Friday 15 May 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 30

Siri 30: JARAK SOSIAL

Penjarakan sosial atau ‘social distancing’ merupakan satu perkara yg luar biasa pada mulanya. Dalam tempoh PKP, semua perlu akur dan patuhi jarak sosial. Kenapa? Kerana ianya salah satu cara untuk kita mengekang wabak covid-19. Jarakkan diri 1-meter sahaja, bukan jauh sangat pun.

Rata-rata masih ramai yang mengamalkan jarak sosial. Hari ini kami kongsikan pengalaman beberapa ahli KanWork.

Puan N keluar ke kedai runcit untuk membeli barang keperluan. Pengunjung mengikut arahan yang diberikan. "... alhamdulillah tidak ramai orang di kedai, tapi masih berbaris ikut line yang disediakan" (Puan N) “... (kena) berbaris, tulis nama dalam buku sebelum masuk kedai", terang Puan K. Begitu juga bagi Puan S di pasaraya yang dikunjunginya, "...kena beratur, boleh scan QR code, ikut arahan pengawal keselamatan."

Barisan kadang kala panjang. Puan M kena beratur lama dalam panas. Suhu badan yang diambil sebelum masuk ke kedai agak tinggi. Tetapi bukan sebab Covid -19!

Puan S ada temujanji di hospital dalam tempoh PKP ini. Perlu daftar dahulu di klinik pakar "... beratur jarak 1 meter, duduk di kerusi yang disediakan, duduk pun jarak 1 meter"  Semasa di hospital, Puan M juga cuma boleh duduk di kerusi yang di tanda.

Di pejabat kerajaan yang Puan L kunjungi “ada tanda biru di atas lantai” bagi membantu pelangan ikut jarak sosial. Seperti di kedai yang Puan M langgani, di pejabat ini juga ada anggota RELA yang akan pastikan pelangan ikut jarak sosial.

Namun ada juga yang masih tidak peduli. Berbaris rapat-rapat, buat orang rasa tidak selesa. ".... hmmm geram la, rasa nak bawa tongkat hiking bila keluar, agak-agak kurang 1 meter, kita warning”. Luah Puan A. Awas ya kepada sesiapa yang tidak patuhi jarak sosial bila bertemu Puan A!

Nampak remeh, tetapi kesannya sangat besar jika kita tidak ambil berat. Walau di mana kita berada, sentiasa PATUHI JARAK SOSIAL ini. Tidak susah!

###################################

Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
Sila layari : https://www.donate.kanwork.org
atau
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan

No comments:

Post a Comment