Tuesday, 3 October 2023

Bual Bicara KanWork: Kanser Dan Kerjaya

 13 November 2022.

Persatuan Kanser KanWork telah menganjurkan program Bual Bicara KanWork (Kanser & Kerjaya) untuk membincangkan isu kerjaya bagi pesakit kanser. Sesi dikendalikan oleh Dr. Mazalan Kamis bersama panel jemputan iaitu Puan Noraiyu Bt Buang (Timbalan Pengerusi KanWork/ Survivor & Penjaga Pesakit Kanser), YBhg. Datin Dr. Zoharah Bt Omar (Pengurus Kanan Modal Insan dan Hal-Ehwal Korporat, Elektrisola (Malaysia) Sdn Bhd), dan Puan Nurul Nadia Bt Md Arif (Ketua Cawangan Sistem Insuran Pekerjaan/ Ketua Negeri Return to Work (RTW), PERKESO Kuala Lumpur). Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.
Rakaman sesi Bual Bicara boleh ditonton pada link ini:



Bual Bicara KanWork (Kanser & Isu Kewangan)

 24 September 2022 

Persatuan Kanser KanWork telah menganjurkan program Bual Bicara KanWork (Kanser & Isu Kewangan) untuk membincangkan isu kewangan pesakit kanser. Sesi dikendalikan oleh Dr. Mohd Faisol Ibrahim bersama panel jemputan iaitu Puan Khairun Nisa Jailani (Ketua Unit Kerja Sosial Perubatan, Institut Kanser Negara), Puan Emy Baizura Azrin Mohamed Hakke (Ketua Unit Perancangan Strategik & Kerjasama Return to Work, Pertubuhan Keselamatan Sosial), Dr. Prema Sundralingam (Pengarah Perubatan, Takaful Ikhlas Family Berhad) dan En. Zolkefli Muhamad (Survivor Kanser). Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.









Terapi Hati

27 Mac 2022

Pengisian rohani dalam menghadapi ujian/cabaran kesihatan dan persediaan bulan Ramadan. 

Penceramah : Ustaz Ghazali Ibrahim




Pemakanan Sihat

20 Mac 2022

Perbincangan tentang pemakanan sihat, kepentingan & tips mengamalkannya.

Demo masakan mudah & sihat (Menu: Vietnamese Springroll)

Penceramah : Dr. Zalina Abu Zaid (Pensyarah & Dietitian, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM)




Wednesday, 2 March 2022

Mesyuarat Agung Persatuan Kanser KanWork ke 17





KanWork telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke 17 pada 27 Februari 2022 secara dalam talian. Forum ini telah dihadiri 45 orang ahli. 

Di mesyuarat tersebut aktiviti KanWork 2021 dibentangkan. Ahli telah memberi maklumbalas untuk penambahbaikan. 

Mesyuarat Agung KanWork kali ini juga adalah untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa sesi 2022-2024. Tahniah kepada yang berjaya. Semoga barisan kepimpinan baru ini akan terus memperkukuh KanWork menyokong  mereka yang terkesan dengan kanser.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan mesyuarat ini.

Thursday, 3 February 2022

Sumbangan Prostesis & Bra KanWork







Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Oktober 2021, seramai 6 orang ahli KanWork telah menerima sumbangan Prostesis & Bra. Projek ini adalah inisiatif Puan Azzah Khalid yang telah mengadakan projek jualan amal. Beliau telah menghasilkan biskut/cookies dan hasil jualan diserahkan kepada KanWork bagi menjayakan projek ini. Terima kasih diucapkan kepada Puan Azzah atas inisiatif dan sumbangan ini. Terima kasih kepada semua yang telah hadir ke majlis serahan prostesis & bra yang di adakan pada 28 Januari lalu. KanWork juga mengalu-alukan kerjasama untuk penjanaan dana bagi membantu mereka yang terkesan dengan kanser.

Selamat Tahun Baharu Cina 2022


Persatuan Kanser KanWork mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua yang menyambutnya. Semoga tahun ini diberikan lebih banyak kejayaan dan kebahagiaan.