Friday, 3 October 2014

Kempen Kesedaran Kanser Payudara

Pn Asmah di dalam sesi bersama kanser survivor

PERSATUAN KANSER KANWORK. 27 September 2014, Ampang. Satu Kempen Kesedaran Kanser Payudara anjuran Biro Wanita Pertubuhan Penduduk UP4 Ukay Perdana dengan kerjasama Jabatan Pembedahan Am, Hospital Ampang, telah diadakan untuk memberi kesedaran kepada penduduk sekitar. 
Ahli KanWork, Puan Asmah Salam telah dijemput untuk berkongsi pengalaman beliau di dalam sessi perkongsian bersama kanser survivor. Terima kasih kepada Puan Asmah Salam kerana mewakili para survivor amnya dan KanWork khasnya. Semoga pengalaman yang dikongsi bersama dapat memberi kesedaran awal kepada para peserta. Gambar-gambar disekitar majlis tersebut.

Bergambar kenangan bersama penganjur dan ahli panel.

Forum Kesedaran Kanser Payudara PPUM 2014

PPUM akan menganjurkan Forum Kesedaran Kanser Payudara - "Berjaya pulih melalui harapan dan penyembuhan" pada 18 Oktober 2014 (Sabtu), jam 8.30 pagi hingga 5 petang, bertempat di Auditorium Klinikal, Tingkat 2, Menara Utama, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur. 

Kepada ahli KanWork yang ingin menyertai forum ini, sila beri nama kepada Setiausaha KanWork, Pn. Mariana di talian 019-234 9954 sebelum 7 Oktober 2014. 

Kepada yang bukan ahli, boleh hubungi terus urusetia forum, sebelum 13 Oktober 2014 bagi tujuan pra-pendaftaran dan 'goodies'.

Tentatif Forum seperti di bawah. Jemput datang beramai-ramai, forum adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai.
Flyer Program

Tentatif Program

Tuesday, 30 September 2014

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri KanWork 2014 (English Version)

6 September 2014, Putrajaya. KanWork yearly event, “Majlis Ramah Mesra Aidilfitri (MRMA 2014)” has been successfully held at Seminar Room Lobby, Level 4, Institut Kanser Negara (IKN). Attended by more than 300 guests which included KanWork members and families, NGOs, volunteers, specialists and hospital representatives, cancer patients, survivors and academicians. KanWork was very grateful with the presence of Ketua Pengarah LPPKN, Dato Dr Siti Norlasiah Ismail and Ketua Pengarah IKN, Dr Asmayani Khalib.
The occasion was initiated with prayer (doa) recitation by Tuan Haji Kamaruddin Shafie and opening speech by KanWork Chairwoman, Prof Dr Mazanah Muhamad. She conveyed her appreciation to all guests for their presence. Also to mention book sponsor “Buku Rawatan Doa” (new printing), Dr Mastura Md Yusoff, KanWork members, survivors and cancer patients, NGO representatives, hospital and other institutions and not forgetting volunteers, families and anyone present.
To end the glittering event, photography session was a must and it was 12.30pm. See you all next year, 2015!!! In Shaa Allah.

Wednesday, 10 September 2014

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri KanWork 2014

06 September 2014, Putrajaya. Bertempat di Lobi Bilik Seminar Aras 4, Institut Kanser Negara telah diadakan satu program tahunan KanWork iaitu Majlis Ramah Mesra Aidilfitri (MRMA 2014). Program ini telah dihadiri seramai 300 orang tetamu jemputan yang terdiri daripada ahli KanWork serta keluarga, NGO, sukarelawan, doktor pakar dan wakil hospital, pesakit dan survivor kanser serta ahli akedemik. Kanwork juga amat berbesar hati kerana Ketua Pengarah LPPKN, Dato Dr Siti Norlasiah Ismail dan Ketua Pengarah IKN, Dr Asmayani Khalib sudi meluangkan masa menghadiri majlis ini.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Kamarudin dan diikuti dengan ucapan aluan oleh Pengerusi KanWork, Prof Dr Mazanah Muhamad. Pengerusi KanWork turut memberikan penghargaan kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis. Ini termasuk Penaja Buku Rawatan Doa (cetakan terkini) Dr Mastura Md Yusoff, ahli KanWork, para survivor dan pesakit kanser, wakil-wakil NGO, Hospital dan lain-lain institusi. Turut tidak dilupakan sukarelawan, ahli keluarga dan lain-lain.
Seterusnya tetamu dijemput ke ruang makan untuk menikmati hidangan juadah raya yang telah disediakan oleh Katering Rahsia Citarasa Istimewa. Terdapat pelbagai jenis juadah utama yang dihidangkan iaitu nasi impit beserta rendang ayam, soto, laksa johor dan lemang

Turut menyerikan lagi meja  juadah pembuka selera adalah pelbagai jenis potluck yang disumbangkan oleh tetamu yang hadir antaranya pelbagai jenis kek, buah-buahan, kuih muih dan candy. Para tetamu yang hadir kelihatan gembira dan ceria dapat berkumpul bersama rakan seperjuangan setelah sekian lama tidak bersua. Mereka saling bertukar cerita dan berkongsi pengalaman. Suasana di lobi menjadi meriah dan riuh rendah.
Bagi pesakit dan orang awam yang baru menyertai program anjuran KanWork ini, mereka tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling secara personal daripada doktor pakar dan rakan survivor yang lebih senior.  Pelbagai soalan diajukan bagi mendapatkan kepastian dan merungkai dilema yang mereka hadapi. Sedikit sebanyak kata-kata nasihat yang mereka perolehi dapat menaikkan semangat untuk teruskan kehidupan dengan tabah.
Sambil menjamu selera, majlis turut dimeriahkan dengan slot cabutan bertuah. Hadiah bagi cabutan bertuah sebanyak 48 set ini telah ditaja oleh ahli-ahli KanWork dan juga rakan KanWork (Partners/Donors). Dengan hadiah utamanya yang menjadi rebutan iaitu pakej penginapan 3 hari 2 malam di Legend Hotel, Cherating. Hadiah utama ini dimenangi oleh Pn Norma Muhamad.
Turut memeriahkan perjalanan majlis adalah persembahan nyanyian akustik dari artis jemputan Mr. CDnaz  dari kumpulan  Metalasia. Lagu pilihan yang disampaikan adalah lagu tema merdeka Warisan dan lagu raya, Sepasang Kurung Biru.
Akhir kata, terima kasih daun keladi kepada Team MRMAK2014, AJK dan ahli KanWork  yang telah bertungkus lumus hampir sebulan membuat persiapan bagi memastikan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri ini dapat dijalankan dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada warga kerja IKN yang turut menyumbang tenaga di hari majlis berlangsung. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. 
Kepada tetamu jemputan yang hadir, terima kasih diucapkan. Pihak KanWork memohon maaf sekiranya terdapat apa jua kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung. Semoga jalinan ukhuwah sillaturrahim yang kita bina ini dapat diteruskan dan dimanfaatkan bersama demi kejayaan KanWork dan survivor kanser khasnya di masa-masa akan datang.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar pada jam 12.30 tengahari. Semoga diketemukan lagi di tahun hadapan. 2015 !!!!! InsyaAllah.

Friday, 5 September 2014

Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri KanWork 2014

Peringatan Mesra!

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

YBhg Dato'/Datuk/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan,
Sempena bulan Syawal yang mulia ini, kami dari Persatuan Kanser NetWork Selangor & Wilayah Persekutuan (KanWork) dengan berbesar hati ingin menjemput YBhg Dato'/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan ke :

Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri KanWork 2014

Tarikh    : 6 September 2014 (Sabtu)
Masa     : 10.00 pagi
Tempat :  Lobi Bilik Seminar Aras 4,

                 Institut Kanser Negara (IKN)
                 (bersebelahan Hospital Putrajaya). 

Aturcara Majlis :
10.00 pagi : Ketibaaan Tetamu Jemputan 
10.30 pagi : Bacaan Doa dan aluan Pengerusi KanWork
10.45 pagi : Majlis Apresiasi Sukarelawan Aktif
11.30 pagi : Jamuan

12.30 tengahari : Bersurai  


Kepada ahli KanWork, sila pakai baju batik KanWork. Jika tiada, pakailah baju berwarna seakan-akan lite purple/pink.

Semoga dengan kehadiran YBhg Dato'/Datuk/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan dapat memeriahkan lagi majlis. Sekian, terima kasih.

Wednesday, 20 August 2014

Mohon Sumbangan Hadiah Cabutan Bertuah Sempena Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri KanWork 2014

Lucky Draw Contribution

Assalamualaikum Tuan/Puan,


There will be Lucky Draw during KanWork Aidil Fitri Open House 2014. For that reason, we welcome anyone who would like to contribute presents for the lucky draw as many as possible. Please contact Pn. Noriahan (012-9433412) and Pn. Norfifah (012-6766736), coordinators for the lucky draw before 6 September 2014.

We hope you contribution will spur fun to our open house.
Thank you.

Monday, 18 August 2014

KanWork: Program Tazkirah Ramadhan 2014 on YouTube

Kepada ahli yang terlepas mengikuti program Pendidikan semasa bulan Ramadhan 1435H yang lepas, boleh menonton Program Tazkirah Ramadhan 2014 yang telah dirakam. Sila klik pada pautan di bawah.

Tazkirah Ramadhan KanWork 2014