Sunday 3 May 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 20

Siri 20: FRONTLINER KESELAMATAN

Anggota pasukan keselamatan adalah antara frontliner yang bertungkus-lumus berusaha mengekang penularan Wabak Covid-19. Kami kongsikan pengalaman dua ahli KanWork sepanjang PKP ini.

Setiap hari Puan A perlu bertugas untuk sekatan jalan raya. Berhujan berpanas demi negara. Berbagai gelagat penguna jalan raya dihadapi. Ada yang ingin menipu untuk melepasi sekatan jalan. “… tapi penipuan tak berjaya, saya suruh patah balik ๐Ÿ˜Š ceritanya. Walaubagaimana beliau bersyukur, “ … ramai yang hargai dan prihatin kepada frontliner”. Puan A seronok bertugas di Ramadan ini, “…berbuka ramai ramai (dengan rakan sekerja), ramai orang yang sedekah makanan untuk kami”.

Tuan B pula menjalankan tugas penyelarasan operasi. Semua perlu disiapkan segera! “Mengatur gerak kekuatan sumber manusia bukan suatu tugas mudah. … Memang mencabar sangat. Penat๐Ÿ˜•”, jelasnya.

Frontliner kita bekerja lebih daripada waktu yang kebiasaannya. Tidak cukup rehat! Apa peranan kita? Stay at home, amalkan penjarakkan sosial dan jaga kebersihan diri. Patuhilah PKP!

Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
Sila layari: https://www.donate.kanwork.org
atau
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan

No comments:

Post a Comment