Serdang, 7 Nov 2019 Persatuan Kanser KanWork telah mendapat jemputan kerjasama dengan Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear, Universiti Putra Malaysia untuk Hari Kesedaran Kanser “Kanser Suatu Rahmat Siri 1” di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia. KanWork membuka booth pameran kanser semasa program tersebut. Terima kasih dan tahniah kepada pihak penganjur. Terima kasih kepada sukarelawan KanWork yang terlibat menjayakan program ini.
Showing posts with label Kesedaran Awam. Show all posts
Showing posts with label Kesedaran Awam. Show all posts
Tuesday, 12 November 2019
KanWork @ Program Kesedaran Kanser dan Peka B40 serta Saringan Kesihatan bersama Komuniti Kampung Tengah
Puchong, 3 Nov
2019 Persatuan
Kanser KanWork telah mendapat jemputan
kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Program Kesedaran kanser dan Peka B40 serta Saringan Kesihatan bersama
Komuniti Kampung Tengah di Masjid Nurul Iman, Kampung Tengah, Batu 13, Puchong. KanWork membuka booth pameran kanser, mengadakan sesi perkongsian
pengalaman Bersama survivor & carer KanWork, dan Sesi Sembang Diet oleh Dr.
Suhaina Sulaiman semasa program tersebut. Terima kasih kepada pihak penganjur
di atas jemputan ini. Terima kasih kepada sukarelawan KanWork yang terlibat
menjayakan program ini.
Saturday, 14 September 2019
Buletin KanWork
Tuesday, 19 February 2019
Kempen Kesedaran Kanser KanWork Bersama Komuniti @ Masjid Al-Imam At-Tirmizi Sri Sentosa
Sri Sentosa, Kuala
Lumpur, 16 Februari - Bersempena dengan Hari Kanser Sedunia, Persatuan Kanser KanWork dengan
kerjasama Masjid Al-Imam At-Tirmizi Sri Sentosa, MAKNA dan Beacon International Specialist Centre telah menganjurkan program Kempen Kesedaran Kanser
KanWork bersama Komuniti pada 16 Feb yang lalu. Di antara pengisian program
ialah (1) Saringan Mamogram (Digital Mobile Mamogram) dan Pemeriksaan Klinikal
Payudara oleh MAKNA, (2) Saringan Kesihatan oleh Beacon International
Specialist Centre, (3) Ceramah Kesedaran Kanser oleh Dr. Azura Rozila Ahmad
(Perunding Perubatan Onkologi, Beacon International Specialist Hospital), (4)
Perkongsian Pengalaman Bersama Survivor, (5) Sembang Diet oleh Dr.
Suhaina Sulaiman (Pakar Diet), serta (6) Pameran Kesedaran Kanser. Kempen ini
telah dihadiri seramai 200 orang dan telah mendapat liputan daripada Wanita
Hari Ini TV3. Pihak penganjur merakamkan jutaan terima kasih semua pihak yang
telah menjayakan kempen ini.
#WorldCancerDay2019
#iamandiwill
#WorldCancerDay2019
#iamandiwill
Monday, 4 December 2017
RISALAH KANSER BAHARU TERBITAN KanWork
RISALAH KANSER BAHARU TERBITAN KanWork
Persatuan KanWork, 4 Disember 2017 – Menyedari tentang pentingnya penyampaian dan
penyebaran maklumat yang tepat tentang kanser kepada pesakit serta orang awam,
Persatuan KanWork menggembleng tenaga membangunkan bahan pendidikan dalam
bentuk risalah. Seiringan dengan kemajuan teknologi penyebaran maklumat,
risalah yang diterbitkan ini boleh diperoleh dalam bentuk cetakan daripada
persatuan ini. Terkini, sebanyak 2 risalah baharu telah diterbitkan dalam
bentuk risalah. Risalah tersebut adalah Carer
Pesakit Kanser dan Kanser Hati.
Risalah
ini dipamer dan diedarkan semasa program-program kesedaran awam anjuran
KanWork. Mereka yang memerlukan risalah ini boleh mendapatkannya dengan
berkunjung ke Pejabat KanWork atau menghubungi talian helpline 1-800-22-8672. KanWork ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua penaja dan individu yang telah memberi sumbangan
ikhlas dan sokongan bagi pembangunan dan percetakan risalah ini.
2017
NEW CANCER BROCHURE BY KANWORK
Persatuan KanWork, 4 December 2017 – Aware
of the importance of the delivery and dissemination of accurate information
about cancer to patients and the general public, KanWork has taken the
initiative to develop educational materials in brochure form. In line with the
advances of technology in information dissemination, the brochures may be
obtained in printed version KanWork. Currently, 2 new brochures were published.
The titles developed are “Cancer Carer” and “Liver Cancer”.
This brochure are exhibited and
distributed during public awareness programs organized by KanWork. Those who need
the brochure can get it by visiting to the KanWork’s office and calling our helpline
at 1-800-22-8672. We express our sincere appreciation to all sponsors and
individuals for their contributions and continuous support for the development
and printing of the said brochures.
Wednesday, 25 October 2017
Kempen Kesedaran Kanser Bersama Komuniti @Bukit Jelutong
BUKIT JELUTONG, SELANGOR, 21 OKTOBER 2017 (SABTU) - Persatuan Kanser KanWork dengan
kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Masjid
DiRaja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong telah menganjurkan program Kempen
Kesedaran Kanser Bersama Komuniti pada 21 Oktober yang lalu, bermula jam 8.30
pagi hingga 12.30 tengahari. Di antara pengisian program ialah ceramah
kesedaran kanser oleh Dr. Azura Rozila Ahmad (Perunding Perubatan Onkologi,
Beacon Hospital), sesi perkongsian pengalaman bersama survivor, pemeriksaan
kesihatan oleh LPPKN (ujian glukosa, ujian tekanan darah, indeks jisim tubuh,
ujian kolesterol dan ujian PAP smear), teknik pemeriksaan payudara sendiri (PSP),
sembang diet oleh Prof. Madya Dr.
Suhaina Sulaiman (UKM), pendaftaran subsidi mamogram dan pameran kesedaran
kanser. Kempen ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti Bukit
Jelutong dan telah dihadiri seramai 150 orang. Turut hadir pada program
tersebut ialah Dr. Zaharah Binti Zainuddin yang merupakan Pakar Perubatan
Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Pihak penganjur merakamkan
jutaan terima kasih semua pihak yang telah menjayakan kempen ini.
BUKIT JELUTONG, SELANGOR, 21
OKTOBER 2017 (Saturday) - KanWork in collaboration with National
Population and Family Development Board (LPPKN) and Masjid DiRaja Tengku Ampuan
Jemaah, Bukit Jelutong has organized Cancer Awareness Campaign with Community.
The half day programme was filled with activities such as talks on cancer
awareness by Dr. Azura Rozila Ahmad (Medical Oncology Consultant, Beacon
Hospital), sharing experience with survivors, health screening(glucose,
cholesterol, blood pressure, body mass index (BMI), PAP Smear Test), Breast
Self-Examination (BSE), diet talk by Assoc. Prof. Dr. Suhaina Sulaiman (UKM) mammogram
subsidy, and cancer awareness exhibitions. This campaign received encouraging
response from the community of Bukit Jelutong and attended a total of 150
people. Also present was Dr. Zaharah Zainuddin (Public Health Specialist, Selangor
State Health Department). Thanks to those who have attended and participated in
this programme.
Friday, 3 June 2016
Kesedaran Awam: Kempen Kesedaran Kanser
Persatuan Kanser KanWork, Sepanjang Mei 2016, Persatuan KanWork telah mengadakan 4 Kempen Kesedaran Kanser iaitu pada 8 Mei 2016 di Maeps, Serdang semasa Program Reunion Alumni NCSU, pada 13-15 Mei 2016 di Masjid Putra, Putrajaya semasa Program Bersama Kariyah Masjid Putra, pada 15 Mei 2016 di Masjid Kinrara, Puchong semasa Program Bersama Kariyah masjid Kinrara dan pada 22 Mei 2016 di Maeps, Serdang semasa Program Reunion 40TDK UPM.
Melalui aktiviti ini, pengunjung boleh menyedari bahaya kanser dan mengetahui bagaimana penyakit ini dapat dielakkan atau diubati. Antara lain, pengunjung juga boleh mendapatkan bahan bacaan mengenai penyakit kanser, tunjuk ajar PSP (pemeriksaan sendiri payudara), risalah berkaitan pengesanan awal kanser, dan sokongan daripada sukarelawan yang bertugas di mana sukarelawan juga merupakan kanser survivor. Melalui 4 program ini, seramai 190 pengunjung telah datang ke gerai pameran KanWork.
Monday, 9 November 2015
Kesedaran Awam : Pink October Walk Together 2015
Putrajaya, 31 Okt. 2015 (Sabtu). Persatuan KanWork telah menyertai Pink October Walk Together anjuran Jabatan Pembedahan, Hospital Putrajaya. Acara berjalan sejauh 4.5 km ini turut disertai oleh beberapa survivor KanWork dan mereka telah berjaya melakukannya. Selain itu, KanWork juga turut menjayakan kempen kesedaran kanser payudara ini dengan membuka gerai pameran di mana aktiviti yang di jalankan adalah seperti perkongsian pengalaman survivor kanser payudara, pameran poster, memberi tunjuk ajar psp (pemeriksaan sendiri payudara), mengedarkan risalah berkaitan kanser payudara, jualan bahan bacaan kanser serta jualan amal.
Terima kasih kepada sukarelawan yang sudi bertugas di gerai KanWork, dan tahniah diucapkan kepada peserta.
Subscribe to:
Posts (Atom)







