Friday, 2 June 2017

Pencapaian Program KanWork 2014-2016

Persatuan Kanser KanWork ditubuhkan bermatlamat untuk:
  • Memberi pendidikan mengenai kanser kepada pesakit, survivor dan ahli keluarga (carer) terutamanya melibatkan aspek rawatan dan penjagaan serta survivorship.
  • Memberi sokongan (peer support) kepada pesakit kanser, survivor dan keluarga termasuk melawat pesakit di hospital dan di rumah serta melalui Helpline.
  • Meningkatkan kesedaran terhadap pencegahan kanser kepada komuniti supaya dapat dikesan di peringkat awal.
  • Menggalakkan cara hidup sihat bagi mengurangkan risiko kepada penyakit kanser.

Graf dan jadual di atas menunjukkan Laporan Pencapaian Program KanWork bagi tahun 2014-2016. KanWork telah melaksanakan 5 program utama setiap tahun iaitu :
  1. Pendidikan
  2. Sosial dan Kebajikan Ahli
  3. Kesedaran
  4. Sokongan dan Lawatan Pesakit
  5. Pembangunan Sukarelawan

Berdasarkan graf dan jadual di atas, adalah didapati, program kesedaran Kanser merupakan program yang paling ramai dihadiri kerana program ini terbuka kepada orang awam termasuklah pesakit, survivor dan juga carer


Manakala program pembangunan sukarelawan merupakan program yang hanya dibuka kepada sukarelawan aktif KanWork sahaja. 

Tuesday, 23 May 2017

Program Pendidikan dan Sokongan Pesakit Kanser "MENANGANI CABARAN KETIKA SAKIT"






Persatuan Kanser KanWork Putrajaya, 20 Mei 2017. Program Pendidikan dan Sokongan Pesakit Kanser "Menangani Cabaran Ketika Sakit" telah diadakan dengan jayanya di Auditorium Hospital Putrajaya. Penceramah jemputan ialah Prof. Datuk Dr. Muhaya Mohamad. Seramai 160 orang telah hadir terdiri dari pesakit, survivor, penjaga (carer), doktor, sukarelawan serta orang awam yang berminat.

Program diteruskan dengan sesi perkongsian pengalaman yang dibimbing oleh Dr. Nor Filzatun Borhan.  Semoga pengisian sepanjang program ini memberi manfaat kepada semua yang hadir.



KanWork Cancer Society Putrajaya, May 20th, 2017. Program Pendidikan dan Sokongan Pesakit Kanser "Menangani Cabaran Ketika Sakit" was successfully held at Auditorium Hospital Putrajaya. The guest speaker was Prof. Datuk Dr. Muhaya Mohamad. A total of 160 participants were present consists of the patient, survivor, guardian (carer), doctors, volunteers and the public who are interested.


The program continued with the experience sharing session led by Dr. Nor Filzatun Borhan. Hopefully this programme is beneficial to all the participants.

Thursday, 4 May 2017

FORUM CARER KANSER "TANGGUNGJAWAB & KASIH SAYANG"




BANDAR BARU BANGI, 29 APRIL 2017 –  Satu Forum Carer Kanser yang bertajuk “Tanggungjawab dan Kasih Sayang” telah di adakan pada 29 April yang lalu di Surau Al-Sobah, Bandar Baru Bangi. Forum ini adalah anjuran bersama Surau Al-Sobah dan Persatuan Kanser KanWork. Secara umumnya forum ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kepentingan dan peranan carer dalam membantu pesakit kanser.  

Panel jemputan untuk forum ini ialah Dr. Norfilzatun Borhan (Pakar Perubatan Kesihatan Awam), Cik Nurul Ashikin Saari (Pegawai Psikologi Hospital Kuala Lumpur), Dr. Abdullah Mohd. Noor (Survivor) dan Pn. Ramlah Muhamad (Carer). Moderator untuk sesi forum ini ialah Dr. Mazanah Muhamad. 

Seramai 60 orang telah hadir terdiri dari carer (penjaga), pesakit, survivor, sukarelawan serta orang awam yang berminat. Semoga forum ini memberi manfaat kepada semua yang hadir.

Tuesday, 18 April 2017

Slide Program Pendidikan KanWork Cancer Recurrence

Cancer Recurrence (Kanser Berulang)

Oleh : Dr Matin Mellor Abdullah


Sila klik di sini  untuk muat turun. 

Sunday, 9 April 2017

Program Pendidikan dan Sokongan Pesakit Kanser "Cancer Recurrence" (Kanser Berulang)




SERDANG, 8 APRIL 2017 – Persatuan KanWork dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menganjurkan Program Pendidikan dan Sokongan Pesakit Kanser yang bertajuk “Cancer Recurrence”. Program di adakan di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Penceramah jemputan ialah Dr. Matin Mellor Abdullah, Pakar Onkologi Klinikal Pusat Perubatan Subang Jaya.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan tentang kanser secara umum, kanser yang berulang (recur), faktor penyebab, rawatan, serta langkah pencegahan.

Seramai 120 orang telah hadir terdiri dari pesakit, survivor, penjaga (carer), doktor, jururawat, sukarelawan serta orang awam yang berminat. Program turut dihadiri oleh Matron Zurina Mohamad Isa yang mewakili Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).