Liputan Program Kesedaran Kanser KanWork Bersama Komuniti dalam rancangan Wanita Hari Ini TV3.
Thursday, 28 February 2019
Tuesday, 19 February 2019
Kempen Kesedaran Kanser KanWork Bersama Komuniti @ Masjid Al-Imam At-Tirmizi Sri Sentosa
Sri Sentosa, Kuala
Lumpur, 16 Februari - Bersempena dengan Hari Kanser Sedunia, Persatuan Kanser KanWork dengan
kerjasama Masjid Al-Imam At-Tirmizi Sri Sentosa, MAKNA dan Beacon International Specialist Centre telah menganjurkan program Kempen Kesedaran Kanser
KanWork bersama Komuniti pada 16 Feb yang lalu. Di antara pengisian program
ialah (1) Saringan Mamogram (Digital Mobile Mamogram) dan Pemeriksaan Klinikal
Payudara oleh MAKNA, (2) Saringan Kesihatan oleh Beacon International
Specialist Centre, (3) Ceramah Kesedaran Kanser oleh Dr. Azura Rozila Ahmad
(Perunding Perubatan Onkologi, Beacon International Specialist Hospital), (4)
Perkongsian Pengalaman Bersama Survivor, (5) Sembang Diet oleh Dr.
Suhaina Sulaiman (Pakar Diet), serta (6) Pameran Kesedaran Kanser. Kempen ini
telah dihadiri seramai 200 orang dan telah mendapat liputan daripada Wanita
Hari Ini TV3. Pihak penganjur merakamkan jutaan terima kasih semua pihak yang
telah menjayakan kempen ini.
#WorldCancerDay2019
#iamandiwill
#WorldCancerDay2019
#iamandiwill
Friday, 8 February 2019
KanWork @ Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Kuala Lumpur, 30 Januari, 2019 - Persatuan Kanser KanWork telah membuat lawatan tidak rasmi ke Pusat Sumber Kanser Payudara dan Jabatan Onkologi Klinikal PPUM yang bertujuan untuk merapatkan kerjasama dalam usaha menyokong pesakit kanser. KanWork telah menyerahkan beberapa naskah penerbitan persatuan ini seperti buku doa, brosur kanser & "My Story".
Sunday, 3 February 2019
KanWork @ 6th Malaysia Breast Care Nurse Workshop 2019
Putrajaya, 29 Januari 2019 - Persatuan Kanser KanWork telah dijemput untuk sesi Forum Bersama Wakil
Breast Cancer Support Groups Malaysia bersempena dengan program 6th Malaysia Breast Care Nurse Workshop 2019 di Institut Kanser Negara. Selain
KanWork, forum ini turut disertai oleh Yayasan Budi Penyayang, Amanita, Breast
Cancer Welfare Association dan Breast Cancer Foundation. Semoga perkongsian sesi ini memberi manfaat kepada peserta yang hadir. Tahniah
kepada Jabatan Pembedahan, Hospital Putrajaya atas penganjuran program ini.
Tuesday, 29 January 2019
PEER SUPPORT KanWork 1/2019
Seri Kembangan, 26 Januari 2019. Persatuan Kanser KanWork. Satu sesi peer support
telah dijalankan untuk pesakit, survivor serta penjaga (carer) berkongsi
pengalaman menghadapi cabaran kanser serta mendapat sokongan emosi dan psikologi.
Empat belas orang peserta telah menghadiri sesi yang dimoderat oleh Dr. Meriam
Omar Din, seorang kaunselor berpengalaman. Senaman ringan turut diadakan sebelum sesi peer support bermula. Peer Support
KanWork seterusnya akan diadakan pada 3 Ogos 2019.
Friday, 25 January 2019
Sekalung Penghargaan KanWork
KanWork mengucapkan terima kasih atas sokongan, sumbangan dan kerjasama semua dalam menjayakan persatuan ini sepanjang 2018. Rangkuman aktiviti seperti di dalam Buletin KanWork. KanWork juga telah merancang pelbagai aktiviti untuk tahun 2019 seperti di dalam Takwim 2019. Semoga semua akan terus menyokong KanWork menjayakannya.
Terima kasih.
Mazanah Muhamad
Pengerusi Persatuan KanWork
Friday, 18 January 2019
Bengkel Caregiver Pesakit Kanser
Seri Kembangan,16 Januari 2019. Persatuan Kanser KanWork Satu sesi Focus Group Discussion (FGD) telah diadakan
di Pejabat KanWork untuk mendapatkan input daripada caregiver (penjaga) pesakit kanser berkenaan peranan, isu dan
cabaran yang mereka lalui sepanjang menjaga pesakit kanser. Seramai 8 orang caregiver yang terlibat terdiri daripada
pelbagai kategori seperti penjaga kepada ibu, ayah, anak, adik-beradik, suami
atau isteri masing-masing. Maklumat yang telah dikongsikan akan membantu pihak
KanWork dalam usaha menerbitkan bahan pendidikan khusus untuk care giver. Projek penerbitan ini
merupakan kerjasama antara KanWork dan Lembaga Zakat Selangor. Pihak KanWork
menghargai penyertaan dan sumbangan semua caregiver.
Subscribe to:
Posts (Atom)








