Wednesday 13 May 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 28

Siri 28: CABARAN PKP

Dalam tempoh PKP ini, pelbagai cabaran telah dan sedang di lalui. Takut. Risau. Gusar. Bimbang. Semua ada! Hari ini kami kongsi cabaran yang dihadapi 6 orang ahli KanWork (pesakit/survivor)

Jika tiada keperluan untuk keluar, duduk sahaja di rumah, lebih selamat. Sebabnya? “…. takut keluar sebab sistem keimunan kita masih rendah. … No visitor!” jelas Puan A. Strategi Puan B pula, “…. (I) limit myself from going out unnecessarily”. Beliau mengguna khidmat ‘runner’ atau beli secara online.

Ada juga yang perlu meneruskan rawatan di hospital samada bermalam atau ‘day care’ sahaja. Urusan ini mencabar juga! Dari pengalaman Puan C, “…kekangan staf di hospital, pesakit ramai, semua prosedur perlu ditapis termasuklah hendak buat temujanji”. Bagi Puan D pula, bila hendak ke hospital, beliau perlukan surat. “…tunjukkan semua dokumen lengkap, polis pun lepas”. Di Hospital X, pengiring tidak dibenarkan kecuali kes kritikal atau warga emas. Rintih Puan E, “…. sukar suami nak discuss dengan doktor untuk rawatan, saya kena buat keputusan sendiri”. Pengiring (yang
dibenarkan) pula memberi cabaran juga. “… (mereka) yang duduk di kerusi yang disediakan, sedangkan pesakit berdiri, saya harap mereka lebih memahami keperluan pesakit” tambah beliau.

Kewangan juga menjadi cabaran. Ada yang hilang pekerjaan, tiada sumber pendapatan yang tetap. Ingin cari pekerjaan baru, keadaan ekonomi belum menentu, apatah lagi status pesakit kanser, memang sukar! “…. (saya) ada juga mohon bantuan perubatan zakat, pending sebab PKP, …process pencen ilat pun pending, ..rayuan BPN pun kena reject”. Keluh Cik F.

Setiap individu menghadapi cabaran yang berbeza. Walau apa pun, perlu bersabar. Insya Allah ianya akan dapat di atasi. Semoga dipermudahkan!

########################################################

Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
Sila layari : https://www.donate.kanwork.org
atau 
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan

Sumber Gambar : Google

No comments:

Post a Comment