Friday 3 August 2018

RISALAH KANSER BAHARU TERBITAN KanWork


Persatuan Kanser KanWork, 31 Julai 2018 – Menyedari tentang pentingnya penyampaian dan penyebaran maklumat yang tepat tentang kanser kepada pesakit serta orang awam, Persatuan Kanser KanWork telah membangunkan bahan pendidikan dalam bentuk risalah. Terkini, sebanyak 2 risalah baharu telah diterbitkan iaitu Kanser Prostat dan Kanser Otak.

Risalah ini dipamer dan diedarkan semasa program-program kesedaran awam anjuran KanWork. Mereka yang memerlukan risalah ini boleh mendapatkannya dengan berkunjung ke Pejabat KanWork atau menghubungi talian helpline 1-800-22-8672. KanWork ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja dan individu yang telah memberi sumbangan ikhlas serta sokongan untuk pembangunan dan percetakan risalah ini.

Thursday 2 August 2018

PEER SUPPORT KanWork 3/2018


Seri Kembangan, 28 Julai 2018. Persatuan Kanser KanWork Satu sesi Peer Support KanWork telah diadakan di Pejabat KanWork. Tujuan sesi ini adalah untuk para pesakit, survivor serta penjaga (carer) berkongsi pengalaman menghadapi cabaran kanser serta mendapat sokongan emosi & psikologi. Seramai 11 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kanser. Moderator bagi sesi ini ialah Dr Meriam Omar Din, seorang kaunselor psikologi berpengalaman. Sesi Peer Support KanWork seterusnya akan diadakan pada 3 November 2018.

Wednesday 1 August 2018

KanWork @ War on Cancer


Kuala Lumpur, 26 Julai 2018. Persatuan Kanser KanWork telah menyertai program pelancaran War on Cancer Malaysia di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur. Program ini adalah inisiatif oleh College of Physician dan Academy of Medicine Malaysia. Pelancaran telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. KanWork telah membuka booth kesedaran kanser semasa program ini. 

Bersempena dengan pelancaran ini, KanWork telah terlibat untuk mengendalikan booth Sembang Bersama Survivor. Survivor yang terlibat terdiri dari pelbagai latar belakang kanser. Sesi ini memberi peluang untuk orang ramai berkongsi tentang cabaran dan pengalaman menghadapi kanser.


Qigong KanWork @ Kinrara Raya Picnic


Bandar Kinrara, 22 Julai 2018. Persatuan Kanser KanWork  Kumpulan Qigong KanWork @ Kinrara telah mengadakan Raya Picnic  Aidilfitri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Aktiviti QiGong KanWork diadakan setiap hari Ahad, dari 7.30 - 8.30 pagi di Taman Qaseh 3, Bandar Kinrara. Selain senaman  QiGong, ianya dapat mengeratkan ukhwah sesama ahli.

Semua dialu-alukan untuk turut serta di dalam Senaman Qigong.