Monday 23 October 2023

Pengurusan Imej dan Penampilan Diri Bersama Datin Norma Norell

 20 Ogos 2022

KanWork dengan kerjasama Norma Norell (M) Sdn Bhd dan Puspanita KWSP telah menganjurkan Program “Pengurusan Imej dan Penampilan Diri bersama Datin Norma Norell” di Ruang Temu, TTDI. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Majlis Khatam Al-Quran Kanwork

 KanWork telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran pada 28 April 2022 yang dihadiri seramai 23 orang ahli secara dalam talian dan dipimpin oleh Dr. Mohd Faisol Ibrahim.

Majlis Khatam Al-Quran ini bersempena tamatnya bacaan Tadarus Al-Quran KanWork yang yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan bermula pada 3 April lalu.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.
Kami mengalu-alukan sumbangan Infak Ramadan untuk pelaksanaan aktiviti persatuan.
Klik pada link untuk menyumbang: https://donate.kanwork.org.
Semua sumbangan dikecualikan cukai.
.
.



Bacaan Yasin KanWork & Tazkirah

 1 April 2023

Satu sesi Peer Support KanWork 1/2023 telah diadakan secara dalam talian yang dikendalikan oleh Dr. Nor Aniza Ali Shibramulisi.
Tujuan sesi ini untuk pesakit/survivor kanser berkongsi pengalaman menghadapi cabaran kanser.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakannya



Program Kesedaran Kanser Payudara Saringan Pengesanan Awal Kanser Payudara

 19 Oktober 2022

KanWork telah mengadakan pameran bersempena Program Kesedaran Kanser Payudara di GHHS Healthcare anjuran Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear UPM.
Pelbagai aktiviti di adakan seperti perkongsian ilmu oleh pakar tentang pengesanan awal kanser payudara, mengurus dan menangani tekanan psikologikal, dan keperluan ujian mutasi kanser payudara. Turut di adakan perkongsian pengalaman pejuang kanser payudara.
Rakaman program boleh tonton disini:
Terima kasih kepada semua yang menjayakannya.




Friday 6 October 2023

Pink October IKN 2022

 18 Oktober 2022

KanWork telah mengadakan pameran kesedaran kanser sempena program Pink Oktober IKN 2022.
Program yang dianjurkan oleh IKN dengan kerjasama Program Pendidikan Perubatan IKN telah dilancarkan oleh Pengarah IKN, Dr Mohd Anis Harun.
Terima kasih kepada semua yang menjayakannya.




Program Breast Cancer Nurse Course @IKN

 17 Oktober 2022

KanWork telah menerima jemputan bagi Program 8th Malaysia Breast Care Nurse Workshop anjuran Jabatan Endokrin Hospital Putrajaya.
Dr. Mariana Mohd Yusof mewakili KanWork berkongsi peranan KanWork dalam memberikan sokongan kepada pesakit kanser.
Terima kasih atas jemputan.

Tuesday 3 October 2023

Pink Oktober:Kempen Kesedaran Kanser Payudara Bersama Komuniti

 14 Oktober 2022

KanWork telah mengadakan pameran kesedaran kanser di Masjid Puncak Alam sempena program Pink Oktober Kempen Kesedaran Payudara Bersama Komuniti. Program ini adalah anjuran Unit Onkologi, Jabatan Pembedahan, Jabatan Radiologi dan Jabatan Patologi Hospital Al Sultan Abdullah UiTM. Terima kasih kepada semua yang menjayakannya.







 2 Oktober 2022

Program Kesedaran Kanser bersama Komuniti telah di adakan di Dewan MBSA Paya Jaras. Antara aktiviti yang disediakan ialah Saringan Kesihatan, Ceramah Kesedaran Kanser, Perkongsian Pengalaman bersama Survivor, Sembang Diet bersama Dietitian, Pemeriksaan Klinikal Payudara, Saringan Kanser Kolon, Saringan Kanser Serviks, Pemeriksaan Kesihatan Perokok serta pameran kesedaran kanser. Terima kasih kepada semua yang terlibat.






Program Kesihatan di Masjid Sri Kg Aman

 Persatuan Kanser KanWork telah bekerjasama dengan Yayasan Wanita Malaysia bagi penganjuran program Kempen Kesihatan Pasca Banjir di Masjid Kg Seri Aman, Puchong pada 5 Januari 2022. Tujuan program adalah memberikan kesedaran tentang kepentingan kesihatan pasca banjir. KanWork telah membuka booth pameran kanser dan jualan amal KanWork. Aktiviti yang diadakan seperti ceramah penjagaan kesihatan pasca banjir, saringan kanser servik dan pemeriksaan kesihatan asas. Terima kasih kepada penganjur atas peluang kerjasama dan semua yang menjayakan program ini.

Bicara Kanser Kanwork: Kanser Dan Rawatan Terkini

 26 November 2022.

KanWork telah menganjurkan program Bicara Kanser KanWork : Kanser & Rawatan Terkini yang telah disampaikan oleh Dr. Mastura Md Yusof, Pakar Perunding Klinikal Onkologi,
Hospital Pantai Kuala Lumpur & Pusat Perubatan Subang Jaya.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.
Rakaman sesi Bicara Kanser KanWork boleh ditonton pada link ini:







Bual Bicara KanWork: Kanser Dan Kerjaya

 13 November 2022.

Persatuan Kanser KanWork telah menganjurkan program Bual Bicara KanWork (Kanser & Kerjaya) untuk membincangkan isu kerjaya bagi pesakit kanser. Sesi dikendalikan oleh Dr. Mazalan Kamis bersama panel jemputan iaitu Puan Noraiyu Bt Buang (Timbalan Pengerusi KanWork/ Survivor & Penjaga Pesakit Kanser), YBhg. Datin Dr. Zoharah Bt Omar (Pengurus Kanan Modal Insan dan Hal-Ehwal Korporat, Elektrisola (Malaysia) Sdn Bhd), dan Puan Nurul Nadia Bt Md Arif (Ketua Cawangan Sistem Insuran Pekerjaan/ Ketua Negeri Return to Work (RTW), PERKESO Kuala Lumpur). Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.
Rakaman sesi Bual Bicara boleh ditonton pada link ini:



Bual Bicara KanWork (Kanser & Isu Kewangan)

 24 September 2022 

Persatuan Kanser KanWork telah menganjurkan program Bual Bicara KanWork (Kanser & Isu Kewangan) untuk membincangkan isu kewangan pesakit kanser. Sesi dikendalikan oleh Dr. Mohd Faisol Ibrahim bersama panel jemputan iaitu Puan Khairun Nisa Jailani (Ketua Unit Kerja Sosial Perubatan, Institut Kanser Negara), Puan Emy Baizura Azrin Mohamed Hakke (Ketua Unit Perancangan Strategik & Kerjasama Return to Work, Pertubuhan Keselamatan Sosial), Dr. Prema Sundralingam (Pengarah Perubatan, Takaful Ikhlas Family Berhad) dan En. Zolkefli Muhamad (Survivor Kanser). Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.









Terapi Hati

27 Mac 2022

Pengisian rohani dalam menghadapi ujian/cabaran kesihatan dan persediaan bulan Ramadan. 

Penceramah : Ustaz Ghazali Ibrahim




Pemakanan Sihat

20 Mac 2022

Perbincangan tentang pemakanan sihat, kepentingan & tips mengamalkannya.

Demo masakan mudah & sihat (Menu: Vietnamese Springroll)

Penceramah : Dr. Zalina Abu Zaid (Pensyarah & Dietitian, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM)