Wednesday, 25 October 2017

KanWork @Pangkor Dialogue 2017


Dr. Mazanah bersama ahli panel sesi Plenary 5:Nation Building



Persatuan Kanser KanWork telah dijemput untuk menyertai  ”Persidangan Antarabangsa Pangkor Dialogue 2017” anjuran Institut Darul Ridzuan (IDR) pada 11 & 12 September 2017 di Casuarina@Meru, Ipoh. Dr. Mazanah Muhamad, Pengerusi KanWork telah membentangkan topik “Persatuan Kanser (KanWork) Role in Nation Building”. Di antara peranan KanWork dalam membina Negara bangsa ialah menyediakan program pendidikan kesihatan yang inklusif dan memperkasa survivor kanser untuk kekal berfungsi kepada keluarga dan masyarakat.  Terima kasih diucapkan kepada pihak Institut Darul Ridzuan atas peluang yang diberikan.

No comments:

Post a comment