Showing posts with label AGM. Show all posts
Showing posts with label AGM. Show all posts

Thursday, 12 March 2020

MESYUARAT AGUNG KanWork KE-15


Serdang, 7 Mac 2020. Persatuan Kanser KanWork telah mengadakan Mesyuarat Agung KanWork ke-15 di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Melalui mesyuarat ini, seramai 13 orang AJK dan 2 orang juruaudit telah dipilih untuk sesi 2020/2022. Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan tahniah kepada ahli jawatakuasa yang baharu.

Thursday, 28 April 2016

Mesyuarat Agung KANWORK ke-11


Kajang, 13 Februari 2016. Persatuan KanWork telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-11. Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 42 orang ahli KanWork. Antara agenda dalam mesyuarat ini adalah meluluskan minit mesyuarat lepas, memberi penghargaan kepada mantan barisan AJK 2014-2016, melantik AJK baharu untuk tahun 2016-2018 dan membentang serta meluluskan kewangan persatuan untuk tahun 2015. Melalui mesyuarat ini, seramai 16 orang AJK baharu dan 2 orang juruaudit telah dipilih dan dilantik. Berikut adalah senarai nama AJK 2016-2018 :



Pengerusi
Dr. Mazanah Muhamad

Timbalan Pengerusi
Prof. Madya Dr. Nobaya Ahmad

Setiausaha
Dr. Mariana Mohd Yusoff

Timbalan  Setiausaha
Pn. Maznah Meor Razali

Bendahari
Pn. Ruhaidah Ahmad

Timbalan Bendahari
Pn. Norma Muhamad



Ahli Jawatankuasa :
Hj. Badrulhaisam Samsuddin
Cik Aida Maskor
Datin Dr. Rosenani Abu Bakar
Dr. Norfilzatun Borhan
Pn. Rosey Syafinie Miskam
Pn. Safinaz Jaafar
En. Rosmadi Ibrahim
Pn. Haliza Abd Halim
 

Tuesday, 31 March 2015

AGM Ke-10 KanWork

Persatuan Kanser KanWork, 21 Mac 2015 (Sabtu). Telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan KanWork Ke-10 di Pejabat Pentadbiran KanWork di Taman Equine. Seramai 30 orang ahli telah hadir. Mesyuarat berjalan dengan lancar dan tamat jam 12.00 tengahari.

Terima kasih kepada AJK Pelaksana dan ahli yang hadir.

Thursday, 19 March 2015

Map ke Lokasi AGM Ke-10 KanWork

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Disertakan peta lokasi Mesyarat Agung Tahunan KanWork Ke-10 yang akan diadakan di Pejabat Pentadbiran KanWork pada 21 Mac 2015 (Sabtu)

Alamat :
B5-1-2, Blok B5, Apartment Putra Permai,
Jalan Putra Permai 2, Taman Equine,
43300 Seri Kembangan Selangor. 
(Berdekatan Mc Donald Equine, Jusco Taman Equine, Pasar Borong Selangor) 

No. Telefon : 03-8940 8672