Utama

Pengenalan
KanWork ialah satu kumpulan sokongan kanser yang menjalankan aktiviti ‘outreach’ atau aktiviti mendampingi komuniti. KanWork ditubuhkan pada tahun 2006 dan kumpulan ini berdaftar sebagai Persatuan Kanser Network Selangor dan Wilayah Persekutuan (KanWork). No Pendaftaran Pertubuhan : 2056-05-7.
Penubuhan KanWork bermatlamat untuk memberi sokongan dan informasi atau maklumat kepada mereka yang telah didiagnos menghidap kanser, mereka yang berminat, sedang atau telah menjalani rawatan (pembedahan, kemoterapi, radioterapi) dan mereka yang berminat atau yang sedang menjaga ahli keluarga atau kawan yang didiagnos kanser.

Visi
Untuk memastikan bahawa individu dan keluarga yang tinggal dengan mereka yang menjalani hidup dengan kanser tidak akan menempuh perjalanan itu bersendirian, dan keperluan penyembuhan mereka akan dipenuhi.

Misi
Untuk memberi maklumat berkaitan kanser kepada individu dan keluarga mereka yang berjuang dengan kanser agar dapat membantu mereka membuat keputusan dan menyediakan mereka dengan sokongan emosi dan rohani.

Aktiviti KanWork
Secara keseluruhannya KanWork menganjurkan pelbagai aktiviti seperti berikut :
  1. Mewujudkan Kumpulan Sokongan (Peer Support).
  2. Mengadakan lawan pesakit ke Wad
  3. Melawat pesakit di rumah
  4. Menganjurkan program pendidikan dan kesedaran bersama komuniti
  5. Mewujudkan jaringan rakan sebaya di kalangan pesakit/survivor
  6. Mewujudkan Sokongan jaringan e-group
  7. Menganjurkan aktiviti riadah & sosial
  8. Mewujudkan Pusat Sumber Kanser
  9. Mengadakan Program untuk sukarelawan

Sumber Kewangan KanWork :
KanWork tidak mempunyai pendapatan/sumber kewangan yang tetap dan hanya bergantung kepada sumbangan dari orang perseorangan atau organisasi di samping yuran keahlian ahli. KanWork sangatlah mengalu-alukan sumbangan anda bagi menjayakan semua aktiviti yang dirancang. Sumbangan anda akan diberikan pelepasan cukai pendapatan berdasarkan surat kelulusan daripada LHDN
Cara sumbangan:
1. Masukkan ke dalam akaun CIMB Islamic Bank Berhad di atas nama Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan. No akaun : 8601945901 dan
2. Hubungi :
Bendahari: Pn Ruhaidah Ahmad (012-6829644)  deqda18@gmail.com

Pen. Bendahari: Pn Norma (012-6651372) ann_amir@yahoo.com



Vission and Mission


Vission
To ensure that individual and their families, who are living with, through and beyond cancer will not journey it alone, and that their healing needs will be met.

Mission
To empower individuals and their families battling with cancer with information that helps them make decisions and to provide them with emotional and spiritual support.


Scope
  • Provide psychological, emotional and spiritual support to cancer patients and families.
  • Provide information and education on better disease management and coping strategies for cancer patients and survivors and their families,
  • Promote cancer awareness and prevention among the public.
  • Develop leadership for support group system. Promote recreational activities and health fitness programs.
  • Promote publication of educational material in local languages to reach wider segment of the population.
  • Promote related research for better disease treatment and management.
  • Support efforts on cancer related issues.
  • Link and collaborate with both local and foreign individuals, groups and institutions of common interests.
  • Other related activities.

No comments:

Post a comment