Monday, 21 July 2014

Tazkirah Ramadan - Mencari Kesempurnaan Ramadan

Peserta bergambar dengan Ustaz Azahar Yaakub

12 Julai 2014. Program ini di jalankan untuk mendapatkan pengetahuan tentang bagaimana hendak mencari kesempurnaan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Seramai 16 orang telah menghadiri tazkirah ini yang di adakan di pejabat KanWork pada pukul 10.00 pagi.  Penceramah jemputan untuk program tazkirah Ramadhan ini ialah YBhg. Ustaz Dr. Azahar Yaakub, Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi Malaysia (International Campus), Kuala Lumpur.

Di antara intipati tazkirah yang di sampaikan ialah dalam konteks bersedakah. Penceramah ada menyebut tentang satu hadith yang bermaksud, “Ubatilah orang yang sakit di antara kamu dengan bersedekah” (HR Thabrani dan Baihaqi). Dalam kita bersedekah itu, hendaklah kita yakin dan pasti bahawa sesungguhnya janji Allah SWT itu benar. Bersedekah juga di antara amalan yang di laksanakan Rasulullah SAW selain dari Qiamullail dan membaca Al- Quran.
YBhg. Dr. Ustaz Azahar Yaakub

Bersedekah juga tidak terhad dalam bentuk wang ringgit atau material (harta benda). kerja-kerja kebajikan yang kita laksanakan seharian juga merupakan satu sedekah kita kepada orang yang memerlukan.

Secara keseluruhannya, tazkirah ini sangat member manfaat dan ianya dapat membantu semua peserta untuk menjadi insan yang lebih baik dalam menghadapi Ramadhan dan hari-hari yang mendatang. Majlis berakhir jam 11.30 pagi.

No comments:

Post a comment