Thursday 27 February 2020

KESEDARAN KANSER KanWork BERSAMA KELAB WANITA MUTIARA BANGI


Serdang, 23 Februari 2020 : Persatuan Kanser KanWork telah mendapat jemputan daripada Kelab Wanita Mutiara Bangi untuk mengadakan program kesedaran kanser di Astana Putra, Universiti Putra Malaysia bersempena dengan Mesyuarat Agung Kelab Wanita Mutiara Bangi. Aktiviti yang dijalankan ialah Ceramah Kesedaran Kanser oleh Dr. Norsaidatul Norbaya, Sesi Perkongsian Pengalaman Bersama Survivor Kanser dan Booth Pameran Kanser. Terima kasih atas jemputan pihak penganjur dan terima kasih kepada sukarelawan KanWork yang terlibat menjayakan program ini.

JOM PIKNIK & SEMBANG DIET


Serdang, 15 Februari 2020 : Persatuan Kanser KanWork telah menganjurkan program Jom Piknik dan Sembang Diet bertempat di Bukit Ekspo, Universiti Putra Malaysia. Sesi Sembang Diet dikendalikan oleh Dr. Suhaina Sulaiman (Pakar Diet). Semua peserta berpiknik bersama-sama selepas sesi tersebut. Terima kasih kepada semua peserta dan sukarelawan KanWork yang terlibat menjayakan program ini.

Tuesday 11 February 2020

KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT DUN SERI SERDANG

Serdang, 7 Februari 2020 : Satu lawatan kunjung hormat dari Persatuan Kanser KanWork  ke Pejabat DUN Seri Serdang, Y.B. Puan Dr. Siti Mariah Mahmud merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga telah diadakan pada 7 Februari yang lalu.  KanWork diwakili oleh Pengerusi, Pengurus serta 2 orang ahli jawatankuasa. Lawatan kunjung hormat ini adalah untuk menambahbaik peranan Persatuan KanWork dalam membantu mereka yang terlibat dengan kanser khususnya di negeri Selangor. Ucapan terima kasih dan penghargaan sekali lagi diucapkan kepada Y.B. Puan Dr. Siti Mariah Mahmud di atas kesudian menerima lawatan kunjung hormat ini.

KanWork @ WORLD CANCER DAY 2020

Kuala Lumpur, 4 Februari 2020 Malaysian Oncological Society dan Academy of Medicine Malaysia telah melancarkan World Cancer Day 2020 di KL Sentral pada 4 Februari yang lalu dan Persatuan Kanser KanWork terlibat sebagai rakan kerjasama majlis pelancaran tersebut. Turut dilancarkan ialah Malaysia National Cancer Registry Report 2012 – 2016 yang disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia.
KanWork telah membuka booth pameran kanser serta sesi sembang bersama survivor semasa program tersebut. Terima kasih kepada pihak penganjur di atas jemputan ini. Terima kasih kepada sukarelawan KanWork yang terlibat menjayakan program ini.

JOM PIKNIK & SEMBANG DIET

Daftar sebelum 13 Februari 2020 (Khamis)