Wednesday 29 September 2021

Walkathon Amal KanWork 4


 Walkathon Amal KanWork 4

๐Ÿšถ‍♀️๐Ÿšถ‍♂️๐Ÿšถ‍♀️๐Ÿšถ‍♂️


Jom sertai bermula
3 Oktober - 3 November 2021! 

๐Ÿšฉ Amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti berjalan kaki

๐ŸšฉAktiviti amal & sokongan untuk mereka yang terkesan dengan kanser

๐ŸšฉBoleh dilakukan di mana sahaja - virtual


Pendaftaran: 

https://apps.kanwork.org

Monday 27 September 2021

Bual Bicara Sistem Imun

 


Seri Kembangan, 19 September 2021: Persatuan Kanser KanWork telah menganjurkan program Bual Bicara Sistem Imun secara dalam talian. Sesi yang dikendalikan oleh Dr. Nor Aniza Ali ini membincangkan kepentingan sistem imun dan cara mencapai sistem imun yang optimum bersama panel jemputan iaitu Dr. Azura Rozila Ahmad, Pakar Perunding Perubatan Onkologi (Hospital Beacon & Hospital Avisena), Dr. Nurul Huda Razalli, Pensyarah & Dietitian (UKM) dan Dr. Nik Nadirah Nik Azis, Pakar Klinikal Perubatan Sukan (PPUM). Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.

Thursday 16 September 2021

E-Buku CERITA KAMI KanWork





E-buku CERITA KAMI KanWork telah dilancarkan pada 8 September 2021 bersempena Majlis MoU Signing Ceremony - MassComm x CoPM (WonC).

E-buku CERITA KAMI KanWork merupakan kompilasi cerita pesakit/survivor kanser, sukarelawan serta rakan sokongan KanWork dalam mengharungi cabaran pandemik COVID-19. Ini julung kalinya KanWork menerbitkan bahan pendidikan dalam bentuk e-buku. 

E-buku ini juga sebagai salah satu sumber penjanaan dana persatuan dan ianya boleh di akses di http://ebook.kanwork.org


Terima kasih kepada semua penyumbang cerita dan semoga bermanfaat! 


https://www.facebook.com/520087918438554/posts/1251257545321584/

Bual Bicara KanWork SISTEM IMUN

Bual Bicara KanWork

SISTEM IMUN

Sesi bual bicara bersama pakar tentang kepentingan & cara untuk mencapai imun badan yg optimum

Tarikh : 19 September 2021 (Ahad)
Masa : 2.30 petang
Platform : Online Zoom

Panel jemputan:
Dr. Azura Rozila Ahmad
Pakar Perunding Perubatan Onkologi,
Beacon Hospital

Dr. Nurul Huda Razalli
Pensyarah & Dietitian, Fakulti Sains Kesihatan UKM

Dr. Nik Nadirah Nik Azis
Pakar Klinikal Perubatan Sukan PPUM

Moderator:
Dr. Nor Aniza Ali Shibramulisi
Ahli Seumur Hidup KanWork/Pengarah Perubatan AMC Rawang

TERBUKA KEPADA SEMUA

Klik link untuk mendaftar:
https://forms.gle/Epz6brQMCzfgxV1R8

Pertanyaan:
http://www.wasap.my/60135938627/BualBicaraImunBadan

๐Ÿ“ž 0135938627 (Nad)
๐Ÿ“ž 0172015817 (Yana)
๐Ÿ“ž 1 800 22 8672

Tempat terhad. Daftar sebelum 18 September 2021.

Mohon panjangkan hebahan ini.

Terima kasih.


 

Selamat menyambut Hari Malaysia ke-58 dari KanWork