Monday 23 October 2023

Pengurusan Imej dan Penampilan Diri Bersama Datin Norma Norell

 20 Ogos 2022

KanWork dengan kerjasama Norma Norell (M) Sdn Bhd dan Puspanita KWSP telah menganjurkan Program “Pengurusan Imej dan Penampilan Diri bersama Datin Norma Norell” di Ruang Temu, TTDI. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Majlis Khatam Al-Quran Kanwork

 KanWork telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran pada 28 April 2022 yang dihadiri seramai 23 orang ahli secara dalam talian dan dipimpin oleh Dr. Mohd Faisol Ibrahim.

Majlis Khatam Al-Quran ini bersempena tamatnya bacaan Tadarus Al-Quran KanWork yang yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan bermula pada 3 April lalu.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.
Kami mengalu-alukan sumbangan Infak Ramadan untuk pelaksanaan aktiviti persatuan.
Klik pada link untuk menyumbang: https://donate.kanwork.org.
Semua sumbangan dikecualikan cukai.
.
.



Bacaan Yasin KanWork & Tazkirah

 1 April 2023

Satu sesi Peer Support KanWork 1/2023 telah diadakan secara dalam talian yang dikendalikan oleh Dr. Nor Aniza Ali Shibramulisi.
Tujuan sesi ini untuk pesakit/survivor kanser berkongsi pengalaman menghadapi cabaran kanser.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakannya



Program Kesedaran Kanser Payudara Saringan Pengesanan Awal Kanser Payudara

 19 Oktober 2022

KanWork telah mengadakan pameran bersempena Program Kesedaran Kanser Payudara di GHHS Healthcare anjuran Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear UPM.
Pelbagai aktiviti di adakan seperti perkongsian ilmu oleh pakar tentang pengesanan awal kanser payudara, mengurus dan menangani tekanan psikologikal, dan keperluan ujian mutasi kanser payudara. Turut di adakan perkongsian pengalaman pejuang kanser payudara.
Rakaman program boleh tonton disini:
Terima kasih kepada semua yang menjayakannya.




Friday 6 October 2023

Pink October IKN 2022

 18 Oktober 2022

KanWork telah mengadakan pameran kesedaran kanser sempena program Pink Oktober IKN 2022.
Program yang dianjurkan oleh IKN dengan kerjasama Program Pendidikan Perubatan IKN telah dilancarkan oleh Pengarah IKN, Dr Mohd Anis Harun.
Terima kasih kepada semua yang menjayakannya.




Program Breast Cancer Nurse Course @IKN

 17 Oktober 2022

KanWork telah menerima jemputan bagi Program 8th Malaysia Breast Care Nurse Workshop anjuran Jabatan Endokrin Hospital Putrajaya.
Dr. Mariana Mohd Yusof mewakili KanWork berkongsi peranan KanWork dalam memberikan sokongan kepada pesakit kanser.
Terima kasih atas jemputan.

Tuesday 3 October 2023

Pink Oktober:Kempen Kesedaran Kanser Payudara Bersama Komuniti

 14 Oktober 2022

KanWork telah mengadakan pameran kesedaran kanser di Masjid Puncak Alam sempena program Pink Oktober Kempen Kesedaran Payudara Bersama Komuniti. Program ini adalah anjuran Unit Onkologi, Jabatan Pembedahan, Jabatan Radiologi dan Jabatan Patologi Hospital Al Sultan Abdullah UiTM. Terima kasih kepada semua yang menjayakannya.