Kuala Lumpur, 4 Oktober 2018 Persatuan Kanser KanWork telah menyertai World Cancer Congress (WCC) 2018, anjuran The Union
International Cancer Control (UICC) pada 1 hingga 4 Oktober di Kuala Lumpur
Convention Centre. 3 ahli KanWork telah membuat pembentangan 6 kertas kerja yang
merangkumi tajuk berkaitan Kesedaran Kanser di Komuniti, My Story, Peer
Support, Peranan Pusat Sumber Kanser dan Program Pendidikan Kanser. Kertas kerja ini adalah berasaskan bukti amalan (evidence based practice). KanWork ialah
sebuah institusi yang berdaftar sebagai ahli UICC. Melalui kehadiran dan
pembentangan kertas kerja di WCC ini, ahli KanWork telah dapat menimba ilmu,
berkongsi pengalaman dan networking dengan
lain-lain peserta (tempatan dan antarabangsa) yang terlibat. Pengalaman
pembelajaran ini InsyaAllah akan dimanfaatkan dalam usaha memajukan KanWork.
Tuesday, 23 October 2018
Monday, 24 September 2018
KISAH PEJUANG KANSER : CINTA YANG SEMPURNA UNTUK ISTERI
Seri Kembangan, 24 September 2018 – Persatuan Kanser KanWork dengan sokongan Australian Cancer Survivorship Center (ACSC), Australia telah mengambil inisiatif menjalankan My Story Project. Inisiatif ini merupakan pembangunan dan penerbitan artikel dimana pesakit, ahli keluarga dan sukarelawan berkongsi pengalaman mereka dalam menangani kanser. Perkongsian tersebut diharap dapat dijadikan panduan dan inspirasi kepada mereka yang terlibat dengan kanser.
Artikel kedua yang bertajuk “Cinta yang Sempurna untuk Isteri” telah diterbit, dipamer dan diedarkan semasa program-program KanWork. KanWork juga mengalu-alukan sumbangan daripada organisasi korporat atau individu untuk pembangunan artikel seterusnya. Sila hubungi pejabat KanWork untuk maklumat lanjut.
Wednesday, 19 September 2018
WALKATHON AMAL KanWork 3
Serdang, 15 September 2018 Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia dan War on Cancer Malaysia telah menganjurkan Walkathon Amal 3 pada 15 September 2018 di Bukit Ekspo, UPM. Seramai 460 orang peserta yang terdiri daripada pesakit/survivor kanser serta keluarga, pelajar dan orang awam telah hadir memberi sokongan dengan sama-sama berjalan dan menyertai pelbagai aktiviti yang telah diadakan .
Flag Off peserta disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris (Naib Canselor, UPM). Selain aktiviti berjalan, turut diadakan Pemeriksaan Kesihatan oleh Beacon International Hospital, Piknik, Demonstrasi Senaman Qigong, Pameran Kesedaran Kanser oleh KanWork & Pusat Sumber Kanser UPM (CaRE UPM), Sesi Bersama Survivor, Bertemu Atlet UPM/Nasional dan aktiviti kanak-kanak (mewarna).
Terima kasih kepada semua rakan kerjasama, penaja & semua yang memberi sokongan dalam menjayakan Walkathon Amal KanWork 3.
Gambar-gambar sepanjang program boleh dilayari di FB Page Walkathon KanWork.
Friday, 3 August 2018
RISALAH KANSER BAHARU TERBITAN KanWork
Persatuan Kanser KanWork, 31 Julai 2018 – Menyedari tentang pentingnya penyampaian dan penyebaran maklumat yang tepat tentang kanser kepada pesakit serta orang awam, Persatuan Kanser KanWork telah membangunkan bahan pendidikan dalam bentuk risalah. Terkini, sebanyak 2 risalah baharu telah diterbitkan iaitu Kanser Prostat dan Kanser Otak.
Risalah ini dipamer dan diedarkan semasa program-program kesedaran awam anjuran KanWork. Mereka yang memerlukan risalah ini boleh mendapatkannya dengan berkunjung ke Pejabat KanWork atau menghubungi talian helpline 1-800-22-8672. KanWork ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja dan individu yang telah memberi sumbangan ikhlas serta sokongan untuk pembangunan dan percetakan risalah ini.
Thursday, 2 August 2018
PEER SUPPORT KanWork 3/2018
Seri Kembangan, 28 Julai 2018. Persatuan Kanser KanWork Satu
sesi Peer Support KanWork telah diadakan di Pejabat KanWork. Tujuan sesi ini adalah untuk para pesakit, survivor serta penjaga (carer) berkongsi
pengalaman menghadapi cabaran kanser serta mendapat sokongan emosi &
psikologi. Seramai 11 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada pelbagai
latar belakang kanser. Moderator bagi sesi ini ialah Dr Meriam Omar Din,
seorang kaunselor psikologi berpengalaman. Sesi Peer Support KanWork seterusnya
akan diadakan pada 3 November 2018.
Wednesday, 1 August 2018
KanWork @ War on Cancer
Kuala Lumpur, 26 Julai 2018. Persatuan Kanser KanWork telah menyertai program pelancaran War on Cancer Malaysia di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur. Program ini adalah inisiatif oleh College of Physician dan Academy of Medicine Malaysia. Pelancaran telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. KanWork telah membuka booth kesedaran kanser semasa program ini.
Bersempena dengan pelancaran ini, KanWork telah terlibat untuk mengendalikan booth Sembang Bersama Survivor. Survivor yang terlibat terdiri dari pelbagai latar belakang kanser. Sesi ini memberi peluang untuk orang ramai berkongsi tentang cabaran dan pengalaman menghadapi kanser.
Qigong KanWork @ Kinrara Raya Picnic
Bandar Kinrara, 22 Julai 2018. Persatuan Kanser KanWork Kumpulan Qigong
KanWork @ Kinrara telah mengadakan Raya Picnic
Aidilfitri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Aktiviti QiGong
KanWork diadakan setiap hari Ahad, dari 7.30 - 8.30 pagi di Taman Qaseh 3,
Bandar Kinrara. Selain senaman QiGong,
ianya dapat mengeratkan ukhwah sesama ahli.
Semua dialu-alukan untuk turut serta di dalam Senaman Qigong.
Subscribe to:
Posts (Atom)