Friday, 13 February 2015

KAJIAN KLINIKAL BARAH PAYUDARA YANG SEDANG DIJALANKAN DI PPUKM



1.  DENDRITIK- HASUMI
Pengenalan:
Ini adalah kajian menggunakan sel darah putih pesakit, yang dipanggil sel dendritik, yang disuntik terus ke sel barah (di payudara, kelenjar limfa, tulang, hati atau  paru-paru),  dan juga diberi secara intravena. Ini diikuti rawatan radioterapi (13 kali) pada sel barah yang telah disuntik tadi.

Ciri pesakit yang layak:
  1. Barah payudara invasif (invasive carcinoma)
  2. Barah Her2 Negatif / Not amplified
  3. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
  4. Tidak mengandung atau menyusukan anak pada masa ini.
  5. Maksima 20 buah lesi
  6. Setiap lesi bersaiz maksima 5cm
  7. Barah bertambah walaupun dengan kemoterapi.
  8. Jika ada rawatan kemoterapi sebelum ini, sudah berhenti selama minima  6 minggu
  9. Tidak boleh menjalani kemoterapi disebabkan masalah kesihatan (Contoh masalah buah pinggang, masalah  jantung, penyakit saraf diabetik)
  10. Pesakit tidak mahu menjalani kemoterapi
  11. Tiada barah merebak ke otak
  12. Tiada cecair di paru-paru (pleural fluid)
  13. Tiada cecair di abdomen (ascites)
  14. Tiada barah lain selain barah payudara
  15. Tiada penyakit HIV, autoimun atau  hepatitis B & C yang aktif
2. SAMSUNG SB3
Pengenalan
Ini adalah kajian menggunakan rawatan intravena kemoterapi dan imunoterapi (trastuzumab) 8 kali setiap 3 minggu diikuti pembedahan. Diikuti pula dengan sambungan  imunoterapi (trastuzumab) selepas itu sebanyak 10 kali setiap 3 minggu.

Ciri pesakit yang layak:
  1. Barah payudara invasif (invasive carcinoma)
  2. Barah Her2 Positif / Amplified
  3. Berumur 18-65 tahun
  4. Tidak mengandung atau menyusukan anak pada masa ini.
  5. Barah payudara hanya satu dan bersaiz minima 2cm.
  6. Tiada barah merebak ke organ lain  (bukan Tahap 4)
  7. Tiada masalah kegagalan jantung, buah pinggang atau hati.
KAJIAN KLINIKAL LIMFOMA  YANG SEDANG DIJALANKAN DI PPUKM

DENDRITIK- HASUMI
Pengenalan:
Ini adalah kajian menggunakan sel darah putih pesakit, yang dipanggil sel dendritik, yang disuntik terus ke sel barah (di kelenjar limfa, tulang, hati, paru-paru),  dan juga diberi secara intravena. Ini diikuti rawatan radioterapi pada sel barah yang telah disuntik tadi.

Ciri pesakit yang layak:
  1. Mempunyai barah limfoma yang tidak sembuh dengan rawatan kemoterapi yang biasa
  2. Berumur 18-75 tahun
  3. Tidak mengandung atau menyusukan anak pada masa ini.
  4. Maksima 10 buah lesi
  5. Rawatan kemoterapi sebelum ini, sudah berhenti selama minima  3 bulan
  6. Tidak boleh menjalani kemoterapi disebabkan masalah kesihatan (Contoh masalah buah pinggang , masalah jantung, penyakit saraf diabetik)
  7. Pesakit tidak mahu menjalani kemoterapi
  8. Tiada barah merebak ke otak
  9. Tiada barah lain selain limfoma
  10. Tiada penyakit HIV, autoimun atau  hepatitis B & C yang aktif
  11. Tiada masalah sakit jiwa/psikiatri
  12. Tiada masalah jangkitan kuman dalam darah (septicaemia)
  13. Tiada kegagalan paru-paru, jantung, buah pinggang, hati  atau sum-sum tulang.
Bagi seseorang pesakit yang layak memasukki mana-mana kajian di atas, tiada bayaran dikenakan. Sebaliknya, kos rawatan yang diberi beranggaran RM 150,000 setiap orang.

Jika berminat,  untuk kajian
a. Barah payudara – sila hubungi  Sudut Informasi Payudara (SIP) di talian 03-91457279
b. Limfoma – sila hubungi Pusat Terapi Sel (PTS) di talian 03-91457728 / 03-91457729

Tajuk : Jemputan Menyertai Kajian Barah Payudara & Limfoma di PPUKM

No comments:

Post a comment