Thursday, 12 March 2020

MESYUARAT AGUNG KanWork KE-15


Serdang, 7 Mac 2020. Persatuan Kanser KanWork telah mengadakan Mesyuarat Agung KanWork ke-15 di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Melalui mesyuarat ini, seramai 13 orang AJK dan 2 orang juruaudit telah dipilih untuk sesi 2020/2022. Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan tahniah kepada ahli jawatakuasa yang baharu.

BENGKEL TANAMAN ORGANIK KanWork


Serdang, 7 Mac 2020 Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (Unit Organik, Fakulti Pertanian) telah menganjurkan Bengkel Tanaman Organik KanWork. Antara kandungan bengkel ialah pengenalan kepada pertanian lestari dan organik, menuai sayuran, penyediaan tanah, penyemaian biji dan penanaman anak benih serta demonstrasi pembuatan baja, pengkomposan (baja pepejal) dan fermentasi (baja cecair). Bengkel ini dikendalikan oleh Datin Dr. Rosenani Abu Bakar. Terima kasih kepada semua peserta dan sukarelawan yang menjayakannya.

Monday, 9 March 2020

KUNJUNG HORMAT BERSAMA PENGERUSI AMANAH RAYA BERHAD






Serdang, 21 Februari 2020 : Satu lawatan kunjung hormat Persatuan Kanser KanWork  ke atas Pengerusi Amanah Raya Berhad, YBhg. Datuk Mohd Nasir Ali telah di adakan pada 21 Februari yang lalu.  KanWork diwakili oleh Pengerusi, Pengurus serta seorang ahli persatuan. Terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datuk Mohd. Nasir Ali di atas kesudian menerima lawatan kunjung hormat ini.

Thursday, 27 February 2020

KESEDARAN KANSER KanWork BERSAMA KELAB WANITA MUTIARA BANGI


Serdang, 23 Februari 2020 : Persatuan Kanser KanWork telah mendapat jemputan daripada Kelab Wanita Mutiara Bangi untuk mengadakan program kesedaran kanser di Astana Putra, Universiti Putra Malaysia bersempena dengan Mesyuarat Agung Kelab Wanita Mutiara Bangi. Aktiviti yang dijalankan ialah Ceramah Kesedaran Kanser oleh Dr. Norsaidatul Norbaya, Sesi Perkongsian Pengalaman Bersama Survivor Kanser dan Booth Pameran Kanser. Terima kasih atas jemputan pihak penganjur dan terima kasih kepada sukarelawan KanWork yang terlibat menjayakan program ini.

JOM PIKNIK & SEMBANG DIET


Serdang, 15 Februari 2020 : Persatuan Kanser KanWork telah menganjurkan program Jom Piknik dan Sembang Diet bertempat di Bukit Ekspo, Universiti Putra Malaysia. Sesi Sembang Diet dikendalikan oleh Dr. Suhaina Sulaiman (Pakar Diet). Semua peserta berpiknik bersama-sama selepas sesi tersebut. Terima kasih kepada semua peserta dan sukarelawan KanWork yang terlibat menjayakan program ini.