Thursday 30 April 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 17

Siri 17: MENULIS PUISI

Seorang ahli KanWork (survivor kanser) Puan Rabeah, gemar menulis puisi. Puisinya ada yang dikongsi di facebook. Mari kita hayati puisi beliau.

CANCER (1 st February 2018)
A pea sized lump, like a pebble
Tossed in water, ripples
A sense of foreboding gradually appears
Should I battle like a soldier?
Unleashed my fear
And embraced ‘whatever’
As I wonder
I turned to the weather
After the raging storm
The sun appears in its entire splendour
So I sailed on my healing journey
And braved the storm of chemotherapy
Like an epiphany
It emboldens me
My pain and anguish, fuel my journey
The tempest roar tells me
Come sail away
For the storm will make way
For a clear day.

RAMADAN (23rd April 2020)
Ramadhan used to be feast for the senses
There were many to be seen
A lot to be touched
The aroma of food that triggers, the cravings
The sound of Quran recitation from the masjid
Uplifting the spirit
This year
As Ramadhan is drawing near
There are only the sacred silence and
Awareness
For us to ponder
And seek His mercy and forgiveness.

Persatuan Kanser KanWork mengalu-alukan sumbangan/infak 
Ramadan Tuan/Puan untuk pembiayaan aktiviti persatuan

Sila layari : https://donate.kanwork.org (sumbangan dikecualikan cukai)

Wednesday 29 April 2020

KanWork Stay @Home : Cerita Kami - Siri 16

Siri 16 : FRONTLINER KESIHATAN

Sudah sebulan PKP dilaksanakan dan esok tempoh akan di lanjutkan lagi. Anda penat? Anda bosan? Jangan pentingkan diri sendiri. Fikirkan mereka yang masih perlu bekerja dan berjuang khususnya barisan frontliner kita.

Di sini kami kongsikan pengalaman dua frontliner (ahli KanWork) yang bertugas dalam menangani Wabak Covid-19.

Puan J sempat bertugas merawat pesakit Covid-19 selama seminggu.
Beliau perlu memakai pakaian perlindungan (PPE) semasa memberikan rawatan dan mengikut rutin semasa membersihkan diri. Tanpa disedari beliau mendapat alahan ketika menggunakan chlorhexidine. Beliau terpaksa menarik diri untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.

Walaupun begitu, Puan J masih ingin membantu para frontliner yang lain. Secara sukarela beliau bertukar tugas untuk menjahit PPE bersama rakan-rakan sekerja.

Bagi Puan R pemakaian PPE “Amatlah tak selesa. Panas berbahang dalam tu. Macam kita tak cukup oxygen je. Pakai mask N95 lagi 😭😭😭 Amat mememeritkan untuk habiskan setiap shif. Itu kalau tak sambung kerja. Jika tak cukup staf terpaksa kerja dan pakai PPE selama 18 jam 😭😭”. 

Walaupun mencabar, seperti frontliner lain Puan R terus berjuang. Kita ucapkan syabas kepada semua! Terima kasih. Semoga di beri ganjaran yang tinggi oleh Allah swt.

INFAK RAMADAN KanWork 2020


Tuesday 28 April 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 15

 
 
Siri 15 : MASAK APA?

Di bawah PKP, kita perlu duduk di rumah. Makanan ahli keluarga perlu disediakan mengikut bahan yang ada dan kegemaran mereka.

Ramai ahli KanWork yang suka memasak. Kalau kita kumpul menu, boleh buat satu buku resipi! Sebut sahaja menu apa yang viral di media sosial, mesti hendak cuba!

Keadaan sekarang memberi peluang untuk kita menjadi kreatif dan mencuba menu baru. Makin bertambah senarai bahan yang perlu dibeli oleh ketua keluarga.

Ada ahli mengambil peluang ajar anak-anak memasak. Seperti Puan A; “Semalam ajar anak laki-laki saya masak rendang. Kayu manis, dia panggil kayu sugi, bunga lawang, panggil bunga bintang. Ha ha 😀”. Peluang memasak begini boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Kadang-kadang kita masak lebih untuk dikongsi dengan jiran. Insya Allah akan eratkan hubungan kejiranan.

Walau apa pun, jangan lupa masak dan makan makanan yang sihat dan seimbang. Lebih-lebih lagi dibawah cabaran Covid-19 ini. Jangan ikut selera semata-semata.

Jom kita tengok koleksi menu hasil masakan ahli KanWork. Resepi? Tunggu di lain siri nanti. Insya Allah


Sunday 26 April 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 14

Siri 14 : BUKU SKRAP RESEPI

Kita boleh lakukan pelbagai aktiviti dalam tempoh PKP ini. Waktu ini, para ibu
mengambil peluang untuk buat housekeeping! Termasuk juga Puan WH
(survivor kanser).

Puan WH mengambil peluang untuk mengemas rak buku masakan. Rak buku
masakan? Pasti Puan WH seorang yang minat memasak dan mempunyai
pelbagai koleksi buku masakan. Sedang mengemas, beliau terjumpa satu buku resepi yang kosong. Seingat Puan WH, buku ini diberi oleh anak beliau 6 tahun lepas (ketika anak beliau baru berkahwin) untuk Puan WH menulis semua resepi warisan keluarga yang selalu beliau masak.

Puan WH fikir ini waktu yang sesuai untuk menyambung projek tersebut.
Dalam tempoh PKP ini, projek Puan WH adalah untuk mengumpul semua
resepi warisan keluarga. Puan WH juga menghubungi kakak, ibu saudara, dan
sepupu untuk melengkapkan resepi dan seterusnya projek Buku Skrap Resepi
ini!

Puan WH ada juga kongsikan beberapa resepi warisan keluarga beliau.
Selamat Mencuba !

Saturday 25 April 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 13

Siri 13: RAWATAN KANSER

Pandemik covid-19 memberi kesan emosi kepada pesakit kanser. Kumpulan ini merupakan golongan berisiko tinggi dijangkiti corovina virus. Di musim PKP ini ada pesakit yang takut untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Saya antara pesakit yang sedang terus menerima rawatan di hospital. Sekiranya barisan hadapan negara sedang berjihad membendung Covid-19, saya pula berjihad melawan penyakit untuk sihat. Apa yang perlu  digusarkan? Saya keluar dari rumah untuk ke hospital dengan niat beribadah kepada Allah. Doa dibaca dan hati berserah kepada Allah untuk segala urusan. 

Saya melihat banyak kelebihan mendapatkan rawatan ketika PKP; seperti perjalanan lancar di jalan raya, hospital lengang, tempoh menunggu pendek dan rawatan diterima dengan cepat. Kebetulan ketika PKP, saya dimasukkan ke wad untuk menjalani pemeriksaan kanser kerana banyak wad kosong.

Di musim PKP ini, penjagaan kebersihan diri di hospital perlu dipertingkatkan. Pemakaian pelindung muka, sanitasi serta penjarakan
sosial perlu diutamakan. Kesilapan kecil membawa padah.

Sebagai pesakit kanser yang terus berjuang, kebimbangan mendapatkan rawatan ketika covid-19 perlu disertakan dengan usaha mempertingkat penjagaan diri dan bertawakkal sepenuhnya kepada Tuhan. Sekiranya Allah mengizinkan jangkitan itu berlaku maka tetap
akan berlaku walaupun tanpa ke hospital.

Oleh :
Dr. Suhaina Musani
Pensyarah Kanan UMS KAL/Ahli KanWork
Pesakit kanser payudara

Friday 24 April 2020

KanWork Stay @Home : Cerita Kami - Siri 12

Siri 12:  BANTUAN

Hari ini kita kongsi pengalaman Datin DM, seorang survivor kanser/sukarelawan/rakan kongsi KanWork dari Bumi Kenyalang. Semenjak PKP beliau membantu mereka yang memerlukan dari rumah. 

Apa yang mendorong Datin DM?:
“Most of the days I do volunteering work. So when it’s lockdown, the minute all these messages for help; getting volunteer to sew, messages from those who are running low in food supply, ... etc. come to me, it’s my natural reaction to help out. Besides, I want to be useful, keep myself busy and knowing how the people especially in hospitals had helped me through my cancer treatment. It’s payback time, though maybe not to that particular individual.” (Datin DM)

Kita juga boleh membantu mengikut keupayaan sendiri. Jom!

Thursday 23 April 2020

Ramadan Mubarak dari KanWork


KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 11

SIRI 11: SOKONGAN RAKAN SENASIB (PEER SUPPORT)

“Puan, saya keseorangan. Anak-anak jauh. Bagaimana saya nak menjalani rawatan? Dengar banyak kesan sampingan. Risau juga!” Itu luahan seorang pesakit kanser kepada saya melalui telefon. Saya juga seorang survivor kanser. Sebagai seorang sukarelawan KanWork yang menyokong pesakit kanser, saya cuba membantu mereka dengan memberi sokongan sosial-psikologi.

KanWork memberi sokongan kepada pesakit kanser dan caregiver melalui lawatan ke rumah dan hospital, sesi peer support iaitu secara berkumpulan atau melalui telefon. Semenjak PKP sokongan ini diteruskan walaupun tanpa bersemuka iaitu melalui perbualan telefon dan aplikasi WhatsApp.

Anda tidak perlu menjalani kanser bersendirian. Sila hubungi Talian HELPLINE KanWork 1 800 22 8672 atau 013-593 8627, Isnin – Jumaat, 8.30 pagi - 5.30 petang untuk bantuan (https://kanwork.blogspot.com/p/aktivi.html)

Oleh MM (Sukarelawan Sokongan Pesakit)

Wednesday 22 April 2020

KanWork Stay @Home : Cerita Kami - Siri 10

Siri 10: KELAS ‘ONLINE’

Dalam tempoh PKP banyak aktiviti dilakukan secara dalam talian atau ‘online’. Hari ini seorang ahli KanWork, Puan NM berkongsi pengalamannya menghadiri kelas agama secara 'online’.

Sebelum PKP beliau menghadiri kelas agama di sekitar kediamannya. Alhamdullilah, beliau
dapat meneruskan kuliahnya semasa PKP tanpa bersemuka.

Mengikut Puan NM, antara kelebihan kelas secara ‘online’ ialah tidak perlu berkejaran untuk hadir. Walaupun hanya berada di rumah, semua kelas dapat disertai. Sebelum PKP, ada kelas yang tidak dapat dihadiri kerana pertembungan masa!

Dalam era digital ini, beliau juga dapat berkongsi pautan kelas ‘online’ melalui facebook. Jika tidak sempat untuk mendengar pada waktu itu, boleh dirujuk semula di masa-masa yang akan datang.

Antara kelas-kelas yang dihadiri oleh Puan NM adalah:
 “Terapi Diri Dengan Istighfar” oleh PU Yusof 
https://www.facebook.com/sekolahtadabburmelaka/videos/524994195056068/

Fadhilat & Rahsia Al-Quran oleh Sheikh Said Karawiah https://www.facebook.com/said.abdullatif.5/videos/2625809211034471/UzpfSTY3MzUxODk3MDoxMDE1ODA3NzgyMzQyODk3MQ/

Mengikuti kuliah agama secara ‘online’ mungkin akan menjadi satu kebiasaan baharu!

Tuesday 21 April 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 9

Siri 9: TADARUS AL-QURAN

Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakan yang ألم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf. “(Riwayat Al-Tirmizi).

Dalam tempoh PKP ini, KanWork telah mengadakan aktiviti Tadarus Al-Quran dalam talian di kalangan ahli. Alhamdulillah mendapat penyertaan yang menggalakan. 27 orang peserta telah selesai membaca 30 juzuk bersama. 

Diantara maklumbalas positif daripada peserta: 

“Sokong dan ambil bahagian aktiviti KanWork. Saya mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah (membaca Al-Quran)…. Menyuci jiwa kita dan hati jadi tenang”. (Peserta A)

“Rasa lebih bersungguh bila membaca Al-Quran sebab ada “deadline”. Dapat memperbaiki bacaan pada juzuk tertentu”. (Peserta B)

“Saya rasa dapat merapatkan silaturrahim sesama ahli bila membaca bersama ini walaupun tidak bersemuka” (Peserta C)

“Lebih bermotivasi….” (dengan ada rakan sokongan dalam kumpulan) (Peserta D)

Pada keseluruhannya, majoriti peserta mendapati mengikuti Tadarus KanWork bermanfaat: 

1. Menghidupkan amalan membaca Al-Quran.
2. Mendisiplinkan diri membaca Al-Quran.
3. Memperbaiki bacaan.
4. Lebih bermotivasi untuk membaca. 

Semoga diredhai Allah.  Sama-sama kita doakan semoga wabak ini akan segera berakhir.

Monday 20 April 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 8


Siri 8: MEMBUAT FACEMASK

Dalam keadaan Wabak Covid-19 sekarang, permintaan facemask sangat tinggi. Sana sini kehabisan stok. Ada yang sanggup beli walaupun harganya melambung tinggi dan tidak munasabah!

Justeru itu, beberapa ahli KanWork mengambil inisiatif untuk membuat facemask sendiri. 

Puan A membuat facemask bersama anak-anak. Satu peluang mengajar anak-anak menjahit. Mereka dapat membuat facemask dengan corak pilihan sendiri. Anak-anak rasa bangga dengan hasil kerja masing-masing walaupun ada yang salah saiz!.

Puan B memang ada kemahiran menjahit. Dalam situasi sekarang, sangat sesuai baginya membuat facemask untuk diri sendiri dan keluarga. Menurut beliau, menjahit merupakan satu terapi yang baik dan menyeronokkan! Puan B juga mendapat tempahan facemask dari rakan-rakan. Facemask yang boleh diletakkan filter pada bahagian dalam dan tali yang panjang untuk diikat, sesuai bagi yang memakai tudung.

Jangan lupa pakai facemask ya! 

Sunday 19 April 2020

KanWork Stay @Home - Cerita Kami - Siri 7

Siri 7: TAUGEH

Di program KanWork “Tanaman Microgreen” satu demonstrasi cara membuat taugeh telah dijalankan. Teruja mereka yang hadir! Semenjak PKP, beberapa orang ahli telah berkongsi pengalaman mereka membuat taugeh. 

Cara-cara membuat taugeh:

1.   Pilih kacang hijau yang elok.
2.  Basuh & rendam kacang di dalam bekas  selama 8 – 9 
     jam.
3.  Tapis kacang hijau.
4.  Letakkan kacang hijau di dalam bekas  yang di alas 
     dengan kain.
5.  Tutup bekas dengan menggunakan kain berwarna gelap. 6.  Letakkan di tempat yang gelap.
7.  Siram setiap 3-4 jam sehari & tapis. Jika air bertakung di 
     dalam bekas, taugeh akan mengeluarkan akar yang 
     panjang. 
8.  Dalam 3 – 5 hari akan menampakkan hasilnya.
9.  Keluarkan taugeh dari bekas, bersihkan akar.
10.Pastikan anda basuh dahulu sebelum memasak.

Tips membuat taugeh:
1.   Tutup dengan kain yang gelap untuk mengelakkan 
      cahaya. Taugeh akan menjadi putih. 
2.  Siram taugeh 3 – 4 kali sehari untuk mendapatkan hasil 
     yang baik
3.  Beli kacang hijau yang besar untuk mendapatkan taugeh 
     yang besar
4. 1 kilogram kacang hijau dapat menghasilkan 6 – 7 
     kilogram taugeh.
5. Jika pertama kali mencuba, sebaiknya hanya gunakan 1 
    cawan air. 

Selamat mencuba!

Saturday 18 April 2020

KanWork Stay Home - Cerita Kami : Siri 6

Siri 6 : BEKERJA DARI RUMAH

Wabak Covid-19 membawa keperluan bekerja dari rumah. Di sini kami kongsi pengalaman tiga orang ahli KanWork yang bekerja dari rumah. 

Puan A (sukarelawan)
Beliau sukar mendisiplinkan diri sepertimana bekerja di pejabat kerana pelbagai cabaran seperti kehadiran anak-anak, godaan televisyen, waktu memasak, dan rasa mengantuk. Walau bagaimanapun, ia mengajar Puan A untuk pandai membahagikan masa di antara kerja pejabat dengan kerja rumah. Masa bekerja lebih fleksibel dan beliau tidak perlu meredah trafik. 

Puan B (survivor kanser)
Puan B juga menghadapi isu menyeimbang kerja pejabat dengan rumah. Lain-lain cabaran ialah internet yang perlahan (untuk online meeting!) dan perlu mengawasi kerja sekolah anak-anak. Apa ganjaran Puan B berikan kepada mereka supaya tidak mengganggu? Milo! Sesiapa berkelakuan baik akan dapat lebih banyak milo!  Wow seronoknya!

Tuan C (caregiver)
Seorang pendidik, Tuan C membuat persediaan untuk kelas secara online dan soalan peperiksaan. Baginya satu hikmah bekerja dari rumah ialah tekanan darah tingginya telah turun! 

Ada cabaran dan kebaikan berkerja dari rumah. Kita haruslah pandai menyesuaikan diri.

Tips bekerja dari rumah :  
1. Berdisiplin dengan masa dan patuh kepada jadual agar tugasan dapat diselesaikan dalam tempoh yang sepatutnya. 
2. Sediakan ruang kerja yang sesuai.
3. Sediakan sasaran tugasan yang perlu diselesaikan dan tidak hanya bergantung kepada jumlah jam bekerja.
4. Seimbangkan dengan perkara lain seperti memasak, berehat seketika supaya tidak rasa tertekan.

Bertugas dari rumah mungkin akan menjadi satu kebiasan baharu!

Friday 17 April 2020

KanWork Stay @Home : Siri 5

Siri 5 : Mari Berkebun

Hari ini ada sedikit perkongsian daripada seorang ahli KanWork, penjaga pesakit kanser tentang aktiviti berkebun. 

Umumnya, bukan sesuatu yang mudah untuk kita menerima hakikat pemergian insan tersayang. Apa jua yang berlaku, kehidupan perlu diteruskan. 

Oleh yang demikian, beliau mencari satu aktiviti iaitu berkebun.  Menurut beliau, aktiviti ini untuk mengisi masa dalam tempoh iddah dan sebagai salah satu terapi untuk menenangkan hati. 

Aktiviti ini diteruskan dalam tempoh PKP. 

Sayuran yang dipilih ialah yang mudah ditanam dan dijaga. Sayuran memanjat dan berbuah, serta daun hijau. 

Hasil berbudi kepada tanah boleh dinikmati seisi keluarga dan juga jiran tetangga. 

Sedikit pesanan beliau:
1. Jangan takut atau kedekut untuk bercucuk tanam. 
2. Bila tidak berjaya, pelbagaikan cara/tempat penanaman.
3. Gunakan tanah kompos, racun serangga  organik.

Jom berkebun!

Wednesday 15 April 2020

KanWork Stay @Home : Siri 4

Siri 4: Smoothie

Mengapa Smoothie?

1. Pilihan minuman yang berkhasiat kerana ia kaya dengan antioksidan
2. Boleh buat sendiri di rumah
3. Mudah disediakan
4. Lebih murah
5. Boleh kreatif menggunakan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran yang anda suka
6. Boleh mengajar anak-anak kaedah alternatif untuk menikmati buah-buahan dan sayur-sayuran

KanWork Stay @Home : Siri 3

Siri 3: Memasak Bersama Anak-anak.

Beberapa orang ahli yang isteri tersayang telah pulang kerahmatullah mengambil peluang dalam PKP ini untuk mengeratkan hubungan dengan anak-anak sambil menyediakan makanan untuk seisi keluarga.

KanWork turut menyokong caregiver pesakit kanser (suami/isteri/anak/ayah /ibu ahli yang telah pulang ke rahmatullah).

Tuesday 14 April 2020

KanWork Stay@Home : Siri 2


Siri 2: Senaman QiGong “Gerakan Setempat”

1. Kenapa kita perlu bersenam?
Untuk meningkatkan tenaga, menguatkan otot dan jantung serta mengurangkan tekanan.

2. Apa itu senaman QiGong?
Salah satu sistem penjagaan kesihatan Cina Purba yang merangkumi gabungan postur badan, teknik pernafasan dan minda (focus intention).

Di sini kita kongsikan salah satu senaman QiGong iaitu Senaman Gerakan Setempat (Fixed Step Exercise). Dalam tempoh Perintah Pergerakan Kawalan ianya sesuai kerana boleh dilakukan secara indoor dengan pergerakan yang minima.

Bagaimana Senaman Gerakan Setempat dilakukan?
1. Berdiri di dalam bilik yang mempunyai pengudaraan yang baik.
2. Lakukan senaman persediaan untuk Qigong (Opening for Qigong Mood).
- Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung dan hembus melalui mulut (3 kali)
- Sedut melalui hidung, buang nafas melalui mulut
3. Mulakan gerakan setempat. Tarik nafas sambil bergerak setempat ke belakang
4. Buang nafas ketika gerak ke tengah dan berhenti seketika
5. Ulang sebanyak 9 kali bagi setiap penjuru (utara, timur, barat & selatan)
6. Jika telah selesai semua pusingan, berhenti dan;
7. Lakukan penutupan senaman iaitu tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung dan hembus
melalui mulut (3 kali)
- Cara penafasan ialah panjang, sekata dan lembut (long, gentle & constant).
8. Rehat & Selesai.

Sila rujuk pada video yang dipaparkan.
Selamat mencuba!
Semoga bermanfaat.

Monday 13 April 2020

Projek KanWork Stay @Home : Siri 1

Siri 1 : Tanaman Microgreen Sawi Organik

Sempena minggu Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) ini, pelbagai aktiviti yang boleh kita dilakukan. Untuk minggu ini, kami kongsikan tananam microgreen sawi organik yang dibuat oleh ahli KanWork. Projek bermula pada Disember 2019 dan sekarang kita nikmati hasilnya.

Semoga bermanfaat & jumpa lagi di Siri Projek KanWork Stay @Home yang seterusnya!

Wednesday 1 April 2020

MAKLUMAN : PELANJUTAN PENUTUPAN SEMENTARA PEJABAT PERSATUAN KANSER KanWork


INFO @ KanWork : PENGAMBILAN SAYUR DAN BUAH-BUAHAN SEMASA DALAM RAWATAN KEMOTERAPI

🔹️Saranan sebanyak 5 hidangan (serving) buah dan sayur iaitu 2-3 hidangan buah dan 3-4 hidangan sayur.

🔹️Umumnya buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber serat, vitamin, garam galian (mineral) dan fitokimia (antioxidant). 

🔹️Bagi memaksimakan pengambilan fitokimia individu disaran menerapkan warna-warna berikut dalam diet harian mereka: merah, jingga/kuning, ungu/biru, hijau, putih/coklat.

🔹️Bagi pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi amat sukar untuk memenuhi saranan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana kesan sampingan rawatan yang diterima contohnya : kurang selera makan, kurang/lemah deria rasa, mukositis, fatigue(keletihan yg teruk), demam.
Oleh itu keutamaan rawatan diet bagi pesakit-pesakit ini adalah untuk mereka makan. 

🔹️Pengambilan buah dalam bentuk asalnya amat disarankan kerana ia juga memberikan rasa ‘satiety’/kenyang di samping khasiat yang tinggi seperti yang kita maklum. Namun tidak semua buah dapat dimakan dlm bentuk asal kerana pendedahan pada tanah (seperti jambu batu, jambu air, belimbing, strawberry, cherry, peach, plum, anggur) yang mengandungi bakteria.
Oleh itu buah-buahan tersebut perlu di tangguh pengambilan sepanjang rawatan.

🔹️Buah-buahan yg boleh dimakan dan di sarankan perlu yang berkulit kerana ia melindungi isi buah daripada bakteria. Kopek kulit sebaik sahaja untuk memakannya.

🔹️Bagi individu yang teringin meminum jus bolehlah membeli jus komersial dan cari yang kurang kandungan gula.

🔹️Sekiranya masih juga teringin utk membuat jus sendiri perlulah memastikan kebersihan dan keselamatan pembancuhan jus. Kopek kulit buah-buahan tersebut, gunakan air yang telah dimasak untuk bancuhan dan meminumnya dalam tempoh 2 jam.

🔹️Pengambilan buah & sayur dalam bentuk jus diminum dlm kuantiti yang banyak tidak di sarankan kerana ia akan mencetus kejadian diarea.
Diarea seperti ini bukanlah di sebabkan toksin tetapi kerana kandungan serat tidak larut yang tinggi yang berfungsi sebagai pelawas. 

🔹️Sekiranya makan berlebihan sayur & buah semasa rawatan, individu akan rasa kenyang maka akan mengurangkan mengambil makanan lain seperti kanji (nasi/roti/mee/mihun/pasta/biskut) dan protein (ikan/ayam/telur) yang memberikan tenaga bagi menguatkan tubuh dan membina sel baru seterusnya menampung rawatan seterusnya. 

🔹️Sayur yang dimakan perlulah dimasak sepenuhnya untuk mematikan bakteria. Sayur mentah atau salad atau ulam amat tidak di sarankan kerana masih ada bakteria walaupun ia dicuci bersih. 

🔹️Vitamin C pada sayur-sayuran sememangnya akan hilang semasa proses memasak. Tetapi jangan risau kerana vitamin C yang hilang tu berada dalam kuah tersebut. Oleh itu makanlah kuah sayur tersebut.

*Secara umumnya fokus pemakanan semasa dalam rawatan kemoterapi adalah pengambilan makanan berkhasiat yang bersih dan selamat .*

Semoga maklumat tersebut dapat membantu dalam merancang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran semasa dalam rawatan kemoterapi.

Terima kasih.

Dr. Suhaina S
Dietitian