Tuesday, 24 March 2020
Tuesday, 17 March 2020
Thursday, 12 March 2020
MESYUARAT AGUNG KanWork KE-15
Serdang, 7 Mac 2020.
Persatuan Kanser KanWork telah mengadakan Mesyuarat Agung KanWork ke-15 di
Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Melalui mesyuarat ini, seramai 13
orang AJK dan 2 orang juruaudit telah dipilih untuk sesi 2020/2022. Terima
kasih kepada semua ahli yang hadir dan tahniah kepada ahli jawatakuasa yang
baharu.
BENGKEL TANAMAN ORGANIK KanWork
Serdang, 7 Mac 2020 Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (Unit Organik,
Fakulti Pertanian) telah menganjurkan Bengkel Tanaman Organik KanWork. Antara
kandungan bengkel ialah pengenalan kepada pertanian lestari dan organik, menuai
sayuran, penyediaan tanah, penyemaian biji dan penanaman anak benih serta demonstrasi
pembuatan baja, pengkomposan (baja pepejal) dan fermentasi (baja cecair).
Bengkel ini dikendalikan oleh Datin Dr. Rosenani Abu Bakar. Terima kasih kepada
semua peserta dan sukarelawan yang menjayakannya.
Monday, 9 March 2020
KUNJUNG HORMAT BERSAMA PENGERUSI AMANAH RAYA BERHAD
Serdang, 21 Februari 2020 : Satu lawatan kunjung hormat Persatuan Kanser KanWork ke atas Pengerusi Amanah Raya Berhad, YBhg. Datuk Mohd Nasir Ali telah di adakan pada 21 Februari yang lalu. KanWork diwakili oleh Pengerusi, Pengurus serta seorang ahli persatuan. Terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datuk Mohd. Nasir Ali di atas kesudian menerima lawatan kunjung hormat ini.
Thursday, 27 February 2020
KESEDARAN KANSER KanWork BERSAMA KELAB WANITA MUTIARA BANGI
Serdang, 23
Februari 2020 : Persatuan
Kanser KanWork telah mendapat jemputan daripada
Kelab Wanita Mutiara Bangi untuk mengadakan
program kesedaran kanser di Astana Putra, Universiti Putra
Malaysia bersempena dengan Mesyuarat Agung Kelab Wanita Mutiara Bangi. Aktiviti yang dijalankan ialah Ceramah Kesedaran Kanser oleh Dr.
Norsaidatul Norbaya, Sesi Perkongsian Pengalaman Bersama Survivor Kanser dan Booth
Pameran Kanser. Terima kasih atas jemputan pihak penganjur dan terima kasih
kepada sukarelawan KanWork yang terlibat menjayakan program ini.
JOM PIKNIK & SEMBANG DIET
Serdang, 15
Februari 2020 : Persatuan Kanser KanWork telah menganjurkan program Jom Piknik dan Sembang Diet
bertempat di Bukit Ekspo, Universiti Putra Malaysia. Sesi Sembang Diet
dikendalikan oleh Dr. Suhaina Sulaiman (Pakar Diet). Semua peserta berpiknik
bersama-sama selepas sesi tersebut. Terima kasih kepada semua peserta dan sukarelawan
KanWork yang terlibat menjayakan program ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)







