Friday, 26 June 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 48

Siri 48: ‘BUSINESS’ @ PKP

COVID -19 memberi impak besar kepada sektor ekonomi. Ada ‘business slow’, ada meningkat. Kami kongsi cerita perniagaan 8 orang ahli/rakan sokongan KanWork dalam PKP ini.

Majoriti mereka terkesan dengan pandemik ini:
‘… perniagaan butik pakaian dan travel agency tidak dapat dijalankan.’ (Puan Jauriah)
‘… banyak catering order dibatalkan, pengunjung kafe menurun dan bazar Ramadan tidak beroperasi.’ (Datin Rafidah)
‘… ramai tidak bekerja, tiada kenduri menyebabkan perniagaan terjejas dan orang lebih fokus kepada makanan.’ (Cik Nad).
‘… semua perancangan untuk produk saya terjejas teruk, tidak bergerak.’ (Encik Arjuna)
‘Pusat Perkembangan Kanak-Kanak terpaksa di tutup.’ (Puan R)

Walau bagaimana pun ada juga yang berjaya:
‘…perniagaan farmasi agak memberangsangkan, ada peningkatan jualan.’ (Encik Nazri)
‘… jualan menggalakkan, resepi turun temurun keluarga.’ (Puan Norma)
‘… saya ‘Cikgu Roti’, buat demo masakan online, terlibat dengan syarikat jualan langsung, Alhamdulillah bulan April lepas, telah mencapai target!’ (Puan Noor)

Mereka pantas atur strategi supaya ‘business’ berjalan:
‘… menjalankan online untuk butik walaupun hasilnya tidak seperti biasa.’ (Puan Jauriah)
‘…buat food delivery untuk kawasan sekitar.’ (Datin Rafidah)
‘…kelas online dan video sebagai bahan mengajar kelas.’ (Puan R).
‘Brainstorming dengan CEO, plan semula perjalanan syarikat, halatuju pemasaran dan segmentation produk.’(Encik Arjuna)
‘Terus promosi dan gunakan medium perniagaan percuma.’ (Cik Nad)

Masing-masing tetap ada cabaran!
‘…online ini terhad, tapi better than nothing’ (Puan Jauriah).
‘Saya bermula agak lambat’ (Datin Rafidah).
‘Pergerakan terhad kerana fasiliti penghantaran dari pembekal tergendala. Stok berkurangan/tiada sebab pengeluar juga menutup kilang mereka’ (Encik Nazri).
‘Guru/ibubapa tiada internet dirumah, tiada laptop dan tak semua murid dapat ikuti kelas’ (Puan R).
Puan Noor juga menghadapi masalah capaian internet.

Sekarang PKPP, ada kelonggaran dengan limitasi. Datin Rafidah perlu ambil butiran nama serta suhu badan pelanggan. Puan Jauriah memikirkan strategi untuk pakej tempatan kerana pelancongan luar negara belum dibenarkan.

Inilah rencah dunia perniagaan. Jangan panik! Sentiasa berbincang. Pegang prinsip ‘survival’ dan ‘thinking outside the box’. Semoga terus berjaya!

No comments:

Post a comment