Wednesday 21 July 2021

Selamat Hari Raya Aidiladha


Indah Langit Kerana Awan,
Indah Laut Kerana Kebiruan,
Indah Aidilfitri Kerana Kemaafan,
Indah Aidiladha Kerana Pengorbanan


 

Thursday 1 July 2021

Bual Bicara KanWork : Pengalaman Positif Covid-19

 



Seri Kembangan, 27 Jun 2021: Persatuan Kanser KanWork telah menganjurkan program Bual Bicara: Pengalaman Positif Covid-19 secara atas talian (Zoom & Facebook Live). Sesi ini dikendalikan oleh Dr. Mazalan Kamis (Pengasas Bersama KanWork, Pakar Strategik & CEO iFiqr Solutions) bersama panel jemputan Dr. Nurul Yaqeen Mohd Esa (Pakar Perunding Perubatan Respiratori, Pusat Perubatan Sunway Velocity), En. Ashraf Muslim (Selebriti & Bekas Pesakit Covid-19) dan Puan Nurul Rehany Ramli (Survivor Kanser & Bekas Pesakit Covid-19). Panel jemputan berkongsi tentang pengalaman semasa disahkan positif Covid-19 dan proses rawatan serta kesan post Covid-19. Terima kasih kepada mereka yang telah menyertai dan menjayakan program ini.