Wednesday 28 April 2021

Bual Bicara KanWork: Sejahtera Rohani

 




Sejahtera Rohani:

Seri Kembangan: KanWork telah menganjurkan Program Bual Bicara KanWork : Sejahtera Rohani pada 25 April 2021 secara atas talian. Sesi dikendalikan oleh Dr. Mazalan Kamis bersama panel jemputan iaitu YBhg. Prof. Dr. Rohaizak Bin Muhammad (Pakar Perunding Pembedahan Endokrin & Payudara, UKMSC dan Ketua Pusat Islam UKM KKL) dan Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Binti Nik Saleh (Dekan Fakulti Syariah & Undang-Undang USIM). Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.

Majlis Bacaan Yasin KanWork




Seri Kembangan:  KanWork telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin pada 9 April 2021 secara atas talian dan dipimpin oleh Dr. Faisol Ibrahim. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini. Semoga kita sentiasa di dalam kesejahteraan dan Rahmat Illahi.

Chit Chat KanWork : Vaksin Covid-19 & Pesakit Kanser

 






Seri Kembangan:  KanWork telah mengadakan Program Chit Chat yang bertajuk Vaksin Covid -19 & Pesakit Kanser secara atas talian pada 4 April 2021. Penceramah jemputan adalah Dr. Saidatul Norbaya Buang, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.

Thursday 15 April 2021

Bual Bicara KanWork: Sejahtera Rohani

 


Hebahan Program Bual Bicara KanWork

Topik : SEJAHTERA ROHANI

Tarikh: 25 April 2021 (Ahad)
Masa: 10.00 - 11.30 pagi
Medium: Online Zoom & Facebook LIVE

Panel 1: 
Prof. Dr. Rohaizak Bin Muhammad
Pakar Perunding Pembedahan Endokrin & Payudara UKMSC
Ketua Pusat Islam UKM KKL

Panel 2:
Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Binti Nik Saleh
Dekan Fakulti Syariah & Undang-Undang USIM

Moderator:
Dr. Mazalan bin Kamis
Pengasas KanWork
Pakar Strategik & CEO iFiqr Solutions

Klik link untuk mendaftar: 
https://forms.gle/KPHY5iR6D5aHvQWr5

Pertanyaan:
http://www.wasap.my/60135938627/SejahteraRohani

Daftar sebelum/pada 23 April 2021

E-sijil kepada peserta yang berdaftar & menyertai melalui zoom sahaja.

Terima kasih.


Wednesday 14 April 2021

Infak Ramadan

 



KanWork mengalu-alukan sumbangan/infak untuk :

1. Pelaksanaan program persatuan
2. Bakul Ramadan untuk ahli KanWork yang layak.

Sila salurkan infak ke:
1. CIMB : 8601945901 (Persatuan Kanser Network Selangor dan Wilayah Persekutuan)
atau
2. https://donate.kanwork.org

Sumbangan dikecualikan cukai

Pertanyaan : 
https://www.wasap.my/60172015817/InfakRamadan

Semoga Allah memberkati dan merahmati Tuan/Puan. Mohon juga dapat dipanjangkan kepada kenalan Tuan/Puan.

     Terima kasih. 🌻

Friday 9 April 2021

MAJLIS BACAAN YASIN KanWork


Majlis Bacaan Yasin KanWork bertujuan :

1. Menghadiahkan kepada ahli keluarga/sahabat yang telah pulang ke rahmat Allah.

2. Mendoakan kepada yang sedang/akan menjalani rawatan.

3. Memohon kesejahteraan dalam menghadapi cabaran kanser & pandemik Covid-19.

4. Mengeratkan ukhwah

5. Menyambut kedatangan Ramadan Mubarak.


Semua ahli, sukarelawan, associate, rakan sokongan & lain-lain dijemput hadir. 

Untuk penyertaan link dibawah: http://www.wasap.my/60172015817/BacaanYassin

Link Zoom akan diberikan selepas pengesahan pendaftaran.

Terima kasih.