Saturday 25 July 2020

KanWork Stay @Home: CERITA KAMI (VERSI BAHASA) - Siri 58b

Siri 58b: CHE
Jumaat 25 Jun, 2020, Hajah Nik Mariam binti Nik Abdullah telah kembali ke rahmatullah dengan tenang. Inna lillahi wa inna ilahi rajiun. Seorang yang sangat penyayang dan baik hati, dia adalah ‘Che’ kepada tujuh orang anak dan menantu, adik beradik, saudara mara dan kawan-kawannya.
Che sangat prihatin terhadap orang lain. Dia selalu mengingatkan kami supaya buat yang terbaik untuk membantu orang lain, “Sampaikan hajat orang, Allah akan sampaikan hajat kita”.
Che memberi galakan, menyokong dan merestui ahli keluarganya aktif dalam KanWork. Kesemua anaknya adalah sukarelawan dan ahli seumur hidup KanWork. Begitu juga dengan menantu, cucu-cucu serta cucu-cucu saudaranya. Che pernah menghadiri beberapa aktiviti KanWork.
Hari terakhir Che adalah dalam tempoh PKP. Janji temu hospital Che pada bulan April telah ditangguhkan ke bulan Julai 2020. Namun ia sudah terlambat!
Walaupun semua anak Che duduk di kawasan Lembah Klang, namun ramai yang tidak dapat menziarahinya seperti biasa semasa awal PKP. Lagi pun, kami tidak mahu mengambil risiko jangkitan kepada Che dalam pandemik ini. Saya ditahan polis di sekatan jalan raya ketika hendak melawat Che. Nasib baik saya dibenarkan selepas memberi penjelasan. Che maklum bahawa kami sedang berhadapan dengan wabak.
Urusan jenazah Che, seperti solat jenazah dan sebagainya mematuhi SOP. Alhamdulillah dengan izin Allah, semua urusan dipermudahkan. Allahyarhamah telah disemadikan bersebelahan dengan kubur Allahyarham Haji Muhamad (Ayah).
Di bawah sekatan pergerakan antara negara, tiga daripada cucu Che berada di luar negara dan masih belum dapat pulang sehingga kini.
Semoga Allah cucuri Rahmat ke atas roh Allahyarhamah Che and Allahyarham Ayah dan menempatkan mereka dalam golongan mereka yang beriman.
Maznah Muhamad
Ahli Seumur Hidup/Sukarelawan/ Pengasas & Presiden KanWork
16 Julai 2020

No comments:

Post a Comment