Wednesday 2 March 2022

Mesyuarat Agung Persatuan Kanser KanWork ke 17





KanWork telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke 17 pada 27 Februari 2022 secara dalam talian. Forum ini telah dihadiri 45 orang ahli. 

Di mesyuarat tersebut aktiviti KanWork 2021 dibentangkan. Ahli telah memberi maklumbalas untuk penambahbaikan. 

Mesyuarat Agung KanWork kali ini juga adalah untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa sesi 2022-2024. Tahniah kepada yang berjaya. Semoga barisan kepimpinan baru ini akan terus memperkukuh KanWork menyokong  mereka yang terkesan dengan kanser.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan mesyuarat ini.

Thursday 3 February 2022

Sumbangan Prostesis & Bra KanWork







Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Oktober 2021, seramai 6 orang ahli KanWork telah menerima sumbangan Prostesis & Bra. Projek ini adalah inisiatif Puan Azzah Khalid yang telah mengadakan projek jualan amal. Beliau telah menghasilkan biskut/cookies dan hasil jualan diserahkan kepada KanWork bagi menjayakan projek ini. Terima kasih diucapkan kepada Puan Azzah atas inisiatif dan sumbangan ini. Terima kasih kepada semua yang telah hadir ke majlis serahan prostesis & bra yang di adakan pada 28 Januari lalu. KanWork juga mengalu-alukan kerjasama untuk penjanaan dana bagi membantu mereka yang terkesan dengan kanser.

Selamat Tahun Baharu Cina 2022


Persatuan Kanser KanWork mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua yang menyambutnya. Semoga tahun ini diberikan lebih banyak kejayaan dan kebahagiaan.