Tuesday 2 June 2015

Mohon Sumbangan Derma Sempena Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum
Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia,
YBhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Prof/Dr/Tuan/P uan,

Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang akan menjelang tidak lama lagi, kami  dari  Persatuan  Kanser NetWork Selangor dan Wilayah Persekutuan  (KanWork)  dengan rasa rendah diri ingin  memohon sumbangan sama ada berupa sedekah atau derma dari pihak YBhTan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan.


Untuk makluman pihak YBhTan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan, KanWork merupakan sebuah kumpulan sokongan kanser (NGO) yang menjalankan  aktiviti mendampingkomuniti (outreach) bagi memberi kesedaran, menyampaikan maklumat dan memberi sokongan kepada para pesakit, ahli keluargdan anggota masyarakat berkaitapenyakit kanser.

Kami juga tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bergantung pada sumbangan serta yuran keahlian untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut. 

Oleh itu, besarlah harapan kami untuk menerima sumbangan dari pihak YBhTan Sri/Puan Sri/Da to’/Datin/Tuan/Puan. Sumbangan boleh dibuat di:

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD
PERSATUAN KANSER NETWORK SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN
NOAKAUN : 8601945901

Sekiranya pihak YBhTan Sri/ Puan Sri/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan perlukan resit / surat pelepasan cukai, boleh maklumkan kepada  pihak  kami  dengan  menyatakan  nama,  alamat lengkap dan no telefon :
i.          Pn NuAmirah Tong Abdullah (Bendahari)
019-2168125
ii.          Pn Norma Muhamad (Penolong Bendahari)
012-6651372
Surat permohonan sumbangan juga kami lampirkan sebagai rujukan dan makluman pihak YBhTan Sri/Puan Sri/Da to’/Datin/Tuan/Puan. 

Setiap sumbangan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih. 

Setiausaha
PERSATUAN KANSER NETWORK SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN

No comments:

Post a Comment