Wednesday, 15 April 2020

KanWork Stay @Home : Siri 3

Siri 3: Memasak Bersama Anak-anak.

Beberapa orang ahli yang isteri tersayang telah pulang kerahmatullah mengambil peluang dalam PKP ini untuk mengeratkan hubungan dengan anak-anak sambil menyediakan makanan untuk seisi keluarga.

KanWork turut menyokong caregiver pesakit kanser (suami/isteri/anak/ayah /ibu ahli yang telah pulang ke rahmatullah).

Tuesday, 14 April 2020

KanWork Stay@Home : Siri 2


Siri 2: Senaman QiGong “Gerakan Setempat”

1. Kenapa kita perlu bersenam?
Untuk meningkatkan tenaga, menguatkan otot dan jantung serta mengurangkan tekanan.

2. Apa itu senaman QiGong?
Salah satu sistem penjagaan kesihatan Cina Purba yang merangkumi gabungan postur badan, teknik pernafasan dan minda (focus intention).

Di sini kita kongsikan salah satu senaman QiGong iaitu Senaman Gerakan Setempat (Fixed Step Exercise). Dalam tempoh Perintah Pergerakan Kawalan ianya sesuai kerana boleh dilakukan secara indoor dengan pergerakan yang minima.

Bagaimana Senaman Gerakan Setempat dilakukan?
1. Berdiri di dalam bilik yang mempunyai pengudaraan yang baik.
2. Lakukan senaman persediaan untuk Qigong (Opening for Qigong Mood).
- Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung dan hembus melalui mulut (3 kali)
- Sedut melalui hidung, buang nafas melalui mulut
3. Mulakan gerakan setempat. Tarik nafas sambil bergerak setempat ke belakang
4. Buang nafas ketika gerak ke tengah dan berhenti seketika
5. Ulang sebanyak 9 kali bagi setiap penjuru (utara, timur, barat & selatan)
6. Jika telah selesai semua pusingan, berhenti dan;
7. Lakukan penutupan senaman iaitu tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung dan hembus
melalui mulut (3 kali)
- Cara penafasan ialah panjang, sekata dan lembut (long, gentle & constant).
8. Rehat & Selesai.

Sila rujuk pada video yang dipaparkan.
Selamat mencuba!
Semoga bermanfaat.

Monday, 13 April 2020

Projek KanWork Stay @Home : Siri 1

Siri 1 : Tanaman Microgreen Sawi Organik

Sempena minggu Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) ini, pelbagai aktiviti yang boleh kita dilakukan. Untuk minggu ini, kami kongsikan tananam microgreen sawi organik yang dibuat oleh ahli KanWork. Projek bermula pada Disember 2019 dan sekarang kita nikmati hasilnya.

Semoga bermanfaat & jumpa lagi di Siri Projek KanWork Stay @Home yang seterusnya!

Wednesday, 1 April 2020

MAKLUMAN : PELANJUTAN PENUTUPAN SEMENTARA PEJABAT PERSATUAN KANSER KanWork


INFO @ KanWork : PENGAMBILAN SAYUR DAN BUAH-BUAHAN SEMASA DALAM RAWATAN KEMOTERAPI

🔹️Saranan sebanyak 5 hidangan (serving) buah dan sayur iaitu 2-3 hidangan buah dan 3-4 hidangan sayur.

🔹️Umumnya buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber serat, vitamin, garam galian (mineral) dan fitokimia (antioxidant). 

🔹️Bagi memaksimakan pengambilan fitokimia individu disaran menerapkan warna-warna berikut dalam diet harian mereka: merah, jingga/kuning, ungu/biru, hijau, putih/coklat.

🔹️Bagi pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi amat sukar untuk memenuhi saranan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana kesan sampingan rawatan yang diterima contohnya : kurang selera makan, kurang/lemah deria rasa, mukositis, fatigue(keletihan yg teruk), demam.
Oleh itu keutamaan rawatan diet bagi pesakit-pesakit ini adalah untuk mereka makan. 

🔹️Pengambilan buah dalam bentuk asalnya amat disarankan kerana ia juga memberikan rasa ‘satiety’/kenyang di samping khasiat yang tinggi seperti yang kita maklum. Namun tidak semua buah dapat dimakan dlm bentuk asal kerana pendedahan pada tanah (seperti jambu batu, jambu air, belimbing, strawberry, cherry, peach, plum, anggur) yang mengandungi bakteria.
Oleh itu buah-buahan tersebut perlu di tangguh pengambilan sepanjang rawatan.

🔹️Buah-buahan yg boleh dimakan dan di sarankan perlu yang berkulit kerana ia melindungi isi buah daripada bakteria. Kopek kulit sebaik sahaja untuk memakannya.

🔹️Bagi individu yang teringin meminum jus bolehlah membeli jus komersial dan cari yang kurang kandungan gula.

🔹️Sekiranya masih juga teringin utk membuat jus sendiri perlulah memastikan kebersihan dan keselamatan pembancuhan jus. Kopek kulit buah-buahan tersebut, gunakan air yang telah dimasak untuk bancuhan dan meminumnya dalam tempoh 2 jam.

🔹️Pengambilan buah & sayur dalam bentuk jus diminum dlm kuantiti yang banyak tidak di sarankan kerana ia akan mencetus kejadian diarea.
Diarea seperti ini bukanlah di sebabkan toksin tetapi kerana kandungan serat tidak larut yang tinggi yang berfungsi sebagai pelawas. 

🔹️Sekiranya makan berlebihan sayur & buah semasa rawatan, individu akan rasa kenyang maka akan mengurangkan mengambil makanan lain seperti kanji (nasi/roti/mee/mihun/pasta/biskut) dan protein (ikan/ayam/telur) yang memberikan tenaga bagi menguatkan tubuh dan membina sel baru seterusnya menampung rawatan seterusnya. 

🔹️Sayur yang dimakan perlulah dimasak sepenuhnya untuk mematikan bakteria. Sayur mentah atau salad atau ulam amat tidak di sarankan kerana masih ada bakteria walaupun ia dicuci bersih. 

🔹️Vitamin C pada sayur-sayuran sememangnya akan hilang semasa proses memasak. Tetapi jangan risau kerana vitamin C yang hilang tu berada dalam kuah tersebut. Oleh itu makanlah kuah sayur tersebut.

*Secara umumnya fokus pemakanan semasa dalam rawatan kemoterapi adalah pengambilan makanan berkhasiat yang bersih dan selamat .*

Semoga maklumat tersebut dapat membantu dalam merancang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran semasa dalam rawatan kemoterapi.

Terima kasih.

Dr. Suhaina S
Dietitian

Monday, 30 March 2020

TERBITAN BAHARU KanWork


Info @ KanWork : Sugar Cravings



Adakah anda mengalami 'sugar cravings?'

Jom kita baca informasi dari Dietitian.

Sesetengah individu mempunyai ‘sugar cravings’ manakala ada juga yang memang suka makan pencuci mulut/’desserts’ yang manis-manis. 

‘Sugar cravings’ ini hanya ada pada waktu tertentu sahaja disebabkan oleh hormon.

Apabila datangnya 'craving' manis ini memang sukar untuk individu mengawal ‘perasaan’ tersebut. ‘Craving’ manis ini kebiasaannya adalah terhadap pastri/pudding/kek, individu boleh mengambilnya tetapi dalam jumlah yang sedikit. Perlu mengawal diri untuk tidak makan dengan rakus. Makanan itu dipotong pada saiz kecil dan makan menggunakan garfu.

Kaedah ini seperti kita ‘tipu’ deria rasa kita, nampak seperti boleh makan dengan banyak dan kerap.

Untuk pencuci mulut atau ‘desserts’, kita ada dua pilihan:

1. Pastri/Puding/Kek/Biskut Manis (cookies)
- Rasa sedap disebabkan oleh kandungan lemak yang ada di dalamnya
- Mempunyak kandungan kalori, lemak dan gula yang tinggi
- Perlu dikurangkan pengambilan kerana ia akan meningkatkan berat badan. Ia juga akan meningkatkan aras gula dalam darah pada individu diabetis.

2. Buah-buahan
- Rasa manis buah bergantung pada tahap masak sesuatu buah tersebut.
- Buah-buahan mempunyai serat yang tinggi, rendah gula rendah lemak dan rendah kalori. 
-     Ia sumber vitamin & mineral
-     Ia kaya dengan kandungan antioksidan yang melindungi tubuh.

Bagi survivor kanser yang suka mengambil pencuci mulut yang manis, amat disarankan untuk diselang selikan dengan buah-buahan. Contohnya dalam seminggu 5-6 kali buah-buahan.

Umumnya pilihan yang disarankan adalah pengambilan buah-buahan sebagai pencuci mulut kerana ia kaya dengan antioksidan yang melindungi tubuh survivor kanser.

Dr. Suhaina S
Dietitian