Friday, 17 July 2020

KanWork Stay @Home: CERITA KAMI - Siri 54

Siri 54: ALAHAI CUCU NENEK @ PKP
Orang kata bila ada cucu, datuk dan nenek akan lebih sayang dari anak sendiri. Anda setuju? Apa saja yang cucu minta, pasti ditunaikan. Kalau cucu kena marah, datuk dan nenek akan ‘protect’. Jaga-jaga!
Siri kali ini kami kongsikan pengalaman 6 ahli KanWork bersama cucu masing-masing dalam tempoh PKP ini.
Ada cucu yang tinggal bersama, ada yang datang setiap hari.
“Ada jaga cucu dari sekolah tak nak balik sampai 4 bulan duduk dengan saya”. (Puan Zarina). “… saya berjiran dengan anak, no gate, cucu boleh cross over datang”. (Puan Rokiah). Mengikut Puan Rabeah pula cucunya akan datang setiap hari apabila anak dan menantunya keluar bekerja, hanya 10 minit jarak rumah mereka.
Pelbagai aktiviti dilakukan bersama samada yang ‘indoor’ atau pun ‘outdoor’.
“…tolong nenek buat kuih raya, aktiviti sental kuali, bagi upah RM6 seorang” kata Puan Zarina. “… ajar cucu ngaji, yang umur 4 tahun tu, kita kena kreatif, huruf Alif tegak macam jari telunjuk, huruf Lam macam mata kail ikan”, cerita Puan Rokiah. “…teaching cucu lelaki jenis penapis di dapur dan jenis pokok limau di sekitar laman”. (Puan Rohani).
Cucu Puan Mariam suka menyanyi “nursery rhymes”. Nenek pun kena ‘join’ sekali. “…baru-baru ni tengok kat tv, ada lagu bangau oh bangau, senang sikit nenek nak ingat lagu melayu lama”, jelas Puan Mariam. Puan Rabeah pula membuat “cupcake’ dan cucu beliau yang hias. “…she decorates the cake with all the glitters”.
Berlainan dengan Puan Noriahan, semua cucu ada aktiviti sendiri tetapi nenek kena ‘on time’ di dapur. “... saya sediakan makan je, macam-macam kena sediakan sebab
kejap-kejap masuk dapur”.

Itulah sedikit cerita cucu-cucu dalam PKP ini. Pelbagai kerenah dan keletah, tetapi mereka yang jadi penawar hati, pengubat segala duka. Boleh lupa seketika masalah yang melanda. Alahai sayang cucu nenek!

No comments:

Post a comment