Tuesday 4 May 2021

Bakul Ramadan KanWork 2021


Seri Kembangan: Projek Bakul Ramadan KanWork 2021 telah dijalankan yang bertujuan untuk memberi sumbangan barangan keperluan asas harian kepada ahli KanWork yang berada dalam kategori B40/asnaf. Bakul Ramadan adalah hasil sumbangan melalui Program Infak Ramadan KanWork 2021 dan telah diserahkan kepada 11 orang ahli KanWork. Terima kasih kepada semua penyumbang dan semoga segala infak yang diberikan diberkati Allah. Infak Ramadan KanWork 2021 masih berlangung, untuk menyumbang boleh klik pada link : https://donate.kanwork.org . Semua sumbangan dikecualikan cukai.

Monday 3 May 2021

Larian Virtual Hari Kanser Sedunia 2021





Seri Kembangan: KanWork telah menerima jemputan dari Persatuan Kesihatan dan Kecergasan Putrajaya-Selangor untuk menyertai Larian Virtual Hari Kanser Sedunia 2021 bermula 15 Januari hingga 14 Febuari 2021. Seramai 20 ahli KanWork telah menyertai dan berjaya melengkapkan larian mengikut kategori yang dipilih. Aktiviti seperti ini dapat mengalakkan amalan gaya hidup yang sihat dalam kalangan ahli. Terima kasih kepada pihak penganjur, penaja serta ahli yang menjayakannya. Tahniah kepada penganjur atas penganjuran program ini.