Monday, 24 December 2018

KanWork @ Penyerahan “Buku Al-Quran & Doa Penawar Pesakit Kanser” kepada Penaja

Petaling Jaya, 10 Disember 2018 : Persatuan Kanser KanWork telah menyerahkan beberapa naskhah “Buku Al-Quran dan Doa Penawar Sakit Kanser” kepada YBhg. Dato’ Dr. Ibrahim bin Dato’ Hj. Abdul Wahid, Pengarah Perubatan & Perunding Klinikal Onkologi Beacon Hospital yang telah menaja percetakan buku ini. Terima kasih di atas sumbangan yang diberikan. Kepada yang berminat untuk mendapatkan buku ini, sila hubungi Helpline KanWork di talian 1 800 22 8672.

Monday, 17 December 2018

KanWork @ Targeted Therapy Welfare Fund for Breast Cancer


Petaling Jaya, 10 Disember 2018: Persatuan Kanser KanWork  telah menghadiri pelancaran “Targeted Therapy Welfare Fund for Breast Cancer” di Beacon International Specialist Centre yang disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia. Dana ini adalah inisiatif daripada Beacon Hospital dan Roche Malaysia yang bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan pesakit kanser payudara mendapatkan rawatan targeted therapy (Trastuzumab). Sila hubungi Helpline KanWork di talian 1 800 22 8672 untuk maklumat lanjut. 

Tuesday, 11 December 2018

MEMOHON SUMBANGAN AKHIR TAHUN DENGAN PELEPASAN CUKAI UNTUK KanWork



KanWork adalah sebuah NGO yang berdaftar sejak 2005. KanWork aktif menjalankan pelbagai aktiviti untuk survivor/pesakit kanser, carer/keluarga, dan masyarakat luar. Berikut adalah program 2018:
  1. Pendidikan. Memberi maklumat/pendidikan kepada ahli & awam.
  2. Lawatan & Sokongan Pesakit. Di Hospital Putrajaya setiap Khamis & lain-lain hospital atau di rumah mengikut permintaan. Bantuan Helpline 1 800 22 8672
  3. Peer Support. Sokongan di antara rakan senasib (pesakit / survivor / keluarga). 
  4. Sosial, Riadah & Kebajikan Ahli. Aktiviti amalan gaya hidup sihat (qigong, walkathon) serta sosial (jamuan raya).
  5. Pembangunan Bahan Pendidikan Kanser. Mencetak 3 risalah kanser dan membangunkan My Story 2.
  6. Pembangunan Sukarelawan. Memantapkan peranan sukarelawan.
  7. Kesedaran. Kempen kesedaran kanser di; komuniti, hospital, agensi kerajaan & swasta dan media.

KanWork tidak mempunyai sumber pendapatan/kewangan tetap. Persatuan ini hanya bergantung kepada yuran pendaftaran ahli dan sumbangan individu/organisasi. Oleh itu, KanWork menghargai sumbangan kewangan dari semua pihak. Mohon juga jasa baik Tuan/Puan untuk menghebahkan perkara ini. Layari blog, FB (Persatuan KanWork) & IG (kanwork_official) untuk melihat program yang telah dilaksanakan oleh KanWork.

Terima kasih di atas sumbangan Tuan/Puan

Friday, 30 November 2018

KanWork @ International Pathology Day Malaysia 2018


Putrajaya, 27 November 2018. Persatuan Kanser KanWork  telah menjalankan kempen kesedaran kanser di International Pathology Day Malaysia 2018 pada 26-27 November 2018 di Institut Kanser Negara dengan membuka booth pameran.  Terima kasih kepada pihak penganjur di atas jemputan dan sukarelawan KanWork yang telah menjayakan program ini.

Kempen Kesedaran Kanser KanWork Bersama Komuniti di Masjid Al-Mukminun, USJ 2


Subang Jaya, 24 November. Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Masjid Al-Mukminun, USJ2 telah menjalankan program Kempen Kesedaran Kanser KanWork Bersama Komuniti dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari di Masjid Al-Mukminun, USJ2. Turut menjayakan program ini ialah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Di antara pengisian program ialah; (1) ceramah kesedaran kanser oleh Prof. Dr. Norlia Abdullah (Pakar Perunding Kanan, Surgeri Rekonstruktif Payudara, PPUKM), (2) sesi perkongsian pengalaman bersama 3 survivor kanser dan seorang carer, (3) pemeriksaan kesihatan oleh LPPKN (ujian; glukosa, tekanan darah, indeks jisim tubuh, kolesterol, saringan kanser pangkal rahim, dan pemeriksaan klinikal payudara), (4) sembang diet oleh  Perunding Pemakanan, Dr. Suhaina Sulaiman, (5) pemeriksaan sendiri payudara, dan (6) pameran kesedaran kanser. Kempen ini telah dihadiri oleh 130 orang peserta. Pihak penganjur merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan kempen ini.

Thursday, 29 November 2018

PEMBANGUNAN SUKARELAWAN KanWork


Putrajaya, 22 November 2016 : Persatuan Kanser KanWork telah mengadakan aktiviti pembangunan sukarelawan khusus untuk sukarelawan melawat pesakit pada 22 November yang lalu.  Objektifnya adalah untuk memantapkan dan menambah baik peranan sukarelawan ketika melawat pesakit selain merapatkan hubungan dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan sukarelawan. Terima kasih kepada sukarelawan yang terlibat.





KUNJUNG HORMAT BERSAMA PENASIHAT PERSATUAN KANSER KanWork



Serdang, 19 November : Satu lawatan kunjung hormat dari Persatuan Kanser KanWork  ke Pejabat Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia (UPM), YBhg. Prof. Datin Paduka Datuk Dr. Aini Ideris telah diadakan pada 19 November yang lalu. KanWork diwakili oleh Dr. Mazanah Muhamad (Pengerusi KanWork), Dr. Rohani Ibrahim (ahli/sukarelawan) dan Cik Nor Aida Maskor (Pengurus KanWork). Lawatan kunjungan hormat ini adalah untuk menzahirkan penghargaan dan terima kasih kerana YBhg. Prof. Datin Paduka Datuk Dr. Aini Ideris telah menerima pelantikan sebagai Penasihat KanWork. Antara agenda yang telah dibincangkan ialah penambahbaikan peranan Persatuan KanWork dan juga usaha untuk jalinan kerjasama dalam membantu mereka yang terlibat dengan kanser. Ucapan terima kasih dan penghargaan sekali lagi diucapkan kepada YBhg. Prof. Datin Paduka Datuk Dr. Aini Ideris di atas kesudian menerima lawatan kunjung hormat ini. 


Tuesday, 27 November 2018

RISALAH KANSER BAHARU TERBITAN KanWork



Persatuan Kanser KanWork, 27 November 2018 – Menyedari tentang pentingnya penyampaian dan penyebaran maklumat yang tepat tentang kanser kepada pesakit serta orang awam, Persatuan Kanser KanWork telah membangunkan bahan pendidikan dalam bentuk risalah. Terkini, 1 risalah baharu telah diterbitkan iaitu Kanser Ovari

Risalah ini dipamer dan diedarkan semasa program-program kesedaran awam anjuran KanWork. Mereka yang memerlukan risalah ini boleh mendapatkannya dengan berkunjung ke Pejabat KanWork atau menghubungi talian helpline 1-800-22-8672.

Monday, 26 November 2018

KanWork @ Melawat Pesakit Kanser di Hospital



Melawat pesakit kanser di hospital merupakan salah satu aktiviti yang sering yang dijalankan oleh Persatuan Kanser KanWork. Tujuan lawatan ialah untuk memberi sokongan emosi dan berkongsi pengalaman dengan pesakit dalam usaha penyembuhan mereka. Sukarelawan KanWork melawat pesakit kanser di Hospital Putrajaya setiap hari Khamis. KanWork juga membuat lawatan pesakit di lain-lain hospital kerajaan dan swasta mengikut permintaan. Terima kasih atas kerjasama  hospital yang terlibat dan sukarelawan yang menjayakan program ini.




KanWork @ Program Anjuran Luar


Seri Kembangan, 12 November 2018 : Persatuan Kanser KanWork telah menyertai beberapa program anjuran agensi lain seperti Putra Green Run 2018 (29 September di Universiti Putra Malaysia, anjuran UPM) dan Empowered's Lung Cancer Awareness Charity Run 2018 (11 November di Taman Metropolitan Kepong, anjuran EMPOWERED - The Cancer Advocacy Society of Malaysia). Selain itu KanWork turut menjayakan program sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara. Antara program yang disertai adalah Living with Breast Cancer Carnival (2 Oktober di Beacon Hospital, anjuran Beacon Hospital), AVON Pink Light Mall Hunt (27 Oktober di Berjaya Times Square KL, anjuran AVON Cosmetics Sdn Bhd.), A Day of Creativity (27 Oktober di Wisma Yayasan Budi Penyayang, anjuran Yayasan Budi Penyayang), Aloha Pink Fitness Dance (28 Oktober di Pullman Putrajaya Lakeside, anjuran Breast Cancer Foundation), Caring Beyond Cancer 4.0 (28 Oktober di Palace of the Garden Horses, anjuran Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser, UPM) dan Batik Fun Walk 2018 (4 November di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur, anjuran Yayasan Budi Penyayang). Tahniah kepada penganjur dan terima kasih ahli serta sukarelawan KanWork yang menjayakan program. 



Thursday, 15 November 2018

KanWork @ Hari Terbuka Psikologi 2018

Putrajaya, 8 November 2018 Persatuan Kanser KanWork telah menyertai Hari Terbuka Psikologi 2018 anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya dengan membuka booth kesedaran kanser (pameran bahan pendidikan kanser). Terima kasih kepada pihak penganjur di atas jemputan dan sukarelawan KanWork yang terlibat menjayakan program ini.

Wednesday, 14 November 2018

KanWork @ Kempen Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Negeri Terengganu


Kuala Terengganu, 27 Oktober.  Persatuan Kanser KanWork telah turut menjayakan Kempen Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Negeri Terengganu (Pink Carnival 2018) anjuran Kelab Surgeri Terengganu, Hospital Sultanah Nur Zahirah. Di majlis tersebut Dr. Mazanah Muhamad, Pengerusi KanWork telah menjadi ahli panel forum “You are Not Alone, Lets Fight!”.  Sesi tersebut telah dihadiri oleh 100 peserta yang terdiri dari orang awam, pesakit dan survivor kanser. Di karnival yang sama, 1300 peserta telah menyertai “Pink Run 2018”. Tahniah kepada pihak penganjur!





Tuesday, 30 October 2018

KanWork @Wear It Pink, Pantai Hospital Kuala Lumpur


Shah Alam, 21 Oktober 2018 Persatuan Kanser KanWork Pantai Hospital Kuala Lumpur telah menganjurkan Kempen Kesedaran Kanser Payudara “Wear It Pink” bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara sepanjang Oktober ini. Salah satu aktiviti yang diadakan ialah Charity Golf Tournament Tee Off di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah untuk menjana dana daripada program ini. Dana yang telah dijana diberikan kepada 3 persatuan yang terpilih. Persatuan Kanser KanWork merupakan salah satu persatuan yang menerima sumbangan ini. Pihak KanWork mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat. Semoga sumbangan yang diterima ini dapat dimanfaatkan dengan pelaksanaan aktiviti untuk mereka yang terlibat dengan kanser. 

Friday, 26 October 2018

KanWork @ TEMAN Mega - Bowl Your Blues Away


Ampang, 13 Oktober 2018 Persatuan Kanser KanWork  telah menyertai Program TEMAN Mega - Bowl Your Blues Away yang diadakan di Ampang Superbowl, Ampang Point Shopping Centre. Program ini adalah anjuran Team Effort in Maintaining Awareness and Nurturing Breast Cancer Patient (TEMAN), HCTM, PPUKM. KanWork diwakili oleh survivor dan sukarelawan. Tahniah kepada Team KanWork yang telah memberi komitmen dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. 

KanWork @Seminar Kesedaran Kanser Payudara Peringkat KKM 2018


Persatuan Kanser KanWork  Seminar Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2018 telah diadakan pada 9 Oktober yang lalu. KanWork diwakili Dr. Mazanah Muhamad dan Pn. Asmah Salam telah dijemput sebagai ahli panel forum yang bertajuk “Saat Anda  Disahkan Menghidap Kanser Payudara”. Selain forum, turut diadakan ialah Ceramah Kanser Payudara, senaman serta rawatan dan pencegahan. Semoga perkongsian sesi ini memberi manfaat kepada peserta yang hadir. Tahniah kepada Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM atas penganjuran seminar ini.

Tuesday, 23 October 2018

KanWork @ World Cancer Congress 2018



Kuala Lumpur, 4 Oktober 2018 Persatuan Kanser KanWork telah menyertai World Cancer Congress (WCC) 2018, anjuran The Union International Cancer Control (UICC) pada 1 hingga 4 Oktober di Kuala Lumpur Convention Centre. 3 ahli KanWork telah membuat pembentangan 6 kertas kerja yang merangkumi tajuk berkaitan Kesedaran Kanser di Komuniti, My Story, Peer Support, Peranan Pusat Sumber Kanser dan Program Pendidikan Kanser. Kertas  kerja ini adalah berasaskan bukti amalan (evidence based practice). KanWork ialah sebuah institusi yang berdaftar sebagai ahli UICC. Melalui kehadiran dan pembentangan kertas kerja di WCC ini, ahli KanWork telah dapat menimba ilmu, berkongsi pengalaman dan networking dengan lain-lain peserta (tempatan dan antarabangsa) yang terlibat. Pengalaman pembelajaran ini InsyaAllah akan dimanfaatkan dalam usaha memajukan KanWork.

Monday, 24 September 2018

KISAH PEJUANG KANSER : CINTA YANG SEMPURNA UNTUK ISTERI

Seri Kembangan, 24 September 2018 – Persatuan Kanser KanWork dengan sokongan Australian Cancer Survivorship Center (ACSC), Australia telah mengambil inisiatif menjalankan My Story Project. Inisiatif ini merupakan pembangunan dan penerbitan artikel dimana pesakit, ahli keluarga dan sukarelawan berkongsi pengalaman mereka dalam menangani kanser. Perkongsian tersebut diharap dapat dijadikan panduan dan inspirasi kepada mereka yang terlibat dengan kanser. 

Artikel kedua yang bertajuk “Cinta yang Sempurna untuk Isteri” telah diterbit, dipamer dan diedarkan semasa program-program KanWork. KanWork juga mengalu-alukan sumbangan daripada organisasi korporat atau individu untuk pembangunan artikel seterusnya. Sila hubungi pejabat KanWork untuk maklumat lanjut.

Wednesday, 19 September 2018

WALKATHON AMAL KanWork 3


Serdang, 15 September 2018 Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia dan War on Cancer Malaysia telah menganjurkan Walkathon Amal 3 pada 15 September 2018 di Bukit Ekspo, UPM. Seramai 460 orang peserta yang terdiri daripada pesakit/survivor kanser serta keluarga, pelajar dan orang awam telah hadir memberi sokongan dengan sama-sama berjalan dan menyertai pelbagai aktiviti yang telah diadakan .

Flag Off peserta disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris (Naib Canselor, UPM). Selain aktiviti berjalan, turut diadakan Pemeriksaan Kesihatan oleh Beacon International Hospital, Piknik, Demonstrasi Senaman Qigong, Pameran Kesedaran Kanser oleh KanWork & Pusat Sumber Kanser UPM (CaRE UPM), Sesi Bersama Survivor, Bertemu Atlet UPM/Nasional dan aktiviti kanak-kanak (mewarna).

Terima kasih kepada semua rakan kerjasama, penaja & semua yang memberi sokongan dalam menjayakan Walkathon Amal KanWork 3.

Gambar-gambar sepanjang program boleh dilayari di FB Page Walkathon KanWork.

Friday, 3 August 2018

RISALAH KANSER BAHARU TERBITAN KanWork


Persatuan Kanser KanWork, 31 Julai 2018 – Menyedari tentang pentingnya penyampaian dan penyebaran maklumat yang tepat tentang kanser kepada pesakit serta orang awam, Persatuan Kanser KanWork telah membangunkan bahan pendidikan dalam bentuk risalah. Terkini, sebanyak 2 risalah baharu telah diterbitkan iaitu Kanser Prostat dan Kanser Otak.

Risalah ini dipamer dan diedarkan semasa program-program kesedaran awam anjuran KanWork. Mereka yang memerlukan risalah ini boleh mendapatkannya dengan berkunjung ke Pejabat KanWork atau menghubungi talian helpline 1-800-22-8672. KanWork ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja dan individu yang telah memberi sumbangan ikhlas serta sokongan untuk pembangunan dan percetakan risalah ini.

Thursday, 2 August 2018

PEER SUPPORT KanWork 3/2018


Seri Kembangan, 28 Julai 2018. Persatuan Kanser KanWork Satu sesi Peer Support KanWork telah diadakan di Pejabat KanWork. Tujuan sesi ini adalah untuk para pesakit, survivor serta penjaga (carer) berkongsi pengalaman menghadapi cabaran kanser serta mendapat sokongan emosi & psikologi. Seramai 11 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kanser. Moderator bagi sesi ini ialah Dr Meriam Omar Din, seorang kaunselor psikologi berpengalaman. Sesi Peer Support KanWork seterusnya akan diadakan pada 3 November 2018.

Wednesday, 1 August 2018

KanWork @ War on Cancer


Kuala Lumpur, 26 Julai 2018. Persatuan Kanser KanWork telah menyertai program pelancaran War on Cancer Malaysia di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur. Program ini adalah inisiatif oleh College of Physician dan Academy of Medicine Malaysia. Pelancaran telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. KanWork telah membuka booth kesedaran kanser semasa program ini. 

Bersempena dengan pelancaran ini, KanWork telah terlibat untuk mengendalikan booth Sembang Bersama Survivor. Survivor yang terlibat terdiri dari pelbagai latar belakang kanser. Sesi ini memberi peluang untuk orang ramai berkongsi tentang cabaran dan pengalaman menghadapi kanser.


Qigong KanWork @ Kinrara Raya Picnic


Bandar Kinrara, 22 Julai 2018. Persatuan Kanser KanWork  Kumpulan Qigong KanWork @ Kinrara telah mengadakan Raya Picnic  Aidilfitri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Aktiviti QiGong KanWork diadakan setiap hari Ahad, dari 7.30 - 8.30 pagi di Taman Qaseh 3, Bandar Kinrara. Selain senaman  QiGong, ianya dapat mengeratkan ukhwah sesama ahli.

Semua dialu-alukan untuk turut serta di dalam Senaman Qigong.


Tuesday, 31 July 2018

Majlis Doa Selamat


Seri Kembangan, 20 Julai 2018. Persatuan Kanser KanWork telah mengadakan Majlis Doa Selamat untuk ahli-ahli yang bakal menunaikan haji. Majlis dimulai dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Yaasin dan Doa Selamat serta solat Isyak berjemaah. Majlis diketuai oleh Ustaz Samsul. Semoga dipermudahkan urusan haji mereka dan mendapat haji yang mabrur.

Wednesday, 18 July 2018

MAJLIS JALINAN AIDILFITRI KanWork



Putrajaya, 14 Julai 2018 Jalinan Aidilfitri Persatuan Kanser KanWork telah dihadiri lebih kurang 110 orang tetamu yang terdiri daripada ahli-ahli KanWork dan keluarga, sukarelawan dan rakan kongsi. Terima kasih kepada semua tetamu yang dapat hadir dan telah memeriahkan lagi majlis

Monday, 23 April 2018

KanWork @ Run For Life 7.0




Serdang, 22 April 2018, Ahli Persatuan Kanser KanWork telah menyertai program larian Run For Life 7.0 yang dianjurkan oleh Kolej Kedua, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama KanWork. KanWork turut membuka booth pameran dan jualan amal pada program tersebut. Program larian ini telah disertai lebih kurang 490 orang peserta. Terima kasih kepada sukarelawan KanWork yang terlibat menjayakan program ini.

Thursday, 19 April 2018

KanWork Fitness + Fun 1



Serdang, 15 April 2018 Persatuan Kanser KanWork  dengan kerjasama Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan program KanWork Fitness + Fun 1 yang bertempat di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian UPM. Program yang dihadiri 63 peserta ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan memberi pengetahuan dan kesedaran tentang penyakit kanser kepada semua. Di antara pengisian program Fitness + Fun 1 ialah Senaman Zumba, Ceramah Pemakanan Sihat oleh Pakar Pemakanan Klinikal UPM dan Terapi Ketawa . Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. 

KanWork @ PROGRAM BIOSIMILAR DAY 2018




Nilai, 5 April 2018 Persatuan Kanser KanWork telah menyertai Program “Biosimilar Day 2018” Bersempena Minggu Sains Negara 2018 di Inno Bio Ventures Sdn Bhd, Nilai. KanWork telah menerima jemputan untuk sesi perkongsian pengalaman yang diwakili oleh Dr. Aini Andria Shirin Anuarudin. KanWork turut membuka booth pameran dan jualan amal semasa program ini. Terima kasih kepada sukarelawan KanWork yang terlibat menjayakan program ini. 

KanWork @ Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2018



Cyberjaya, 8 Mac 2017 Persatuan Kanser KanWork telah terlibat sebagai pempamer sempena Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa (HWA) 2018 yang bertempat di Limkokwing University of Creative Technology. KanWork telah membuka booth pameran dan jualan amal semasa program ini. Terima kasih kepada sukarelawan KanWork yang terlibat menjayakan program ini.

Wednesday, 4 April 2018

Peer Support KanWork 2/2018





Bandar Kinrara, 31 Mac 2018. Peer Support KanWork telah diadakan di Nuz Natural Beauty yang bertujuan untuk para pesakit, survivor serta penjaga (carer) berkongsi pengalaman menghadapi cabaran kanser. Seramai 13 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kanser. Moderator bagi sesi ini ialah Dr Asmah Ismail, Pensyarah Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Putra Malaysia. Turut di adakan ialah Sesi KanWork Look Good Feel Better iaitu Teknik dan Tips Penjagaan Kulit (kulit kering kesan rawatan kanser) serta solekan oleh Nuz Natural Beauty. 

Seri Kembangan, 31st January, 2018. A Peer Support KanWork session was held at Nuz Natural Beauty. The purpose of this session was to provide opportunities for the patients, survivors, and carers to share their experiences on how they face the challenges of cancer. A total of 13 participants attended the session from various cancer backgrounds. The moderator for this session was Dr Asmah Ismail, Lecturer in Guidance and Counselling, Universiti Putra Malaysia. Also held was KanWork ‘Look Good Feel Better’ Session on skincare techniques and tips for dry skin due to cancer treatment as well as a make up session by Nuz Natural Beauty.

Monday, 26 February 2018

SENARAI AJK KanWork SESI 2018/2020


Pengerusi          
Dr. Mazanah Muhamad

Timbalan Pengerusi
Dr. Aini Andria Shirin Anuarudin

Setiausaha
Dr. Mariana Mohd Yusoff

Timbalan Setiausaha 
En. Tajaruddin bin Jasi

Bendahari
Cik Ruhaidah Ahmad

Timbalan Bendahari
Pn. Norma Muhamad

Ahli Jawatankuasa
Datin Dr. Rosenani Abu Bakar
Datuk Hasnah Haji Saleh
Dr. Norfilzatun Borhan
En. Badrulhaisham Shamsuddin
En. Wan Zamri Wan Ismail
Pn. Syanor Ain Shaharom
Cik Nadzirah Hanis Zainordin

Mesyuarat Agung KanWork ke-13





























Persatuan KanWork. Serdang, 24 Feb 2018. Mesyuarat Agung KanWork ke-13 telah diadakan di Bilik Kuliah 1, Fakulti Rekabentuk & Senibina, Universiti Putra Malaysia. Seramai 28 orang ahli telah hadir untuk bermesyuarat, mengetahui pencapaian aktiviti KanWork sepanjang tahun 2017 dan pemilihan Ahli Jawatankuasa KanWork sesi 2018-2020. Turut di adakan ialah Program Berkebun bersama KanWork yang mana ahli berpeluang mempelajari teknik berkebun serta menanam pokok hiasan dan herba yang dikendalikan oleh En. Abdul Karim Mansor, yang berpengalaman dalam bidang hortikultur.

Friday, 23 February 2018

BUKU : STORIES FOR OUR CHILDREN


Persatuan Kanser KanWork Dapatkan buku yang bertajuk “STORIES FOR OUR CHILDREN” terbitan Yayasan Rosni Noor. Buku ini mengisahkan tentang cabaran dan kesusahan dalam membesarkan anak-anak, di mana tiada siapa yang mengajar bagaimana untuk menjadi ibu bapa atau anak. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan buku ini dengan harga RM35 sahaja. Pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi 03 – 7880 2001 (Yayasan Rosni Noor).

BUKU : MENCARI KEBAHAGIAAN


Persatuan Kanser KanWork Dapatkan buku yang bertajuk “MENCARI KEBAHAGIAAN" hasil penulisan Dato' Hashim Abdul Wahab. Buku ini berkisar mengenai memoir seorang ahli pertanian, pengurus penyelidik, pengembara, pekerja kemasyarakatan dan pemimpin korporat.. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan buku ini dengan harga RM35 sahaja.

Friday, 9 February 2018

BUKU : STORIES OF TRIALS, TRIBULATIONS AND HOPE


Persatuan Kanser KanWork Dapatkan buku terbaharu yang bertajuk “STORIES OF TRIALS, TRIBULATIONS AND HOPE” terbitan Yayasan Rosni Noor. Buku ini mengisahkan tentang usaha, takdir dan harapan dalam mengharungi cabaran kehidupan dari pelbagai latar belakang dan pengalaman 23 orang penulis. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan buku ini dengan harga RM35 sahaja. Pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi 03 – 7880 2001 (Yayasan Rosni Noor).

PEER SUPPORT KanWork 1/2018


Seri Kembangan, 27 Januari 2018. Persatuan Kanser KanWork Satu sesi Peer Support KanWork telah diadakan di Pejabat KanWork. Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk para pesakit, survivor serta penjaga (carer) berkongsi pengalaman menghadapi cabaran kanser. Seramai 10 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kanser. Moderator bagi sesi ini ialah Puan Hamsiah Ahmad yang berpengalaman mengendalikan Peer Support KanWork. Senaman ringan yang dikendalikan oleh Dr Siti Hajar Ahmad diadakan sebelum sesi peer support bermula. Sesi Peer Support KanWork seterusnya akan diadakan pada 7 April 2018.


Seri Kembangan, 27th January, 2017. KanWork Cancer Society A Peer Support KanWork session was held at KanWork’s main office . The purpose of this session was to provide opportunities for the patients, survivors, and carers to share their experiences on how they face the challenges of cancer. A total of 10 participants attended the session with various cancer backgrounds. The moderator for this session was Puan Hamsiah Ahmad who is experienced in handling Peer Support KanWork. To kick start the peer support session, a light exercise session was conducted by Dr Siti Hajar Ahmad. The next Peer Support KanWork session will be held on 7th April 2018.