Saturday 25 April 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 13

Siri 13: RAWATAN KANSER

Pandemik covid-19 memberi kesan emosi kepada pesakit kanser. Kumpulan ini merupakan golongan berisiko tinggi dijangkiti corovina virus. Di musim PKP ini ada pesakit yang takut untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Saya antara pesakit yang sedang terus menerima rawatan di hospital. Sekiranya barisan hadapan negara sedang berjihad membendung Covid-19, saya pula berjihad melawan penyakit untuk sihat. Apa yang perlu  digusarkan? Saya keluar dari rumah untuk ke hospital dengan niat beribadah kepada Allah. Doa dibaca dan hati berserah kepada Allah untuk segala urusan. 

Saya melihat banyak kelebihan mendapatkan rawatan ketika PKP; seperti perjalanan lancar di jalan raya, hospital lengang, tempoh menunggu pendek dan rawatan diterima dengan cepat. Kebetulan ketika PKP, saya dimasukkan ke wad untuk menjalani pemeriksaan kanser kerana banyak wad kosong.

Di musim PKP ini, penjagaan kebersihan diri di hospital perlu dipertingkatkan. Pemakaian pelindung muka, sanitasi serta penjarakan
sosial perlu diutamakan. Kesilapan kecil membawa padah.

Sebagai pesakit kanser yang terus berjuang, kebimbangan mendapatkan rawatan ketika covid-19 perlu disertakan dengan usaha mempertingkat penjagaan diri dan bertawakkal sepenuhnya kepada Tuhan. Sekiranya Allah mengizinkan jangkitan itu berlaku maka tetap
akan berlaku walaupun tanpa ke hospital.

Oleh :
Dr. Suhaina Musani
Pensyarah Kanan UMS KAL/Ahli KanWork
Pesakit kanser payudara

No comments:

Post a Comment