Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Tuesday, 29 September 2020

KanWork Stay @Home: CERITA KAMI - Siri 81

Siri 81: SEMBANG KanWork


Apa rawatan kanser? Apa kesan sampingan? Bagaimana hendak mengelakkan kanser berulang? Apa yang boleh saya makan ketika kemoterapi? Itu antara soalan yang bermain di fikiran pesakit/survivor mahu pun penjaga pesakit kanser. Mereka akan sentiasa mencari maklumat sahih daripada pelbagai sumber.

KanWork berperanan untuk menyampaikan maklumat kepada mereka yang terkesan dengan kanser. Kebiasaannya, KanWork akan menganjurkan program ceramah Pendidikan secara bersemuka bersama dengan pakar (seperti perunding onkologi dan pakar pemakanan).

Oleh kerana PKP, program ini dijalankan secara dalam talian. Nama program di tukar kepada “Sembang KanWork” supaya lebih santai dan ada peluang komunikasi dua hala diantara pakar dan peserta.

Alhamdulillah, setakat ini KanWork telah berjaya mengadakan dua sesi dengan sambutan yang menggalakkan dari peserta. Sesi tersebut adalah “Rawatan Kanser” dan “Pemakanan Pesakit Kanser”. Purata kehadiran adalah 36 orang. Majoriti memberi maklumbalas positif kepada kedua-dua kandungan dan kaedah Sembang KanWork.

Antaranya:
• “Banyak info disampaikan sebagai panduan, semoga program ini
berterusan bagi memberi maklumat sahih kepada ahli mengenai pemakanan” (Puan Z).
•“Bertambah ilmu mengenai rawatan dan pemakanan yang terbaik”(Anonymous).
• “….(dapat) mengendalikan diri dalam rawatan kanser” (Anonymous).
• “Dapat membantu saya” (Anonymous).
•“Very informative and interactive, Good session” (Puan M).
• “Very enlightening and informative session today. Keep up the Good Work!” (Encik W).
• “Very specific and helpful for survivors” (Dr. SM).
•“Ceramah on line sangat sesuai dan memudahkan peserta kerana jimat masa” (Anonymous)

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Kita jumpa lagi di Sembang KanWork Siri 3!

Friday, 4 September 2020

KanWork Stay @ Home: CERITA KAMI - Siri 75

Siri 75: YouTube KanWork
Salah satu peranan KanWork ialah untuk menyampai maklumat dan memberi pendidikan melalui pelbagai program yang dijalankan.
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, KanWork tidak dapat melaksanakan program secara bersemuka seperti kebiasaannya. Oleh yang demikian, KanWork telah menyediakan ‘channel’ KanWork di laman YouTube untuk perkongsian maklumat. Sehingga kini, sebanyak enam video pelbagai tajuk telah dimuatnaik, Insyaallah yang lain akan menyusul. ‘Stay tune!’
Pautan video seperti di bawah. Jom kita tonton!
1. Lets Talk Cancer (Dr. Mastura Md Yusof)
Maklumat asas kanser, kanser berulang dan simptom

2. Nikmat Sihat & Cabarannya (Ustaz Abdul Jamir Md Saad/Jamir Kodiang)
Pengisian tentang nikmat sihat serta hikmah di sebalik ujian Allah

3. Cancer Recurrence (Dr. Matin Melor)
Maklumat kanser secara umum, kanser yang berulang, faktor penyebab, rawatan, serta langkah pencegahan

4. Maklumat Asas Kanser (Dr. Azura Rozila Ahmad)
Jenis kanser, simptom kanser, serta rawatan kanser

5. Penjagaan Paliatif Pesakit Kanser
(PCN Mastura Mohd Rasyid, Hospis Malaysia)
Maklumat bagaimana untuk menjaga pesakit kanser (paliatif)

6) Berkebun
(En. Abdul Karim Mansor, Fakulti Rekabentuk & Senibina Universiti Putra Malaysia)
Pelajari teknik berkebun serta menanam pokok hiasan dan herba

Jangan lupa SUBSCRIBE & SHARE!
Semoga perkongsian dapat memberi manfaat kepada semua!

Thursday, 12 March 2020

BENGKEL TANAMAN ORGANIK KanWork


Serdang, 7 Mac 2020 Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (Unit Organik, Fakulti Pertanian) telah menganjurkan Bengkel Tanaman Organik KanWork. Antara kandungan bengkel ialah pengenalan kepada pertanian lestari dan organik, menuai sayuran, penyediaan tanah, penyemaian biji dan penanaman anak benih serta demonstrasi pembuatan baja, pengkomposan (baja pepejal) dan fermentasi (baja cecair). Bengkel ini dikendalikan oleh Datin Dr. Rosenani Abu Bakar. Terima kasih kepada semua peserta dan sukarelawan yang menjayakannya.

Sunday, 5 May 2019

PROGRAM PENDIDIKAN KanWork : NIKMAT SIHAT & CABARANNYA



Bandar Baru Bangi, 4 Mei 2019 :  Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Surau Al Sobah, Bandar Baru Bangi telah menganjurkan program tazkirah yang bertajuk “Nikmat Sihat & Cabarannya”. Tazkirah disampaikan oleh YBrs. Ustaz Jamir Md Saad (Pensyarah Kanan Pengajian Islam, Kolej MARA Banting). Peserta yang hadir terdiri dari survivor kanser, sukarelawan, carer (penjaga), serta orang awam. Di antara pengisian tazkirah ialah nikmat sihat, hikmah di sebalik ujian Allah serta persediaan menghadapi Ramadhan. Semoga tazkirah ini bermanfaat kepada semua yang hadir. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.




Wednesday, 3 April 2019

PROGRAM PENDIDIKAN KanWork : LET'S TALK CANCER

Kuala Lumpur, 30 Mac 2019 Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Pantai Hospital Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Pendidikan yang bertajuk Let's Talk Cancer. Penceramah jemputan ialah Dr. Mastura Md. Yusof, Pakar Onkologi Klinikal, Pantai Hospital Kuala Lumpur.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan tentang maklumat asas kanser, apa yang perlu diketahui selepas menjalani rawatan, adakah kanser terkawal serta kanser berulang dan simptom.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan hadir menjayakan program ini. 

Tuesday, 23 October 2018

KanWork @ World Cancer Congress 2018



Kuala Lumpur, 4 Oktober 2018 Persatuan Kanser KanWork telah menyertai World Cancer Congress (WCC) 2018, anjuran The Union International Cancer Control (UICC) pada 1 hingga 4 Oktober di Kuala Lumpur Convention Centre. 3 ahli KanWork telah membuat pembentangan 6 kertas kerja yang merangkumi tajuk berkaitan Kesedaran Kanser di Komuniti, My Story, Peer Support, Peranan Pusat Sumber Kanser dan Program Pendidikan Kanser. Kertas  kerja ini adalah berasaskan bukti amalan (evidence based practice). KanWork ialah sebuah institusi yang berdaftar sebagai ahli UICC. Melalui kehadiran dan pembentangan kertas kerja di WCC ini, ahli KanWork telah dapat menimba ilmu, berkongsi pengalaman dan networking dengan lain-lain peserta (tempatan dan antarabangsa) yang terlibat. Pengalaman pembelajaran ini InsyaAllah akan dimanfaatkan dalam usaha memajukan KanWork.

Monday, 26 February 2018

Mesyuarat Agung KanWork ke-13





























Persatuan KanWork. Serdang, 24 Feb 2018. Mesyuarat Agung KanWork ke-13 telah diadakan di Bilik Kuliah 1, Fakulti Rekabentuk & Senibina, Universiti Putra Malaysia. Seramai 28 orang ahli telah hadir untuk bermesyuarat, mengetahui pencapaian aktiviti KanWork sepanjang tahun 2017 dan pemilihan Ahli Jawatankuasa KanWork sesi 2018-2020. Turut di adakan ialah Program Berkebun bersama KanWork yang mana ahli berpeluang mempelajari teknik berkebun serta menanam pokok hiasan dan herba yang dikendalikan oleh En. Abdul Karim Mansor, yang berpengalaman dalam bidang hortikultur.

Friday, 6 October 2017

Program Pendidikan dan Sokongan Pesakit Kanser "Penjagaan Paliatif Pesakit Kanser"


Peserta sedang mendengar ceramah


Sesi Peer Support

Dr. Azlan Kamalludin sedang berkongsi pengalaman sebagai carer
Pn. Mastura, Jururawat Paliatif Hospis Malaysia sedang menyampaikan ceramah


PUTRAJAYA, 30 SEPTEMBER 2017 – Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menganjurkan Program Pendidikan dan Sokongan Pesakit Kanser yang bertajuk Penjagaan Paliatif Pesakit Kanser pada 30 September yang lalu di Bilik Seminar, Hospital Putrajaya. Penceramah jemputan ialah Pn. Mastura Mohd. Rasyid dari Hospis Malaysia.

Seramai 60 orang telah hadir terdiri dari pesakit, survivor, penjaga (carer), doktor, jururawat, sukarelawan serta orang awam yang berminat. Turut di adakan semasa program ialah sesi perkongsian pengalaman sebagai Carer oleh Dr. Azlan Kamalludin yang juga merupakan penulis buku “Three Cancers in Ten Months, Doctor Becomes Carer”. Sesi Peer Support juga di adakan selepas program dan dikendalikan oleh Dr. Abdullah Mohd. Noor.

Tuesday, 23 May 2017

Program Pendidikan dan Sokongan Pesakit Kanser "MENANGANI CABARAN KETIKA SAKIT"






Persatuan Kanser KanWork Putrajaya, 20 Mei 2017. Program Pendidikan dan Sokongan Pesakit Kanser "Menangani Cabaran Ketika Sakit" telah diadakan dengan jayanya di Auditorium Hospital Putrajaya. Penceramah jemputan ialah Prof. Datuk Dr. Muhaya Mohamad. Seramai 160 orang telah hadir terdiri dari pesakit, survivor, penjaga (carer), doktor, sukarelawan serta orang awam yang berminat.

Program diteruskan dengan sesi perkongsian pengalaman yang dibimbing oleh Dr. Nor Filzatun Borhan.  Semoga pengisian sepanjang program ini memberi manfaat kepada semua yang hadir.



KanWork Cancer Society Putrajaya, May 20th, 2017. Program Pendidikan dan Sokongan Pesakit Kanser "Menangani Cabaran Ketika Sakit" was successfully held at Auditorium Hospital Putrajaya. The guest speaker was Prof. Datuk Dr. Muhaya Mohamad. A total of 160 participants were present consists of the patient, survivor, guardian (carer), doctors, volunteers and the public who are interested.


The program continued with the experience sharing session led by Dr. Nor Filzatun Borhan. Hopefully this programme is beneficial to all the participants.

Tuesday, 18 April 2017

Slide Program Pendidikan KanWork Cancer Recurrence

Cancer Recurrence (Kanser Berulang)

Oleh : Dr Matin Mellor Abdullah


Sila klik di sini  untuk muat turun. 

Sunday, 9 April 2017

Program Pendidikan dan Sokongan Pesakit Kanser "Cancer Recurrence" (Kanser Berulang)




SERDANG, 8 APRIL 2017 – Persatuan KanWork dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menganjurkan Program Pendidikan dan Sokongan Pesakit Kanser yang bertajuk “Cancer Recurrence”. Program di adakan di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Penceramah jemputan ialah Dr. Matin Mellor Abdullah, Pakar Onkologi Klinikal Pusat Perubatan Subang Jaya.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan tentang kanser secara umum, kanser yang berulang (recur), faktor penyebab, rawatan, serta langkah pencegahan.

Seramai 120 orang telah hadir terdiri dari pesakit, survivor, penjaga (carer), doktor, jururawat, sukarelawan serta orang awam yang berminat. Program turut dihadiri oleh Matron Zurina Mohamad Isa yang mewakili Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).