Tuesday 3 October 2023

Program Kesihatan di Masjid Sri Kg Aman

 Persatuan Kanser KanWork telah bekerjasama dengan Yayasan Wanita Malaysia bagi penganjuran program Kempen Kesihatan Pasca Banjir di Masjid Kg Seri Aman, Puchong pada 5 Januari 2022. Tujuan program adalah memberikan kesedaran tentang kepentingan kesihatan pasca banjir. KanWork telah membuka booth pameran kanser dan jualan amal KanWork. Aktiviti yang diadakan seperti ceramah penjagaan kesihatan pasca banjir, saringan kanser servik dan pemeriksaan kesihatan asas. Terima kasih kepada penganjur atas peluang kerjasama dan semua yang menjayakan program ini.

No comments:

Post a Comment