Serdang, 8 Disember 2019. Persatuan Kanser KanWork telah mengadakan program Peer Support 3 bertempat di Dewan Pertanian,
Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Program ini diadakan untuk
pesakit, survivor serta penjaga (carer) bagi berkongsi pengalaman
menghadapi cabaran kanser serta mendapat sokongan emosi dan psikologi. 15
orang peserta telah menghadiri sesi yang dikendalikan oleh Dr. Asmah Ismail (Pensyarah
Bimbingan & Kaunseling, Universiti Putra Malaysia). Program ini turut dihadiri
oleh Dr. Hafizah Zaharah Ahmad (Pakar Onkologi) dan Dr. Suhaina Sulaiman (Pakar
Pemakanan). Terima kasih kepada semua yang menjayakannya.
Thursday, 12 December 2019
Tuesday, 10 December 2019
MEMOHON SUMBANGAN AKHIR TAHUN DENGAN PELEPASAN CUKAI UNTUK KanWork
Persatuan Kanser KanWork adalah sebuah NGO yang berdaftar sejak 2005. KanWork aktif menjalankan pelbagai aktiviti untuk survivor/pesakit kanser, carer/keluarga, dan masyarakat luar. Berikut adalah program 2018:
- Pendidikan. Memberi maklumat/pendidikan kepada ahli & awam.
- Lawatan & Sokongan Pesakit. Di Hospital Putrajaya setiap Khamis & lain-lain hospital atau di rumah mengikut permintaan. Bantuan Helpline 1 800 22 8672
- Peer Support. Sokongan di antara rakan senasib (pesakit / survivor / keluarga).
- Sosial, Riadah & Kebajikan Ahli. Aktiviti amalan gaya hidup sihat (Senaman QiGong) serta sosial (Jamuan Raya, Charity Hi-Tea).
- Pembangunan Bahan Pendidikan Kanser. Mencetak 1 risalah kanser dan membangunkan 2 buah buku.
- Pembangunan Sukarelawan. Memantapkan peranan sukarelawan.
- Kesedaran. Kempen kesedaran kanser di; komuniti, hospital, agensi kerajaan & swasta dan media.
![]() |
![]() |
| Bilangan Peserta Program 2019 |
KanWork tidak mempunyai sumber pendapatan/kewangan tetap. Persatuan ini hanya bergantung kepada yuran pendaftaran ahli dan sumbangan individu/organisasi. Oleh itu, KanWork menghargai sumbangan kewangan dari semua pihak. Mohon juga jasa baik Tuan/Puan untuk menghebahkan perkara ini. Layari blog, FB (kanwork.official) & IG (kanwork_official) untuk melihat program yang telah dilaksanakan oleh KanWork.
Terima kasih di atas sumbangan Tuan/Puan
Tuesday, 26 November 2019
RISALAH KANSER BAHARU TERBITAN KanWork
Persatuan Kanser KanWork, 25 November 2019 –KanWork telah membangun dan menerbit bahan pendidikan dalam bentuk
risalah bagi memberi kesedaran kepada pesakit serta orang awam. Risalah Kanser
Nasofarinks merupakan risalah terkini terbitan KanWork yang boleh diperolehi
dalam salinan cetak dan salinan lembut. Sehingga kini, sebanyak 11 jenis
penyakit kanser telah diterbitkan dalam bentuk risalah. Risalah ini dipamer dan
diedarkan semasa program kesedaran awam anjuran KanWork. Risalah ini juga boleh
didapati dengan berkunjung ke (i) Pejabat KanWork; (ii) menghubungi
talian helpline 1-800-22-8672; atau (iii) memuat turun dari
laman web www.kanwork.org. KanWork ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja dan individu yang telah memberi
sumbangan dalam pembangunan serta percetakan risalah ini.
Monday, 25 November 2019
Friday, 22 November 2019
KanWork @ Karnival Kesihatan Tourism Malaysia 2019
24 Oktober, Putrajaya : Persatuan Kanser KanWork telah dijemput oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia untuk mengadakan sesi perkongsian pengalaman bersama survivor kanser sempena Karnival Kesihatan Tourism Malaysia pada 24 Oktober yang lalu di Putrajaya. Pn. Safinaz Jaafar (ahli & sukarelawan KanWork) telah berkongsi pengalaman sebagai seorang survivor kanser payudara. Semoga perkongsian yang disampaikan memberi manfaat kepada semua. Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan ini dan tahniah atas penganjuran karnival kesihatan seumpama ini.
Thursday, 21 November 2019
KanWork @ Conference One Year After the World Cancer Congress: Progress, Gaps and Opportunities
Persatuan Kanser KanWork telah dijemput untuk menyertai “Conference One Year After the World Cancer Congress: Progress, Gaps and Opportunities” anjuran Galen Centre for Health & Social Policy pada 31 Oktober 2019 yang lalu.
Pengerusi KanWork telah membentangkan topik “Patients, survivors and caregivers: Have we made progress in survivorship and how can we do better?”. Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur atas peluang yang diberikan.
![]() |
| Dr. Mazanah bersama panel jemputan dari pelbagai NGO |
Tuesday, 12 November 2019
KanWork @ Hari Kesedaran Kanser “Kanser Suatu Rahmat Siri 1”
Serdang, 7 Nov 2019 Persatuan Kanser KanWork telah mendapat jemputan kerjasama dengan Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear, Universiti Putra Malaysia untuk Hari Kesedaran Kanser “Kanser Suatu Rahmat Siri 1” di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia. KanWork membuka booth pameran kanser semasa program tersebut. Terima kasih dan tahniah kepada pihak penganjur. Terima kasih kepada sukarelawan KanWork yang terlibat menjayakan program ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)









