Saturday, 14 September 2019

Friday, 30 August 2019

KanWork @ Kempen “Love Your Life, Surviving Cancer”

Serdang, 24 Ogos 2019 Persatuan Kanser KanWork  telah mendapat jemputan Maybank Zon Kajang untuk bekerjasama dalam penganjuran Kempen “Love Your Life, Surviving Cancer” di Taman Tasik Sri Serdang. KanWork telah membuka booth pameran kesedaran kanser dan mengadakan sesi perkongsian pengalaman semasa kempen tersebut. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan kempen ini.

Wednesday, 7 August 2019

PEER SUPPORT KanWork 2/2019



Bandar Kinrara, 3 Ogos 2019. Persatuan Kanser KanWork. Satu sesi peer support telah dijalankan untuk pesakit, survivor serta penjaga (carer) berkongsi pengalaman menghadapi cabaran kanser serta mendapat sokongan emosi dan psikologi.  Tujuh belas orang peserta telah menghadiri sesi yang dikendalikan oleh Dr. Meriam Omar Din, seorang kaunselor berpengalaman.  Turut diadakan ialah senaman ringan, ceramah Keselamatan Produk Kosmetik oleh Pn. Maizatul Nadiah (SIRIM Malaysia) dan Demo Solekan oleh Puan Teezani

Terima kasih kepada rakan kerjasama Nuz Natural Beauty dan semua yang menjayakannya. Peer Support KanWork seterusnya akan diadakan pada 2 November 2019.










Wednesday, 17 July 2019

MAJLIS JALINAN AIDILFITRI KanWork 2019



Serdang, 13 Julai 2019 : Majlis Jalinan Aidilfitri KanWork telah dihadiri lebih kurang 120 orang tetamu yang terdiri daripada ahli KanWork serta keluarga, sukarelawan dan rakan kongsi. Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir serta memeriahkan majlia dan semua pihak yang menjayakan majlis ini. 






Monday, 8 July 2019

KanWork @ Program Pencegahan Kanser Melalui Pemakanan dan Gaya Hidup Sihat

29 Jun 2019, Seri Kembangan. Persatuan Kanser KanWork telah menyertai Program Pencegahan Kanser Melalui Pemakanan dan Gaya Hidup Siha di Dewan Orang Ramai Seri Kembangan. Program ini adalah anjuran Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia . KanWork membuka booth kesedaran kanser semasa program ini. Terima kasih atas jemputan dan kerjasama serta tahniah kepada pihak penganjur di atas penganjuran program ini.

KanWork @ National Cancer Survivors Day


27 Jun 2019, Petaling Jaya. Persatuan Kanser KanWork telah menyertai Program National Cancer Survivors Day di Beacon Hospital. Program ini adalah anjuran Beacon Hospital. KanWork membuka booth kesedaran kanser semasa program ini. Terima kasih dan tahniah kepada pihak penganjur di atas penganjuran program ini.

Friday, 28 June 2019

KanWork Merafak Sembah Tengku Permaisuri Selangor

26 Jun 2019, Shah Alam. Persatuan Kanser Network Selangor dan Wilayah Persekutuan (KanWork) merafak sembah menghadap DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin di Istana Bukit Kayangan pada 26 Jun yang lalu. KanWork diwakili oleh Pengerusi, Setiausaha, ahli/sukarelawan dan Pengurus. Merafak sembah ini sebagai menzahirkan penghargaan dan menjunjung kasih kerana Baginda berkenan menjadi Penaung Persatuan Kanser KanWork.

Wednesday, 26 June 2019

KanWork @ Raya Celebration, Breast Cancer Foundation

Petaling Jaya, 25 Jun 2019. Persatuan Kanser KanWork menghadiri Raya Celebration oleh Breast Cancer Foundation. Terima kasih atas jemputan. 

KanWork @ Sambutan Hari Raya Aidilfitri Universiti Putra Malaysia

Serdang, 25 Jun 2019. Dua orang ahli Persatuan Kanser KanWork telah menghadiri Sambutan Hari Raya Aidilfitri Universiti Putra Malaysia. YBhg. Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris merupakan Penasihat Persatuan KanWork. Tahniah UPM kerana telah mencapai ranking 159 terbaik dunia!

Wednesday, 15 May 2019

KanWork @ Radiotherapy Welfare Fund





Petaling Jaya, 14 Mei 2019 : Persatuan Kanser KanWork  telah menghadiri pelancaran “RM3 Million Halcyon Radiotherapy Welfare Fund” di Beacon International Specialist Centre yang disempurnakan oleh YB. Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Dana ini adalah inisiatif daripada Beacon Hospital yang bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan pesakit kanser mendapatkan rawatan radioterapi. Sila hubungi +6011-10906588 atau email: csr@beaconhospital.com.my untuk maklumat lanjut.

INFAK RAMADHAN KanWork 2019


KanWork mengalu-alukan infak/sumbangan Tuan/Puan. 



Infak Ramadhan ini merupakan salah satu fund raising KanWork untuk menampung kos pengurusan dan aktiviti persatuan.


Sumbangan online : MyGift2KanWork

Setiap sumbangan dikecualikan cukai. 

Semoga infak/sumbangan Tuan/Puan diredhai Allah.

Terima kasih. 

Monday, 13 May 2019

WAKTU OPERASI PEJABAT KanWork (sepanjang bulan Ramadhan)

Pejabat KanWork akan beroperasi dari jam 8.30 pagi - 5.00 petang sepanjang bulan Ramadhan. 

Harap maklum. Terima kasih.

Wednesday, 8 May 2019

INFAK RAMADHAN KanWork 2019



Persatuan KanWork mengalu-alukan sumbangan/infak untuk pembiayaan aktiviti KanWork


Sumbangan online :
MyGift2KanWork
(Dikecualikan cukai)

Sunday, 5 May 2019

PROGRAM PENDIDIKAN KanWork : NIKMAT SIHAT & CABARANNYA



Bandar Baru Bangi, 4 Mei 2019 :  Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Surau Al Sobah, Bandar Baru Bangi telah menganjurkan program tazkirah yang bertajuk “Nikmat Sihat & Cabarannya”. Tazkirah disampaikan oleh YBrs. Ustaz Jamir Md Saad (Pensyarah Kanan Pengajian Islam, Kolej MARA Banting). Peserta yang hadir terdiri dari survivor kanser, sukarelawan, carer (penjaga), serta orang awam. Di antara pengisian tazkirah ialah nikmat sihat, hikmah di sebalik ujian Allah serta persediaan menghadapi Ramadhan. Semoga tazkirah ini bermanfaat kepada semua yang hadir. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.




Saturday, 4 May 2019

KUNJUNG HORMAT BERSAMA PENGERUSI LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA (LPPKN)


Kuala Lumpur, 30 April : Satu lawatan kunjung hormat dari Persatuan Kanser KanWork  ke Pejabat Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), YBhg. Datuk Dr. Narimah Awin telah diadakan pada 30 April yang lalu. KanWork diwakili oleh Dr. Mazanah Muhamad (Pengerusi KanWork), En. Wan Zamri Wan Ismail (Ahli Jawatankuasa) dan Cik Nor Aida Maskor (Pengurus KanWork). Lawatan kunjungan hormat ini adalah untuk menzahirkan ucapan tahniah kepada YBhg. Datuk Dr. Narimah Awin atas pelantikan sebagai Pengerusi LPPKN yang baharu. Antara agenda yang telah dibincangkan ialah penambahbaikan peranan Persatuan KanWork dan juga usaha untuk jalinan kerjasama dalam membantu mereka yang terlibat dengan kanser. Ucapan terima kasih dan penghargaan sekali lagi diucapkan kepada YBhg. Datuk Dr. Narimah di atas kesudian menerima lawatan kunjung hormat ini. 

Friday, 3 May 2019

Lawatan Sambil Belajar KanWork ke Kuching, Sarawak

Kuching, 28 April 2019 Seramai 21 orang ahli dan sukarelawan Persatuan Kanser KanWork telah mengikuti Lawatan Sambil Belajar KanWork ke Kuching, Sarawak pada 26 – 28 April 2019. Antara objektif program ini ialah untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan Society for Cancer Advocacy (SCAN) dan Persatuan Kanser Payudara Sarawak (SBCSG). Selain itu, peserta turut melawat tempat menarik di sekitar Kuching. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat  dalam menjayakan program ini.

Tuesday, 16 April 2019

Bengkel Carer (Penjaga Pesakit Kanser) 2


Serdang, 15 April 2019 Persatuan Kanser KanWork dalam usaha membangunkan Buku Panduan Penjaga Pesakit Kanser. Satu Bengkel Carer (Penjaga Pesakit Kanser) 2 telah diadakan di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia yang bertujuan mendapatkan maklumbalas untuk penambahbaikan. Seramai 18 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada carer, survivor, pegawai perubatan dan sukarelawan.  Terima kasih di atas sokongan dan penglibatan semua dalam menjayakan bengkel ini. 

Wednesday, 10 April 2019

KanWork @ Program Cook with PRIDE

Petaling Jaya, 19 Mac 2019 Beberapa orang ahli Persatuan Kanser KanWork telah menyertai Program Cook with PRIDE di Pejabat Breast Cancer Foundation. Sambutan Hari Wanita Antarabangsa turut diraikan semasa program ini. Tahniah kepada pihak penganjur di atas penganjuran program ini.

Wednesday, 3 April 2019

PROGRAM PENDIDIKAN KanWork : LET'S TALK CANCER

Kuala Lumpur, 30 Mac 2019 Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Pantai Hospital Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Pendidikan yang bertajuk Let's Talk Cancer. Penceramah jemputan ialah Dr. Mastura Md. Yusof, Pakar Onkologi Klinikal, Pantai Hospital Kuala Lumpur.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan tentang maklumat asas kanser, apa yang perlu diketahui selepas menjalani rawatan, adakah kanser terkawal serta kanser berulang dan simptom.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan hadir menjayakan program ini. 

Monday, 1 April 2019

KanWork @ Kem Kesihatan Komuniti Kempen Gaya Hidup Sihat


Banting, 24 Mac 2019 Persatuan Kanser KanWork telah menyertai Program Kem Kesihatan Komuniti Kempen Gaya Hidup Sihat di Dewan Jubli Emas, Kampung Endah, Morib, Banting. Program ini adalah anjuran Persatuan Bekas Pelajar SMK Tengku Ampuan Rahimah Klang (Alumni STAR Klang) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK). KanWork membuka booth kesedaran kanser semasa program ini. Terima kasih dan tahniah kepada pihak penganjur di atas penganjuran program ini.

KanWork @ Program World Cancer Day Fun Run 2019


Putrajaya, 23 Mac 2019 Beberapa orang ahli Persatuan Kanser KanWork telah menyertai Program World Cancer Day Fun Run 2019 di Institut Kanser Negara. Terima kasih kepada MAKNA yang telah menaja ahli KanWork dan tahniah kepada pihak penganjur di atas penganjuran program ini.

Saturday, 30 March 2019

KanWork @ Bone Health Workshop



Kuala Lumpur, 9 Mac 2019 - Dua orang ahli Persatuan Kanser KanWork telah menghadiri Bone Health Workshop di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Intipati perkara yang dikemukakan dalam Bone Health Workshop berkisar tentang kesihatan tulang yang mungkin terjejas akibat penuaan, kesan sampingan rawatan seperti kemoterapi dan terapi hormon (kemusnahan tulang akibat rawatan kanser)  dan metastasis tulang.
Tulang menjadi tempat yang lazim bagi metastasis. Metastasis tulang atau “bone mets” terjadi apabila sel kanser dari tumor primer merebak ke tulang. Kanser prostat, kanser payudara dan kanser paru-paru besar kemungkinan akan merebak ke tulang. Dengan diagnosis dan rawatan yang sesuai, kebanyakan pesakit yang mengalami metastasis tulang dapat mengekalkan kualiti hidup yang baik.

Oleh itu, penting sekali bagi kita untuk mengetahui tentang kesihatan tulang. Tahniah kepada pihak penganjur.




Monday, 18 March 2019

MESYUARAT AGUNG KanWork ke-14



Serdang, 16 Mac 2019. Persatuan Kanser KanWork telah mengadakan Mesyuarat Agung ke-14 di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan menjayakannya.

Thursday, 7 March 2019

KanWork @ Forum : Improving Access to Affordable Cancer Treatments in Malaysia


Kuala Lumpur, 25 Februari 2019 - Beberapa orang ahli Persatuan Kanser KanWork telah menghadiri forum yang bertajuk “Improving Access to Affordable Cancer Treatments in Malaysia” di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya. Forum ini dianjurkan oleh Universiti Malaya, Pusat Penyelidikan Kanser Universiti Malaya, Akademi Perubatan Malaysia dan Together Against Cancer .Tahniah kepada pihak penganjur di atas penganjuran forum ini.

Pautan lain berkaitan forum :
  1. https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/02/26/ministry-calls-on-who-to-look-into-drug-pricing/#22ccsdVduxavWoDY.99
  2. https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/02/26/central-drug-procurement-system-to-kick-off-in-october/#lRwJ5wTmKZHU23k4.99

Tuesday, 19 February 2019

Kempen Kesedaran Kanser KanWork Bersama Komuniti @ Masjid Al-Imam At-Tirmizi Sri Sentosa

Sri Sentosa, Kuala Lumpur, 16 Februari - Bersempena dengan Hari Kanser Sedunia, Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Masjid Al-Imam At-Tirmizi Sri Sentosa, MAKNA dan Beacon International Specialist Centre telah menganjurkan program Kempen Kesedaran Kanser KanWork bersama Komuniti pada 16 Feb yang lalu. Di antara pengisian program ialah (1) Saringan Mamogram (Digital Mobile Mamogram) dan Pemeriksaan Klinikal Payudara oleh MAKNA, (2) Saringan Kesihatan oleh Beacon International Specialist Centre, (3) Ceramah Kesedaran Kanser oleh Dr. Azura Rozila Ahmad (Perunding Perubatan Onkologi, Beacon International Specialist Hospital), (4) Perkongsian Pengalaman Bersama Survivor, (5) Sembang Diet oleh  Dr. Suhaina Sulaiman (Pakar Diet), serta (6) Pameran Kesedaran Kanser. Kempen ini telah dihadiri seramai 200 orang dan telah mendapat liputan daripada Wanita Hari Ini TV3. Pihak penganjur merakamkan jutaan terima kasih semua pihak yang telah menjayakan kempen ini.

#WorldCancerDay2019
#iamandiwill

Friday, 8 February 2019

KanWork @ Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Kuala Lumpur, 30 Januari, 2019 - Persatuan Kanser KanWork telah membuat lawatan tidak rasmi ke Pusat Sumber Kanser Payudara dan Jabatan Onkologi Klinikal PPUM yang bertujuan untuk merapatkan kerjasama dalam usaha menyokong pesakit kanser. KanWork telah menyerahkan beberapa naskah penerbitan persatuan ini seperti buku doa, brosur kanser & "My Story".





Sunday, 3 February 2019

KanWork @ 6th Malaysia Breast Care Nurse Workshop 2019


Putrajaya, 29 Januari 2019 - Persatuan Kanser KanWork  telah dijemput untuk sesi Forum Bersama Wakil Breast Cancer Support Groups Malaysia bersempena dengan program 6th Malaysia Breast Care Nurse Workshop 2019 di Institut Kanser Negara. Selain KanWork, forum ini turut disertai oleh Yayasan Budi Penyayang, Amanita, Breast Cancer Welfare Association dan Breast Cancer Foundation. Semoga perkongsian sesi ini memberi manfaat kepada peserta yang hadir. Tahniah kepada Jabatan Pembedahan, Hospital Putrajaya atas penganjuran program ini.





Tuesday, 29 January 2019

PEER SUPPORT KanWork 1/2019


Seri Kembangan, 26 Januari 2019. Persatuan Kanser KanWork. Satu sesi peer support telah dijalankan untuk pesakit, survivor serta penjaga (carer) berkongsi pengalaman menghadapi cabaran kanser serta mendapat sokongan emosi dan psikologi. Empat belas orang peserta telah menghadiri sesi yang dimoderat oleh Dr. Meriam Omar Din, seorang kaunselor berpengalaman.  Senaman ringan turut diadakan sebelum sesi peer support bermula. Peer Support KanWork seterusnya akan diadakan pada 3 Ogos 2019.

Friday, 25 January 2019

Sekalung Penghargaan KanWork


KanWork mengucapkan terima kasih atas sokongan, sumbangan dan kerjasama semua dalam menjayakan persatuan ini sepanjang 2018. Rangkuman aktiviti seperti di dalam Buletin KanWork. KanWork juga telah merancang pelbagai aktiviti untuk tahun 2019 seperti di dalam Takwim 2019.  Semoga semua akan terus menyokong KanWork menjayakannya.

Terima kasih.

Mazanah Muhamad
Pengerusi Persatuan KanWork




Friday, 18 January 2019

Bengkel Caregiver Pesakit Kanser


Seri Kembangan,16 Januari 2019. Persatuan Kanser KanWork Satu sesi Focus Group Discussion (FGD) telah diadakan di Pejabat KanWork untuk mendapatkan input daripada caregiver (penjaga) pesakit kanser berkenaan peranan, isu dan cabaran yang mereka lalui sepanjang menjaga pesakit kanser. Seramai 8 orang caregiver yang terlibat terdiri daripada pelbagai kategori seperti penjaga kepada ibu, ayah, anak, adik-beradik, suami atau isteri masing-masing. Maklumat yang telah dikongsikan akan membantu pihak KanWork dalam usaha menerbitkan bahan pendidikan khusus untuk care giver. Projek penerbitan ini merupakan kerjasama antara KanWork dan Lembaga Zakat Selangor. Pihak KanWork menghargai penyertaan dan sumbangan semua caregiver.

Wednesday, 16 January 2019

KISAH PEJUANG KANSER : AMAL SENAMAN QIGONG UNTUK GAYA HIDUP SIHAT

Seri Kembangan, 16 Januari 2019 – Persatuan Kanser KanWork dengan sokongan Australian Cancer Survivorship Center (ACSC), Australia telah mengambil inisiatif menjalankan My Story Project. Inisiatif ini merupakan pembangunan dan penerbitan artikel dimana pesakit, ahli keluarga dan sukarelawan berkongsi pengalaman mereka dalam menangani kanser. Perkongsian tersebut diharap dapat dijadikan panduan dan inspirasi kepada mereka yang terlibat dengan kanser. 

Artikel ketiga yang bertajuk “Amal Senaman Qigong untuk Gaya Hidup Sihat” telah diterbitkan. KanWork juga mengalu-alukan sumbangan daripada organisasi korporat atau individu untuk pembangunan artikel seterusnya. Sila hubungi pejabat KanWork (1 800 22 8672) untuk maklumat lanjut.

Sunday, 13 January 2019

Lawatan Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Brunei ke KanWork




Seri Kembangan, 7 Januari 2019. Persatuan Kanser KanWork telah menerima kunjungan daripada seorang ahli Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Brunei, Datin Hajah Norlina Dato’ Hj. Abu Bakar. Terima kasih di atas kunjungan dan buku “Al-Quran Terapi Kanser Bersumberkan Ayat-Ayat Suci Al-Quran” yang diberikan. KanWork telah mengambil peluang memberi bahan-bahan rujukan kanser terbitan persatuan ini untuk manfaat Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Brunei. Semoga kerjasama di antara kedua-dua persatuan ini berkekalan.