Friday 20 December 2019

Majlis Apresiasi KanWork Charity Hi Tea 2019


Serdang , 19 Disember 2019. Persatuan Kanser KanWork telah mengadakan Majlis Apresiasi KanWork Charity Hi Tea 2019 di Astana Putra, Universiti Putra Malaysia. Majlis ini bertujuan untuk meraikan  semua yang terlibat menjayakan KanWork Charity Hi Tea 2019 pada 20 Oktober yang lalu. Terima kasih kepada penganjur bersama (Universiti Putra Malaysia, War on Cancer Malaysia dan Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia) serta para sukarelawan yang telah hadir menjayakan majlis ini. 


Monday 16 December 2019

Bengkel Pembangunan Sukarelawan (Melawat Pesakit)

Putrajaya , 9 Disember 2019 Persatuan Kanser KanWork telah mengadakan Bengkel Pembangunan Sukarelawan (Melawat Pesakit) di Hospital Putrajaya pada 9 Disember yang lalu. Objektifnya adalah untuk memantapkan dan menambahbaik peranan sukarelawan ketika melawat pesakit. Terima kasih di atas sokongan dan penglibatan semua dalam menjayakan bengkel ini

Friday 13 December 2019

KanWork Fitness 2

Serdang, 8 Disember 2019, Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan program KanWork Fitness 2 yang bertempat di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Program yang dihadiri 32 orang peserta ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui senaman dan pemakanan sihat. Di antara pengisian program ini ialah senaman (Piloxing dan Jogetrobik) serta Demonstrasi Teknik Tanaman Microgreen. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini

Thursday 12 December 2019

Peer Support KanWork 3


Serdang, 8 Disember 2019. Persatuan Kanser KanWork telah mengadakan program Peer Support 3 bertempat di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Program ini diadakan untuk pesakit, survivor serta penjaga (carer) bagi berkongsi pengalaman menghadapi cabaran kanser serta mendapat sokongan emosi dan psikologi.  15 orang peserta telah menghadiri sesi yang dikendalikan oleh Dr. Asmah Ismail (Pensyarah Bimbingan & Kaunseling, Universiti Putra Malaysia). Program ini turut dihadiri oleh Dr. Hafizah Zaharah Ahmad (Pakar Onkologi) dan Dr. Suhaina Sulaiman (Pakar Pemakanan). Terima kasih kepada semua yang menjayakannya.

Tuesday 10 December 2019

MEMOHON SUMBANGAN AKHIR TAHUN DENGAN PELEPASAN CUKAI UNTUK KanWork


Persatuan Kanser KanWork adalah sebuah NGO yang berdaftar sejak 2005. KanWork aktif menjalankan pelbagai aktiviti untuk survivor/pesakit kanser, carer/keluarga, dan masyarakat luar. Berikut adalah program 2018:
  1. Pendidikan. Memberi maklumat/pendidikan kepada ahli & awam.
  2. Lawatan & Sokongan Pesakit. Di Hospital Putrajaya setiap Khamis & lain-lain hospital atau di rumah mengikut permintaan. Bantuan Helpline 1 800 22 8672
  3. Peer Support. Sokongan di antara rakan senasib (pesakit / survivor / keluarga). 
  4. Sosial, Riadah & Kebajikan Ahli. Aktiviti amalan gaya hidup sihat (Senaman QiGong) serta sosial (Jamuan Raya, Charity Hi-Tea).
  5. Pembangunan Bahan Pendidikan Kanser. Mencetak 1 risalah kanser dan membangunkan 2 buah buku.
  6. Pembangunan Sukarelawan. Memantapkan peranan sukarelawan.
  7. Kesedaran. Kempen kesedaran kanser di; komuniti, hospital, agensi kerajaan & swasta dan media.

Bilangan Peserta Program 2019
KanWork tidak mempunyai sumber pendapatan/kewangan tetap. Persatuan ini hanya bergantung kepada yuran pendaftaran ahli dan sumbangan individu/organisasi. Oleh itu, KanWork menghargai sumbangan kewangan dari semua pihak. Mohon juga jasa baik Tuan/Puan untuk menghebahkan perkara ini. Layari blog, FB (kanwork.official) & IG (kanwork_official) untuk melihat program yang telah dilaksanakan oleh KanWork.

Terima kasih di atas sumbangan Tuan/Puan

Tuesday 26 November 2019

RISALAH KANSER BAHARU TERBITAN KanWork


Persatuan Kanser KanWork, 25 November 2019 –KanWork telah membangun dan menerbit bahan pendidikan dalam bentuk risalah bagi memberi kesedaran kepada pesakit serta orang awam. Risalah Kanser Nasofarinks merupakan risalah terkini terbitan KanWork yang boleh diperolehi dalam salinan cetak dan salinan lembut. Sehingga kini, sebanyak 11 jenis penyakit kanser telah diterbitkan dalam bentuk risalah. Risalah ini dipamer dan diedarkan semasa program kesedaran awam anjuran KanWork. Risalah ini juga boleh didapati dengan berkunjung ke (i) Pejabat KanWork; (ii) menghubungi talian helpline 1-800-22-8672; atau (iii) memuat turun dari laman web www.kanwork.org. KanWork ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja dan individu yang telah memberi sumbangan dalam pembangunan serta percetakan risalah ini. 

Friday 22 November 2019

KanWork @ Karnival Kesihatan Tourism Malaysia 2019


















24 Oktober, Putrajaya : Persatuan Kanser KanWork telah dijemput oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia untuk mengadakan sesi perkongsian pengalaman bersama survivor kanser sempena Karnival Kesihatan Tourism Malaysia pada 24 Oktober yang lalu di Putrajaya. Pn. Safinaz Jaafar (ahli & sukarelawan KanWork) telah berkongsi pengalaman sebagai seorang survivor kanser payudara. Semoga perkongsian yang disampaikan memberi manfaat kepada semua. Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan ini dan tahniah atas penganjuran karnival kesihatan seumpama ini.

Thursday 21 November 2019

KanWork @ Conference One Year After the World Cancer Congress: Progress, Gaps and Opportunities


Persatuan Kanser KanWork telah dijemput untuk menyertai “Conference One Year After the World Cancer Congress: Progress, Gaps and Opportunities” anjuran Galen Centre for Health & Social Policy pada 31 Oktober 2019 yang lalu. 

Pengerusi KanWork telah membentangkan topik “Patients, survivors and caregivers: Have we made progress in survivorship and how can we do better?”. Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur atas peluang yang diberikan.

Dr. Mazanah bersama panel jemputan dari pelbagai NGO

Tuesday 12 November 2019

KanWork @ Hari Kesedaran Kanser “Kanser Suatu Rahmat Siri 1”

Serdang, 7 Nov 2019 Persatuan Kanser KanWork telah mendapat jemputan kerjasama dengan Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear, Universiti Putra Malaysia untuk Hari Kesedaran Kanser “Kanser Suatu Rahmat Siri 1” di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia. KanWork membuka booth pameran kanser semasa program tersebut. Terima kasih dan tahniah kepada pihak penganjur. Terima kasih kepada sukarelawan KanWork yang terlibat menjayakan program ini.

KanWork @ Program Kesedaran Kanser dan Peka B40 serta Saringan Kesihatan bersama Komuniti Kampung Tengah


Puchong, 3 Nov 2019 Persatuan Kanser KanWork  telah mendapat jemputan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Program Kesedaran kanser dan Peka B40 serta Saringan Kesihatan bersama Komuniti Kampung Tengah di Masjid Nurul Iman, Kampung Tengah, Batu 13, Puchong. KanWork membuka booth pameran kanser, mengadakan sesi perkongsian pengalaman Bersama survivor & carer KanWork, dan Sesi Sembang Diet oleh Dr. Suhaina Sulaiman semasa program tersebut. Terima kasih kepada pihak penganjur di atas jemputan ini. Terima kasih kepada sukarelawan KanWork yang terlibat menjayakan program ini.

Tuesday 29 October 2019

KanWork Charity Hi-Tea 2019


SERDANG, 20 Oktober : PERSATUAN KANSER KanWork dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia, War on Cancer Malaysia dan Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan KanWork Charity Hi-Tea 2019 bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM Serdang pada 20 Oktober yang lalu.

DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin telah berkenan mencemar duli ke majlis ini seterusnya berkenan melancarkan Buku Panduan Penjaga Pesakit Kanser dan Memahami Kanser : Panduan Untuk Pesakit. Turut dilancarkan pada majlis tersebut ialah Wakaf KanWork. 




Majlis pada petang itu telah diserikan dengan kehadiran para pesakit/survivor, sukarelawan, penjaga (carer) serta rakan-rakan kongsi KanWork yang sentiasa menyokong dan membantu KanWork untuk merealisasikan peranan persatuan.

Persembahan tarian oleh Survivor KanWork
DYMM Tengku Permaisuri Selangor berkenan melawat Booth Pameran KanWork

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua dermawan yang telah memberikan sumbangan serta semua yang telah memberi sokongan dalam menjayakan majlis ini. 

Sila klik pautan berikut untuk Berita KanWork Charity Hi-Tea 2019 :

Tuesday 24 September 2019

KanWork @ War on Cancer Virtual Run 2019

Serdang, 22 September 2019 War-on-Cancer dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Persatuan Kanser KanWork telah menganjurkan War on Cancer Virtual Run 2019 di Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomedikal, Universiti Putra Malaysia (UPM). Antara pengisian program ialah Pelancaran War on Cancer Virtual Run 2019 dan sesi perkongsian oleh NGO kanser : "Cancers : What Support is Available?". KanWork turut membuka booth pameran kanser semasa program tersebut. Tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur di atas jemputan kerjasama ini. 

Saturday 14 September 2019

Buletin KanWork

Terima kasih kepada semua yang menyokong KanWork !

Rangkuman Aktiviti KanWork 

Pencapaian KanWork Januari - Ogos 2019

Friday 30 August 2019

KanWork @ Kempen “Love Your Life, Surviving Cancer”

Serdang, 24 Ogos 2019 Persatuan Kanser KanWork  telah mendapat jemputan Maybank Zon Kajang untuk bekerjasama dalam penganjuran Kempen “Love Your Life, Surviving Cancer” di Taman Tasik Sri Serdang. KanWork telah membuka booth pameran kesedaran kanser dan mengadakan sesi perkongsian pengalaman semasa kempen tersebut. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan kempen ini.

Wednesday 7 August 2019

PEER SUPPORT KanWork 2/2019



Bandar Kinrara, 3 Ogos 2019. Persatuan Kanser KanWork. Satu sesi peer support telah dijalankan untuk pesakit, survivor serta penjaga (carer) berkongsi pengalaman menghadapi cabaran kanser serta mendapat sokongan emosi dan psikologi.  Tujuh belas orang peserta telah menghadiri sesi yang dikendalikan oleh Dr. Meriam Omar Din, seorang kaunselor berpengalaman.  Turut diadakan ialah senaman ringan, ceramah Keselamatan Produk Kosmetik oleh Pn. Maizatul Nadiah (SIRIM Malaysia) dan Demo Solekan oleh Puan Teezani

Terima kasih kepada rakan kerjasama Nuz Natural Beauty dan semua yang menjayakannya. Peer Support KanWork seterusnya akan diadakan pada 2 November 2019.










Wednesday 17 July 2019

MAJLIS JALINAN AIDILFITRI KanWork 2019



Serdang, 13 Julai 2019 : Majlis Jalinan Aidilfitri KanWork telah dihadiri lebih kurang 120 orang tetamu yang terdiri daripada ahli KanWork serta keluarga, sukarelawan dan rakan kongsi. Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir serta memeriahkan majlia dan semua pihak yang menjayakan majlis ini. 






Monday 8 July 2019

KanWork @ Program Pencegahan Kanser Melalui Pemakanan dan Gaya Hidup Sihat

29 Jun 2019, Seri Kembangan. Persatuan Kanser KanWork telah menyertai Program Pencegahan Kanser Melalui Pemakanan dan Gaya Hidup Siha di Dewan Orang Ramai Seri Kembangan. Program ini adalah anjuran Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia . KanWork membuka booth kesedaran kanser semasa program ini. Terima kasih atas jemputan dan kerjasama serta tahniah kepada pihak penganjur di atas penganjuran program ini.

KanWork @ National Cancer Survivors Day


27 Jun 2019, Petaling Jaya. Persatuan Kanser KanWork telah menyertai Program National Cancer Survivors Day di Beacon Hospital. Program ini adalah anjuran Beacon Hospital. KanWork membuka booth kesedaran kanser semasa program ini. Terima kasih dan tahniah kepada pihak penganjur di atas penganjuran program ini.

Friday 28 June 2019

KanWork Merafak Sembah Tengku Permaisuri Selangor

26 Jun 2019, Shah Alam. Persatuan Kanser Network Selangor dan Wilayah Persekutuan (KanWork) merafak sembah menghadap DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin di Istana Bukit Kayangan pada 26 Jun yang lalu. KanWork diwakili oleh Pengerusi, Setiausaha, ahli/sukarelawan dan Pengurus. Merafak sembah ini sebagai menzahirkan penghargaan dan menjunjung kasih kerana Baginda berkenan menjadi Penaung Persatuan Kanser KanWork.

Wednesday 26 June 2019

KanWork @ Raya Celebration, Breast Cancer Foundation

Petaling Jaya, 25 Jun 2019. Persatuan Kanser KanWork menghadiri Raya Celebration oleh Breast Cancer Foundation. Terima kasih atas jemputan. 

KanWork @ Sambutan Hari Raya Aidilfitri Universiti Putra Malaysia

Serdang, 25 Jun 2019. Dua orang ahli Persatuan Kanser KanWork telah menghadiri Sambutan Hari Raya Aidilfitri Universiti Putra Malaysia. YBhg. Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris merupakan Penasihat Persatuan KanWork. Tahniah UPM kerana telah mencapai ranking 159 terbaik dunia!

Wednesday 15 May 2019

KanWork @ Radiotherapy Welfare Fund





Petaling Jaya, 14 Mei 2019 : Persatuan Kanser KanWork  telah menghadiri pelancaran “RM3 Million Halcyon Radiotherapy Welfare Fund” di Beacon International Specialist Centre yang disempurnakan oleh YB. Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Dana ini adalah inisiatif daripada Beacon Hospital yang bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan pesakit kanser mendapatkan rawatan radioterapi. Sila hubungi +6011-10906588 atau email: csr@beaconhospital.com.my untuk maklumat lanjut.

INFAK RAMADHAN KanWork 2019


KanWork mengalu-alukan infak/sumbangan Tuan/Puan. 



Infak Ramadhan ini merupakan salah satu fund raising KanWork untuk menampung kos pengurusan dan aktiviti persatuan.


Sumbangan online : MyGift2KanWork

Setiap sumbangan dikecualikan cukai. 

Semoga infak/sumbangan Tuan/Puan diredhai Allah.

Terima kasih. 

Wednesday 8 May 2019

INFAK RAMADHAN KanWork 2019



Persatuan KanWork mengalu-alukan sumbangan/infak untuk pembiayaan aktiviti KanWork


Sumbangan online :
MyGift2KanWork
(Dikecualikan cukai)

Sunday 5 May 2019

PROGRAM PENDIDIKAN KanWork : NIKMAT SIHAT & CABARANNYA



Bandar Baru Bangi, 4 Mei 2019 :  Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Surau Al Sobah, Bandar Baru Bangi telah menganjurkan program tazkirah yang bertajuk “Nikmat Sihat & Cabarannya”. Tazkirah disampaikan oleh YBrs. Ustaz Jamir Md Saad (Pensyarah Kanan Pengajian Islam, Kolej MARA Banting). Peserta yang hadir terdiri dari survivor kanser, sukarelawan, carer (penjaga), serta orang awam. Di antara pengisian tazkirah ialah nikmat sihat, hikmah di sebalik ujian Allah serta persediaan menghadapi Ramadhan. Semoga tazkirah ini bermanfaat kepada semua yang hadir. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.




Saturday 4 May 2019

KUNJUNG HORMAT BERSAMA PENGERUSI LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA (LPPKN)


Kuala Lumpur, 30 April : Satu lawatan kunjung hormat dari Persatuan Kanser KanWork  ke Pejabat Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), YBhg. Datuk Dr. Narimah Awin telah diadakan pada 30 April yang lalu. KanWork diwakili oleh Dr. Mazanah Muhamad (Pengerusi KanWork), En. Wan Zamri Wan Ismail (Ahli Jawatankuasa) dan Cik Nor Aida Maskor (Pengurus KanWork). Lawatan kunjungan hormat ini adalah untuk menzahirkan ucapan tahniah kepada YBhg. Datuk Dr. Narimah Awin atas pelantikan sebagai Pengerusi LPPKN yang baharu. Antara agenda yang telah dibincangkan ialah penambahbaikan peranan Persatuan KanWork dan juga usaha untuk jalinan kerjasama dalam membantu mereka yang terlibat dengan kanser. Ucapan terima kasih dan penghargaan sekali lagi diucapkan kepada YBhg. Datuk Dr. Narimah di atas kesudian menerima lawatan kunjung hormat ini. 

Friday 3 May 2019

Lawatan Sambil Belajar KanWork ke Kuching, Sarawak

Kuching, 28 April 2019 Seramai 21 orang ahli dan sukarelawan Persatuan Kanser KanWork telah mengikuti Lawatan Sambil Belajar KanWork ke Kuching, Sarawak pada 26 – 28 April 2019. Antara objektif program ini ialah untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan Society for Cancer Advocacy (SCAN) dan Persatuan Kanser Payudara Sarawak (SBCSG). Selain itu, peserta turut melawat tempat menarik di sekitar Kuching. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat  dalam menjayakan program ini.

Tuesday 16 April 2019

Bengkel Carer (Penjaga Pesakit Kanser) 2


Serdang, 15 April 2019 Persatuan Kanser KanWork dalam usaha membangunkan Buku Panduan Penjaga Pesakit Kanser. Satu Bengkel Carer (Penjaga Pesakit Kanser) 2 telah diadakan di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia yang bertujuan mendapatkan maklumbalas untuk penambahbaikan. Seramai 18 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada carer, survivor, pegawai perubatan dan sukarelawan.  Terima kasih di atas sokongan dan penglibatan semua dalam menjayakan bengkel ini. 

Wednesday 10 April 2019

KanWork @ Program Cook with PRIDE

Petaling Jaya, 19 Mac 2019 Beberapa orang ahli Persatuan Kanser KanWork telah menyertai Program Cook with PRIDE di Pejabat Breast Cancer Foundation. Sambutan Hari Wanita Antarabangsa turut diraikan semasa program ini. Tahniah kepada pihak penganjur di atas penganjuran program ini.

Wednesday 3 April 2019

PROGRAM PENDIDIKAN KanWork : LET'S TALK CANCER

Kuala Lumpur, 30 Mac 2019 Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Pantai Hospital Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Pendidikan yang bertajuk Let's Talk Cancer. Penceramah jemputan ialah Dr. Mastura Md. Yusof, Pakar Onkologi Klinikal, Pantai Hospital Kuala Lumpur.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan tentang maklumat asas kanser, apa yang perlu diketahui selepas menjalani rawatan, adakah kanser terkawal serta kanser berulang dan simptom.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan hadir menjayakan program ini. 

Monday 1 April 2019

KanWork @ Kem Kesihatan Komuniti Kempen Gaya Hidup Sihat


Banting, 24 Mac 2019 Persatuan Kanser KanWork telah menyertai Program Kem Kesihatan Komuniti Kempen Gaya Hidup Sihat di Dewan Jubli Emas, Kampung Endah, Morib, Banting. Program ini adalah anjuran Persatuan Bekas Pelajar SMK Tengku Ampuan Rahimah Klang (Alumni STAR Klang) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK). KanWork membuka booth kesedaran kanser semasa program ini. Terima kasih dan tahniah kepada pihak penganjur di atas penganjuran program ini.

KanWork @ Program World Cancer Day Fun Run 2019


Putrajaya, 23 Mac 2019 Beberapa orang ahli Persatuan Kanser KanWork telah menyertai Program World Cancer Day Fun Run 2019 di Institut Kanser Negara. Terima kasih kepada MAKNA yang telah menaja ahli KanWork dan tahniah kepada pihak penganjur di atas penganjuran program ini.

Saturday 30 March 2019

KanWork @ Bone Health Workshop



Kuala Lumpur, 9 Mac 2019 - Dua orang ahli Persatuan Kanser KanWork telah menghadiri Bone Health Workshop di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Intipati perkara yang dikemukakan dalam Bone Health Workshop berkisar tentang kesihatan tulang yang mungkin terjejas akibat penuaan, kesan sampingan rawatan seperti kemoterapi dan terapi hormon (kemusnahan tulang akibat rawatan kanser)  dan metastasis tulang.
Tulang menjadi tempat yang lazim bagi metastasis. Metastasis tulang atau “bone mets” terjadi apabila sel kanser dari tumor primer merebak ke tulang. Kanser prostat, kanser payudara dan kanser paru-paru besar kemungkinan akan merebak ke tulang. Dengan diagnosis dan rawatan yang sesuai, kebanyakan pesakit yang mengalami metastasis tulang dapat mengekalkan kualiti hidup yang baik.

Oleh itu, penting sekali bagi kita untuk mengetahui tentang kesihatan tulang. Tahniah kepada pihak penganjur.




Monday 18 March 2019

MESYUARAT AGUNG KanWork ke-14



Serdang, 16 Mac 2019. Persatuan Kanser KanWork telah mengadakan Mesyuarat Agung ke-14 di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan menjayakannya.