertujuan untuk; (i) Menghadiahkan bacaan Yasin dan doa kepada ahli keluarga/sahabat yang telah pulang ke rahmat Allah, (ii) Mendoakan kepada ahli KanWork/ahli keluarga yang sedang/akan menjalani rawatan, (iii) Memohon kesejahteraan dalam menghadapi cabaran kanser dan pandemik Covid-19, dan (iv) Mengeratkan ukhwah.  

Majlis Bacaan Yasin dipimpin oleh ahli KanWork, Tuan Hj. Badrulhaisham Shamsuddin dan dihadiri seramai 44 orang.  KanWork sangat menghargai semua yang telah hadir dan memohon maaf segala kekurangan atau kesilapan.

Friday 15 October 2021

Bicara Kanser KanWork



PENGURUSAN KANSER KONTEMPORARI
Perbincangan tentang isu-isu terkini dalam pengurusan kanser seperti rawatan dan kesan sampingan.
🗓️ Tarikh : 16 Oktober 2021 (Sabtu)
⏰ Masa : 2.30 - 4.00 petang
💻 Platform : Zoom
🎤 Penceramah : Dr. Mastura Md Yusof
Pakar Perunding Klinikal Onkologi, Hospital Pantai Kuala Lumpur & Pusat Perubatan Subang Jaya
Pendaftaran ⬇️:
(Link zoom akan dihantar melalui emel yang didaftarkan)
Pertanyaan 📞:
0135938627
0172015817
Daftar sebelum 15 Oktober 2021. TERBUKA KEPADA SEMUA
TEMPAT TERHAD... Jom tunggu apa lagi!!!

Sunday 3 October 2021



Pelancaran Walkathon Amal KanWork 4 oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia

https://www.youtube.com/watch?v=rNYazu1QKWY

Terima kasih atas sokongan & kerjasama kepada KanWork 💐


 

Friday 1 October 2021

 


WALKATHON AMAL KanWork 4 (WAK4)

🚩 Bermula 3 Okt – 3 Nov 2021
🚩 Menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti berjalan. 
🚩 Aktiviti amal & sokongan untuk mereka yang terkesan dengan kanser.
🚩 Boleh dilakukan di mana sahaja dalam tempoh sebulan seperti di atas.

SEMUA DI JEMPUT HADIR KE PELANCARAN WALKATHON AMAL KanWork 4 oleh:

YB Khairy Jamaluddin, 
Menteri Kesihatan Malaysia

Tarikh : 3 Oktober 2021 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi
Platform: Zoom

Aktiviti menarik: 
Sesi senaman bersama Prof. Madya Dr. Mohd Nahar Azmi Mohamed
(Pakar Perunding Perubatan Sukan PPUM)

Untuk menyertai klik link👇

PELANCARAN WAK4⬇️
shorturl.at/nxIJR

PENDAFTARAN WAK4 ⬇️
https://apps.kanwork.org

Pertanyaan: 
📞 0135938627
📞 0172015817

Mohon dipanjangkan hebahan ini. 

Terima kasih.


Wednesday 29 September 2021

Walkathon Amal KanWork 4


 Walkathon Amal KanWork 4

🚶‍♀️🚶‍♂️🚶‍♀️🚶‍♂️


Jom sertai bermula
3 Oktober - 3 November 2021! 

🚩 Amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti berjalan kaki

🚩Aktiviti amal & sokongan untuk mereka yang terkesan dengan kanser

🚩Boleh dilakukan di mana sahaja - virtual


Pendaftaran: 

https://apps.kanwork.org

Monday 27 September 2021

Bual Bicara Sistem Imun

 


Seri Kembangan, 19 September 2021: Persatuan Kanser KanWork telah menganjurkan program Bual Bicara Sistem Imun secara dalam talian. Sesi yang dikendalikan oleh Dr. Nor Aniza Ali ini membincangkan kepentingan sistem imun dan cara mencapai sistem imun yang optimum bersama panel jemputan iaitu Dr. Azura Rozila Ahmad, Pakar Perunding Perubatan Onkologi (Hospital Beacon & Hospital Avisena), Dr. Nurul Huda Razalli, Pensyarah & Dietitian (UKM) dan Dr. Nik Nadirah Nik Azis, Pakar Klinikal Perubatan Sukan (PPUM). Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.

Thursday 16 September 2021

E-Buku CERITA KAMI KanWork





E-buku CERITA KAMI KanWork telah dilancarkan pada 8 September 2021 bersempena Majlis MoU Signing Ceremony - MassComm x CoPM (WonC).

E-buku CERITA KAMI KanWork merupakan kompilasi cerita pesakit/survivor kanser, sukarelawan serta rakan sokongan KanWork dalam mengharungi cabaran pandemik COVID-19. Ini julung kalinya KanWork menerbitkan bahan pendidikan dalam bentuk e-buku. 

E-buku ini juga sebagai salah satu sumber penjanaan dana persatuan dan ianya boleh di akses di http://ebook.kanwork.org


Terima kasih kepada semua penyumbang cerita dan semoga bermanfaat! 


https://www.facebook.com/520087918438554/posts/1251257545321584/

Bual Bicara KanWork SISTEM IMUN

Bual Bicara KanWork

SISTEM IMUN

Sesi bual bicara bersama pakar tentang kepentingan & cara untuk mencapai imun badan yg optimum

Tarikh : 19 September 2021 (Ahad)
Masa : 2.30 petang
Platform : Online Zoom

Panel jemputan:
Dr. Azura Rozila Ahmad
Pakar Perunding Perubatan Onkologi,
Beacon Hospital

Dr. Nurul Huda Razalli
Pensyarah & Dietitian, Fakulti Sains Kesihatan UKM

Dr. Nik Nadirah Nik Azis
Pakar Klinikal Perubatan Sukan PPUM

Moderator:
Dr. Nor Aniza Ali Shibramulisi
Ahli Seumur Hidup KanWork/Pengarah Perubatan AMC Rawang

TERBUKA KEPADA SEMUA

Klik link untuk mendaftar:
https://forms.gle/Epz6brQMCzfgxV1R8

Pertanyaan:
http://www.wasap.my/60135938627/BualBicaraImunBadan

📞 0135938627 (Nad)
📞 0172015817 (Yana)
📞 1 800 22 8672

Tempat terhad. Daftar sebelum 18 September 2021.

Mohon panjangkan hebahan ini.

Terima kasih.


 

Selamat menyambut Hari Malaysia ke-58 dari KanWork


 

Wednesday 21 July 2021

Selamat Hari Raya Aidiladha


Indah Langit Kerana Awan,
Indah Laut Kerana Kebiruan,
Indah Aidilfitri Kerana Kemaafan,
Indah Aidiladha Kerana Pengorbanan


 

Thursday 1 July 2021

Bual Bicara KanWork : Pengalaman Positif Covid-19

 



Seri Kembangan, 27 Jun 2021: Persatuan Kanser KanWork telah menganjurkan program Bual Bicara: Pengalaman Positif Covid-19 secara atas talian (Zoom & Facebook Live). Sesi ini dikendalikan oleh Dr. Mazalan Kamis (Pengasas Bersama KanWork, Pakar Strategik & CEO iFiqr Solutions) bersama panel jemputan Dr. Nurul Yaqeen Mohd Esa (Pakar Perunding Perubatan Respiratori, Pusat Perubatan Sunway Velocity), En. Ashraf Muslim (Selebriti & Bekas Pesakit Covid-19) dan Puan Nurul Rehany Ramli (Survivor Kanser & Bekas Pesakit Covid-19). Panel jemputan berkongsi tentang pengalaman semasa disahkan positif Covid-19 dan proses rawatan serta kesan post Covid-19. Terima kasih kepada mereka yang telah menyertai dan menjayakan program ini.

Friday 25 June 2021

Hebahan Bual Bicara KanWork : PENGALAMAN POSITIF COVID-19

 


PENGALAMAN POSITIF COVID-19

Sesi bual bicara pengalaman bersama bekas pesakit Covid-19, survivor kanser & pakar perubatan.

Tarikh : 27 Jun 2021 (Ahad)
Masa : 2.30 petang
Platform : Online Zoom

Panel jemputan:
1. Dr. Nurul Yaqeen Mohd Esa
Pakar Perunding Perubatan Respiratori,
Pusat Perubatan Sunway Velocity.

2. En. Ashraf Muslim
Bekas Pesakit Covid-19 & Selebriti

3. Puan Nurul Rehany Ramli
 Bekas Pesakit Covid-19 & Survivor Kanser

Moderator:
Dr. Mazalan Kamis
Pengasas Bersama KanWork
Pakar Strategik & CEO iFiqr Solutions

TERBUKA KEPADA SEMUA

Klik link untuk mendaftar:

Pertanyaan:

📞 0135938627 (Nad)
📞 0172015817 (Yana)

Tempat terhad. Daftar sebelum 27 Jun 2021.

Mohon dapat share dan hebahkan kepada kenalan yang lain.

Terima kasih.

Tuesday 22 June 2021

Bual Bicara KanWork : Vaksin Covid-19 & Pesakit Kanser

 








Bual Bicara KanWork : Vaksin Covid-19 & Kanser

Seri Kembangan, 13 Jun 2021: Persatuan Kanser KanWork telah menganjurkan program Bual Bicara KanWork : Vaksin Covid-19 & Kanser  secara Online Zoom. Sesi yang dikendalikan oleh Dr. Nor Aniza Ali ini membincangkan isu vaksin Covid-19 dan kanser bersama pakar iaitu Prof. Dr. Nur Aishah Mohd Taib (PPUM), Prof. Dato’ Dr. Fuad Ismail (PPUKM) dan Dr. Aminudin Rahman Mohd Mydin (KPJ Damansara Specialist). Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan dan menyokong program ini.  


Friday 11 June 2021

Bual Bicara KanWork : Vaksin Covid-19 & Kanser

 


Forum tentang Vaksin Covid-19 & kanser bersama pakar

Terbuka kepada :
1. Ahli/Sukarelawan KanWork
2. Pesakit/Survivor Kanser
3. Penjaga Pesakit Kanser/Caregiver

Klik link untuk mendaftar:

Pertanyaan:

Daftar sebelum 12 Jun 2021 (Tempat terhad)


Tuesday 4 May 2021

Bakul Ramadan KanWork 2021


Seri Kembangan: Projek Bakul Ramadan KanWork 2021 telah dijalankan yang bertujuan untuk memberi sumbangan barangan keperluan asas harian kepada ahli KanWork yang berada dalam kategori B40/asnaf. Bakul Ramadan adalah hasil sumbangan melalui Program Infak Ramadan KanWork 2021 dan telah diserahkan kepada 11 orang ahli KanWork. Terima kasih kepada semua penyumbang dan semoga segala infak yang diberikan diberkati Allah. Infak Ramadan KanWork 2021 masih berlangung, untuk menyumbang boleh klik pada link : https://donate.kanwork.org . Semua sumbangan dikecualikan cukai.

Monday 3 May 2021

Larian Virtual Hari Kanser Sedunia 2021





Seri Kembangan: KanWork telah menerima jemputan dari Persatuan Kesihatan dan Kecergasan Putrajaya-Selangor untuk menyertai Larian Virtual Hari Kanser Sedunia 2021 bermula 15 Januari hingga 14 Febuari 2021. Seramai 20 ahli KanWork telah menyertai dan berjaya melengkapkan larian mengikut kategori yang dipilih. Aktiviti seperti ini dapat mengalakkan amalan gaya hidup yang sihat dalam kalangan ahli. Terima kasih kepada pihak penganjur, penaja serta ahli yang menjayakannya. Tahniah kepada penganjur atas penganjuran program ini.

Wednesday 28 April 2021

Bual Bicara KanWork: Sejahtera Rohani

 




Sejahtera Rohani:

Seri Kembangan: KanWork telah menganjurkan Program Bual Bicara KanWork : Sejahtera Rohani pada 25 April 2021 secara atas talian. Sesi dikendalikan oleh Dr. Mazalan Kamis bersama panel jemputan iaitu YBhg. Prof. Dr. Rohaizak Bin Muhammad (Pakar Perunding Pembedahan Endokrin & Payudara, UKMSC dan Ketua Pusat Islam UKM KKL) dan Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Binti Nik Saleh (Dekan Fakulti Syariah & Undang-Undang USIM). Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.

Majlis Bacaan Yasin KanWork




Seri Kembangan:  KanWork telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin pada 9 April 2021 secara atas talian dan dipimpin oleh Dr. Faisol Ibrahim. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini. Semoga kita sentiasa di dalam kesejahteraan dan Rahmat Illahi.

Chit Chat KanWork : Vaksin Covid-19 & Pesakit Kanser

 






Seri Kembangan:  KanWork telah mengadakan Program Chit Chat yang bertajuk Vaksin Covid -19 & Pesakit Kanser secara atas talian pada 4 April 2021. Penceramah jemputan adalah Dr. Saidatul Norbaya Buang, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.

Thursday 15 April 2021

Bual Bicara KanWork: Sejahtera Rohani

 


Hebahan Program Bual Bicara KanWork

Topik : SEJAHTERA ROHANI

Tarikh: 25 April 2021 (Ahad)
Masa: 10.00 - 11.30 pagi
Medium: Online Zoom & Facebook LIVE

Panel 1: 
Prof. Dr. Rohaizak Bin Muhammad
Pakar Perunding Pembedahan Endokrin & Payudara UKMSC
Ketua Pusat Islam UKM KKL

Panel 2:
Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Binti Nik Saleh
Dekan Fakulti Syariah & Undang-Undang USIM

Moderator:
Dr. Mazalan bin Kamis
Pengasas KanWork
Pakar Strategik & CEO iFiqr Solutions

Klik link untuk mendaftar: 
https://forms.gle/KPHY5iR6D5aHvQWr5

Pertanyaan:
http://www.wasap.my/60135938627/SejahteraRohani

Daftar sebelum/pada 23 April 2021

E-sijil kepada peserta yang berdaftar & menyertai melalui zoom sahaja.

Terima kasih.


Wednesday 14 April 2021

Infak Ramadan

 



KanWork mengalu-alukan sumbangan/infak untuk :

1. Pelaksanaan program persatuan
2. Bakul Ramadan untuk ahli KanWork yang layak.

Sila salurkan infak ke:
1. CIMB : 8601945901 (Persatuan Kanser Network Selangor dan Wilayah Persekutuan)
atau
2. https://donate.kanwork.org

Sumbangan dikecualikan cukai

Pertanyaan : 
https://www.wasap.my/60172015817/InfakRamadan

Semoga Allah memberkati dan merahmati Tuan/Puan. Mohon juga dapat dipanjangkan kepada kenalan Tuan/Puan.

     Terima kasih. 🌻

Friday 9 April 2021

MAJLIS BACAAN YASIN KanWork


Majlis Bacaan Yasin KanWork bertujuan :

1. Menghadiahkan kepada ahli keluarga/sahabat yang telah pulang ke rahmat Allah.

2. Mendoakan kepada yang sedang/akan menjalani rawatan.

3. Memohon kesejahteraan dalam menghadapi cabaran kanser & pandemik Covid-19.

4. Mengeratkan ukhwah

5. Menyambut kedatangan Ramadan Mubarak.


Semua ahli, sukarelawan, associate, rakan sokongan & lain-lain dijemput hadir. 

Untuk penyertaan link dibawah: http://www.wasap.my/60172015817/BacaanYassin

Link Zoom akan diberikan selepas pengesahan pendaftaran.

Terima kasih.


 

Tuesday 23 March 2021

MESYUARAT AGUNG KanWork KE 16

 



KanWork telah mengadakan Mesyuarat Agung KanWork ke-16 di The Plot by Apadana Agro, MAEPS Serdang pada 21 Mac 2021. Terima kasih kepada semua ahli yang hadir.

Monday 22 March 2021

MARI BERKEBUN

KanWork telah menganjurkan Program Mari Berkebun di The Plot by Apadana Agro, MAEPS Serdang pada 21 Mac 2021. Antara kandungan program ialah kaedah penanaman tanaman herba serta pengurusan tanaman secara organik (pembajaan dan kawalan penyakit).  Sesi ini dikendalikan oleh Dr. Abas Mazni Othman. Terima kasih kepada semua peserta dan sukarelawan yang menjayakannya.









Kesedaran Kanser KanWork @Puspanita MPOB

Program Kesedaran Kanser KanWork di Mesyuarat Agung Puspanita MPOB ke 37 pada 19 Mac 2021. Dr. Nor Aniza Ali telah menyampaikan ceramah kesihatan tentang kanser di kalangan wanita. Terima kasih Puspanita MPOB atas jemputan ini.