Puchong, 3 Nov
2019 Persatuan
Kanser KanWork telah mendapat jemputan
kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Program Kesedaran kanser dan Peka B40 serta Saringan Kesihatan bersama
Komuniti Kampung Tengah di Masjid Nurul Iman, Kampung Tengah, Batu 13, Puchong. KanWork membuka booth pameran kanser, mengadakan sesi perkongsian
pengalaman Bersama survivor & carer KanWork, dan Sesi Sembang Diet oleh Dr.
Suhaina Sulaiman semasa program tersebut. Terima kasih kepada pihak penganjur
di atas jemputan ini. Terima kasih kepada sukarelawan KanWork yang terlibat
menjayakan program ini.
Tuesday, 12 November 2019
Tuesday, 29 October 2019
KanWork Charity Hi-Tea 2019
SERDANG, 20 Oktober : PERSATUAN KANSER KanWork dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia, War on Cancer Malaysia dan Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan KanWork Charity Hi-Tea 2019 bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM Serdang pada 20 Oktober yang lalu.
DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin telah berkenan mencemar duli ke majlis ini seterusnya berkenan melancarkan Buku Panduan Penjaga Pesakit Kanser dan Memahami Kanser : Panduan Untuk Pesakit. Turut dilancarkan pada majlis tersebut ialah Wakaf KanWork.
Majlis pada petang itu telah diserikan dengan kehadiran para pesakit/survivor, sukarelawan, penjaga (carer) serta rakan-rakan kongsi KanWork yang sentiasa menyokong dan membantu KanWork untuk merealisasikan peranan persatuan.
| Persembahan tarian oleh Survivor KanWork |
| DYMM Tengku Permaisuri Selangor berkenan melawat Booth Pameran KanWork |
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua dermawan yang telah memberikan sumbangan serta semua yang telah memberi sokongan dalam menjayakan majlis ini.
Sila klik pautan berikut untuk Berita KanWork Charity Hi-Tea 2019 :
- Tengku Permaisuri Norashikin lancar buku berkaitan pesakit kanser
- Tengku Permaisuri Selangor lancar buku berkaitan pesakit kanser
- Tengku Permaisuri Selangor berkenan lancar buku kanser
- Tengku Permaisuri lancar buku panduan & Wakaf KanWork, bantu pesakit kanser
- VIDEO | Tengku Permaisuri lancar buku panduan & Wakaf KanWork, bantu pesakit kanser
Tuesday, 24 September 2019
KanWork @ War on Cancer Virtual Run 2019
Serdang, 22 September 2019 War-on-Cancer dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Persatuan Kanser KanWork telah menganjurkan War on Cancer Virtual Run 2019 di Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomedikal, Universiti Putra Malaysia (UPM). Antara pengisian program ialah Pelancaran War on Cancer Virtual Run 2019 dan sesi perkongsian oleh NGO kanser : "Cancers : What Support is Available?". KanWork turut membuka booth pameran kanser semasa program tersebut. Tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur di atas jemputan kerjasama ini.
Saturday, 14 September 2019
Buletin KanWork
Friday, 30 August 2019
KanWork @ Kempen “Love Your Life, Surviving Cancer”
Serdang, 24 Ogos 2019 Persatuan Kanser KanWork telah mendapat jemputan Maybank Zon Kajang untuk bekerjasama dalam penganjuran Kempen “Love Your Life, Surviving Cancer” di Taman Tasik Sri Serdang. KanWork telah membuka booth pameran kesedaran kanser dan mengadakan sesi perkongsian pengalaman semasa kempen tersebut. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan kempen ini.
Thursday, 15 August 2019
KanWork TERUS SOKONG PESAKIT KANSER
KanWork terus sokong pesakit kanser @Komuniti Awani, Astro Awani
Tuesday, 13 August 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)





