Friday, 10 July 2015

Program Pendidikan KanWork: Tazkirah Ramadhan - "Istiqomah Ramadhan"

Bandar Baru Bangi, 4 Julai 2015 (Sabtu). Persatuan KanWork. Satu program tazkirah Ramadhan yang bertajuk “Istiqomah Ramadhan” telah di adakan di Surau Al Sobah, Jalan 3, Bandar Baru Bangi. Program ini adalah anjuran KanWork dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta Surau Al Sobah. Tazkirah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Abdullah Yasin, seorang pendakwah dan penceramah bebas. Seramai 120 orang telah hadir ke program tazkirah Ramadhan tersebut yang terdiri dari pesakit, survivor kanser, sukarelawan, carer (penjaga), doktor pakar serta orang awam yang berminat. Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Siti Norlasiah, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN).

Diantara pengisian tazkirah Ramadhan ialah bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat berkat. Segala amalan yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan ini, ganjarannya berlipat ganda berbanding bulan-bulan yang lain. Islam menyeru kita supaya melakukan kebaikan atau menjauhi kemaksiatan secara istiqamah (konsisten/berterusan). Melaksanakan perintah Allah sebenarnya tidak sukar, tetapi untuk kita sentiasa istiqamah adalah sesuatu yang berat. Oleh itu, para Ulama' berpendapat bahawa Istiqamah adalah sesuatu yang paling berat di dalam Islam.


Secara keseluruhannya, tazkirah ini sangat memberi manfaat kepada semua untuk terus beristiqamah dalam amalan kita.

No comments:

Post a comment