Sunday 18 October 2020

KanWork @ MESYUARAT CONSULTATION BERSAMA BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) BERKAITAN PEMBANGUNAN NATIONAL STRATEGIC PLAN FOR CANCER CONTROL PROGRAMME (NSPCCP) 2021-2025



Putrajaya, 30 September, 2020. Persatuan Kanser KanWork telah dijemput oleh Unit Kanser, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menghadiri Mesyuarat Consultation bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan Pembangunan National Strategic Plan for Cancer Control Program (NSPCCP) 2021-2025.

Tujuan utama penubuhan KanWork ialah memberi maklumat dan sokongan kepada mereka yang terkesan dengan kanser agar dapat mengurus cabaran kanser dan terus menjalani kehidupan dengan lebih berkualiti. Objektif ini adalah selaras dengan apa yang dirancang (dokumen masih dalam pembangunan) dan apa yang cuba dicapai oleh NSPCCP 2021-2025, iaitu "To reduce negative impact of cancer by reducing morbidity, and improve quality of life of cancer patients and their family”

Terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi mendengar “suara” KanWork dalam pembangunan plan strategik ini. Semoga usaha murni pihak penganjur dimudahkan dan berjaya.  


No comments:

Post a Comment