Saturday, 17 May 2014

Ceramah Program Pembangunan Sukarelawan KanWork

17 Mei 2014, UPM Serdang. Bertempat di Fakulti Pertanian, UPM Serdang telah diadakan satu sesi ceramah Program Pembangunan Sukarelawan KanWork, bertajuk "Refueling KanWork Team : Challenging and Expending Team Capabilities". Ceramah telah disampaikan oleh Professor Dato' Dr.
Sheikh Omar Abdul Rahman, dari SOAR Consultant. Professor Dato' Dr. Sheikh Omar atau lebih mesra dipanggil 'Pak Sheikh' adalah seorang consultant, motivator, pemimpin dan educator yang sangat terkenal. KanWork sangat bertuah kerana Pak Sheikh dapat meluangkan masa untuk berkongsi pengalaman dan kemahiran beliau dalam mengupas fungsi sukarelawan.

Antara inti pati yang dikongsikan adalah menjadi seorang sukarelawan adalah satu tugas yang barakah kerana sukarelawan memberi apa sahaja dari segi tenaga, buah fikiran dan masa. Ini adalah kebahagiaan yang abadi, berkekalan hingga ke syurga. Bertugaslah dengan niat yang ikhlas, kerana Allah taala untuk bertemu Allah di syurga. Ini adalah satu amanah menjadi tanggungjawab yang akan ditanya Allah di akhirat nanti. Lakukanlah tugas sukarelawan dengan penuh tanggungjawab, kesungguhan dan dengan kerelaan hati. Jangan jadi beban kepada Persatuan.

Sepertimana apabila ditanya apa makna PATRIOTISME? Boleh diterangkan dalam 2 ayat. (i)I Love Malaysia. Jika sayang, tunjukkan rasa sayang itu. Jika sayangkan KanWork, tunjuklah rasa sayang kepada KanWork. (ii)Rela berkorban untuk tanah tumpah darahku. Rela berkorban masa, tenaga untuk kejayaan KanWork. Satu sinonim yang mudah dan senang difahami.


Akhir kata, terima kasih daun keladi kepada Pak Sheikh. Audience sangat happy hari ini mendapat penghargaan dari Pak Sheikh. Kepada ahli KanWork yang hadir, terima kasih diucapkan. Pihak pengurusan KanWork memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang program berlangsung. Semoga ilmu yang kita dapat hari ini dapat dimanfaatkan bersama demi kejayaan KanWork dan diri sendiri. Majlis tamat pada jam 12.30 tengahari.

Friday, 25 April 2014

Congratulations to our special pioneer member

Congratulations to our special pioneer member. 
Her write up as finalist for WOMEN EXCELLENCE award gets special nominee. 
MS SHARIFAH MARIA  ALFAH, A  PROFILE

Managing Director of Usulinc Sdn Bhd and Owner of Foxhill Langkawi Kampung & Homestay Wellness Resort.

Sharifah Maria Alfah is presently Managing Director of Usulinc Sdn. Bhd., managing Foxhill Langkawi Kampung & Homestay Wellness Resort. Prior to embarking on a career change and relocating to Langkawi, Maria was a Senior Management Consultant & Executive Coach bringing with her over 30 years of People Management experience. Her last corporate assignment in Kuala Lumpur was as Trainer/Facilitator for IBM Leadership Program. With legal background and a Masters in Management from Asian Institute of Management (AIM), Manila, she started her career in early 1980s in the field of Human Resource Management & Development (then known as Personnel Management).

She was amongst the veteran HR practitioners who shaped the HR community in Malaysia and was one of the contributors for early growth of the Malaysian Institute of Human Resource Management (MIHRM). She is now a Fellow of the Institute. Her contributions to the development of HR management covers a span of organizations, as  Head of HR Divisions, including Hewlett Packard & Seagate Technology (Electronics), Bank Negara Malaysia (Banking) ,ING (then Aetna Universal, – Insurance) and Ranhill Bhd ( Oil & Gas & Constructions). As strategic and management consultant, she had helped organizations   like Takaful& Kurnia (Insurance), Golden Hope (Palm Oil ). As Executive Coach internally and as a Consultant, her aim was to guide her clients in personal life/career strategic planning and self -behavioral modification and improvement. These will cause changes and result in renewed commitments and contributions for the organizations.

After a wake-up call through breast cancer, she made the decision in late 2008 to have a career and life change, to find a more peaceful environment, yet contributing to the Nation’s growth and the enhancement of people relationship. Her experiences are her strength and through some research and strategic planning, she decided to join the growing Tourism and Hospitality Industry. She found a niche that was somehow underdeveloped, that is to provide international guests with a unique experience of the Malaysian culture, understanding of the Malaysian heritage and to touch them with Malaysian warmth and true hospitality.

Purchasing Foxhill from a Dutch couple mid-2009, Maria was able to embark on a second entrepreneurial path in Tourism & Hospitality. She received early recognition of achievement from TripAdvisor. Through guests’ written feedbacks, Foxhill was awarded the Certificate of Excellence for the Year 2012 and 2013. The testimonies became true “free” advertisements that open the door to international bookings and Maria’s measure of personal success is the creation of life long global relationships and returning guests.

Following the dual paths, she continues to provide some counseling, coaching and training (facilitation) when opportunities arose.

Thankful to be where she is, Maria continues to support and befriend other cancer patients and “thrivers” through the KanWork organization, and the handicapped through LICOF (Langkawi Inclusive Community Outreach Foundation) to help them be thriving members society.

“If we think negative thoughts and poverty, we become a magnet that attracts poverty. If we deliberately think of abundance, we will attract abundance and when we think positive, happy thoughts, we attract like-minded, positive, happy people into our lives” – Law of Attraction.

Thursday, 17 April 2014

Rakaman Video Rancangan NONA Walkathon KanWork

Kepada pengunjung yang tidak berkesempatan mengikuti rakaman aktiviti Walkathon KanWork bersama NONA, boleh tonton di sini. Klik pada link di bawah.



Rakaman bersama NONA

Monday, 17 March 2014

AGM KanWork ke-9

15 Mac 2014, KAJANG. Satu Mesyuarat Agung Tahunan KanWork Ke-9 (AGM Ke-9) telah diadakan pada 15 Mac 2014, Sabtu jam 8.30 pagi - 12.30 petang bertempat di Surau Pusat An-Nur Country Height, Kajang. Mesyuarat Agung Tahunan ini telah dihadiri seramai 30 ahli.

Majlis dimulakan dgn bacaan doa daripada En. Badrulhaisham dan diikuti dengan ucapan aluan daripada Pengerusi KanWork, Prof. Mazanah Muhamad seterusnya membentangkan minit Mesyuarat Agung yang lalu. Bagi laporan aktiviti persatuan 2013 telah dibentangkan oleh Setiausaha Agung iaitu Pn Mariana Mohd Yusoff serta laporan kewangan 2013 pula dibentangkan oleh Tuan Haji Mohamad Nooh, selaku Bendahari.

Setelah mesyuarat selesai, ahli jawatan kuasa (AJK) sesi 2012/2014 dibubarkan secara rasmi bagi memberi laluan kepada penamaan calon-calon baru sesi 2014/2016. Proses pencalonan dan pelantikan barisan AJK baru ini, telah diambil alih oleh YBhg Dato’ Saleha Dato’ Ibrahim.

TAHNIAH ! Kepada barisan AJK KanWork Sesi 2014/2016 dan telah dilantik sebulat suara oleh ahli yang hadir. Selamat menjalankan tugas dengan dedikasi. Berikut adalah senarai penuh Ahli Jawatankuasa:

Pengerusi : Prof Mazanah Muhamad
Timbalan Pengerusi : Datin Dr. Norazizah Mohd. Taib
Setiausaha : Pn. Mariana Mohd Yusoff
Timbalan Setiausaha : Pn. Safinaz Jaafar
Bendahari : Pn. Amira Tong Abdullah
Timbalan Bendahari : Pn. Norma Muhamad
Senarai AJK
Pn. Hamsiah Ahmad
Pn. Umi Purwati Sunoto
Pn. Wan Hanisah Wan Omar
Dr. Shahrul Fazry
En. Badrulhaisham Shamsuddin
Pn. Noriahan Jamaludin
Cik Aida Maskor
Cik Adibah Hassan Norhadi
Pn. Nadirah Salvador
Juruaudit
Tn. Haji Mohamad Nooh Hassan
Pn. Hajjah Ramlah Muhamad

Turut memeriahkan majlis AGM Ke-9 ini adalah sesi 'Stylishta' (Demo Teknik Pemakaian Tudung) oleh Cik Amirah yang dijemput khas dari Shawlbyvsnow. Terima kasih kepada ahli yang setia menunggu sehingga tamat sesi.
















Terima kasih kepada ahli KanWork yang telah meluangkan masa menghadiri majlis AGM Ke-9 ini. Tidak lupa juga ucapan setinggi – tinggi penghargaan buat tuan rumah, Pusat An-Nur Country Height (SPANCH) kerana sudi menyediakan tempat dan kemudahan yang agak selesa. Terima kasih juga kepada Puan Laila Hassan dan Dr Nora menguruskan logistik AGM.


Tidak lupa penghargaan kepada pihak Catering Rahsia Citarasa Istimewa, Datin Nur Rafidah Kamaruddin kerana menyediakan juadah makan tengah hari yang amat membuka selera.

Kami, AJK Pelaksana memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang berlangsungnya AGM Ke-9 ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

The 9th annual general meeting was held on Saturday, 15 March 2014, 8.30am to 12.30pm at Surau Pusat An-Nur, Country Height, Kajang, attended by 30 KanWork members.

The meeting was started with prayer recitation by En. Badrulhaisham followed by an opening speech by KanWork chairperson, Prof. Mazanah Muhamad. She then tabled the last year’s minutes of meeting. 

KanWork activity report for 2013 has been tabled by KanWork Secretary, Pn Mariana Mohd. Yusoff while financial report has been tabled by Tuan Haji Mohd.Nooh, the treasurer.
 
The 2012/2014 committee has been dissolved after the meeting was concluded to give way for new 2014/2016 committee nomination. Nomination process has been chaired by YBhg Dato’ Saleha Dato’ Ibrahim.

Congratulation! To the new KanWork committee for 2014/2016 session which have been selected unanimously. Good luck for the responsibility ahead and work with dedication.

Below is the list of committee members for 2014/2016:

Chairperson              :    Prof Mazanah Muhamad
Vice Chairppersion   :    Datin Dr. Norazizah Mohd. Taib
Secretary                   :    Pn. Mariana Mohd Yusoff
Vice Secretary           :    Pn. Safinaz Jaafar
Treasurer                   :    Pn. Amira Tong Abdullah
Vice Treasurer           :    Pn. Norma Muhamad

Committee members:
Pn. Hamsiah Ahmad
Pn. Umi Purwati Sunoto
Pn. Wan Hanisah Wan Omar
Dr. Shahrul Fazry
En. Badrulhaisham Shamsuddin
Pn. Noriahan Jamaludin
Cik Aida Maskor
Cik Adibah Hassan Norhadi
Pn. Nadirah Salvador

Auditors:
Tn. Haji Mohamad Nooh Hassan
Pn. Hajjah Ramlah Muhamad


Not forgetting, a big thank you for Rahsia Citarasa Istimewa Catering, Datin Nur Rafidah Kamaruddin for preparing a good lunch meal. We, the working committee would like to apologize for any shortcoming during the 9th KanWork AGM.
Special thanks to all KanWork members who spent times for the AGM. A great appreciation to Pusat An-Nur Country Height (SPANCH) for providing a comfortable meeting venue. Thank you also to Puan Laila Hassan and Dr.Nora for organizing logistic preparation.

Thursday, 13 March 2014

AGM ke-9 KanWork

Dato'/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan.

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan KanWork akan mengadakan Mesyuarat Agung ke-9 (AGM-9) pada :
Tarikh : 15 MAC 2014 @ SABTU
Masa : 8.30pg hingga 11.45 t/hari
Tempat : SURAU Pusat An-Nur Country Height, Kajang

Turut memeriahkan AGM-9 ini adalah program Stylishta. Pihak kami berharap agar Dato'/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan, dapat meluangkan masa menghadiri AGM-9 ini agar segala keputusan dapat dicapai sebulat suara dan permasalahan dapat diketengahkan dalam usaha menjaga kebajikan setiap ahli.

Sila sahkan kehadiran serta mengisi Borang Pencalonan dan Borang Usul sebelum atau pada 13 Feb 2014 kepada Cik Mahfuzah di talian 013-6618672 atau melalui email mackmahfuzah@yahoo.com.my

Segala kerjasama Dato'/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan, kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Tentatif Mesyuarat
8.30 pagi - Pendaftaran dan ketibaan
9.00 pagi - Doa
- Kata aluan Pengerusi
- Mesyuarat Agung ke-9
- Program Stylishta
11.45pagi - Jamuan makan tengahhari
Map arah dari Bandar Baru Bangi

Map arah dari PLUS highway exit Kajang

Wednesday, 12 March 2014

Sudutan Rancangan NONA - Walkathon KanWork 2014

Kepada ahli yang tidak berkesempatan untuk mengikuti rancangan NONA yang menyiarkan rakaman aktiviti Walkathon KanWork 2014, pada 2 Mac 2014 lepas, boleh saksikan rakaman dengan cara klik pada link di bawah. Maaf mutu visual kurang memuaskan.

Rakaman rancangan NONA

Tuesday, 11 March 2014

Forum Kesihatan Awam : Thyroid Cancer Awareness 2014

Antara ahli yang hadir.
09 Mac 2014, PUTRAJAYA. Satu Forum  Kesihatan Awam anjuran IKN (Institute Kanser Negara) yang diberi nama Thyroid Cancer Awareness 2014 telah diadakan pada 09 Mac 2014, Ahad jam 8 pagi - 2 petang bertempat di Auditorium IKN, Putrajaya. Forum ini telah dihadiri seramai lebih 350 orang pendengar dari kalangan kakitangan Hospital, orang awam, survivor kanser termasuk 10 orang wakil dari KanWork iaitu Pn Nor Aini Mad Zain, Pn Che Zarinah, Pn Wan Hanisah, Pn Hajah Rokiah, Pn Hajah Arbaaiyah, Pn Radziah, En. Ridzuan, Pn Umi Purwati, Pn Rozila dan Cik Mahfuzah.

 Seramai 5orang penceramah jemputan dari Hospital Putrajaya yang terdiri daripada Pakar Perunding Pembedahan,
Pakar Patologi, Pakar Perunding Psikiatrik, dan Physiotherepist  telah memberikan ceramah mereka. Diantara
tajuk-tajuk forum yang dibincangkan adalah Overview Of Thyroid Cancer In Malaysia, Understanding Pathology Of
Thyroid Cancer, Psychological Aspects In Patients With Thyroid Deseases, Challanges In Management Of Thyroid
Problems In Children, dan juga Physioteraphy In Thyroid Cancer.













Terima kasih kepada ahli KanWork yang dapat meluangkan masa menghadiri majlis ilmu ini. Tidak lupa juga ucapan setinggi – tinggi penghargaan buat tuan rumah, IKN (Institute Kanser Negara),  Persatuan Pakar Perubatan Hospital Putrajaya dan Jabatan Pengurusan Hospital Putrajaya kerana sudi  mengundang KanWork untuk turut serta didalan forum anjuran mereka ini. Semoga dimasa-masa akan datang, program berguna seperti ini dapat sambutan yang lebih menggalakkan di kalangan ahli KanWork.