Saturday 23 May 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami : Siri 37

Siri 37: JUADAH RAYA PKP

Kuih raya sudah, baju raya pun sudah. Lepas ini sediakan juadah raya pula.
Terbayang-bayang juadah raya yang selalu kita makan. Tradisi raya kita, makanan kena penuh satu meja! Tapi itu raya sebelum ini. Kali ini raya PKP. Macamana?

Kali ini kami kongsikan persiapan lapan ahli KanWork tentang juadah raya. Walaupun suasana yang berbeza, juadah raya akan tetap terhidang. Ada yang masak sendiri seperti biasa. “… masak macam biasa, cuma serba sikit je”, cerita Puan Zw. “Tiap-tiap tahun sama, order ketupat palas dan lemang, lauk dah ada yang siapkan awal, frozen” maklum Puan J pula. Puan Z masak nasi minyak Terengganu “resepi mak mertua”.

Setiap tahun Puan R akan buat ketupat bawang. Walaubagaimana pun tahun ini tiada daun kelapa, jadi buat nasi impit sahaja. Puan Nz hanya membuat tempahan rendang. Anak beliau akan sediakan lemang.

Dalam PKP ini Puan N tidak dapat balik ke kampung halaman. “…sebab tak dapat balik Terengganu, menu nanti ketupat palas frozen dari Terengganu juga”. Walau jarak memisahkan, makanan tradisi tidak dilupakan!

Puan A pula pertama kali beraya di rumah sendiri. Beliau dan adik beradik yang lain akan bergilir beraya di rumah ibu mereka seperti yang disarankan. Bagus! Puan A mengingatkan kita tentang jarak sosial ketika hari raya. Di raya ini beliau ingin mencuba resepi lemang viral, masak lemang guna ‘air fryer’.

Puan L juga tidak dapat pulang ke kampung. Rumah beliau menjadi tumpuan adik-beradik yang berada di sekitar Lembang Klang. Teringat keseronokan membakar lemang dan mengacau dodol semasa raya di kampung. Puan R bernasib baik. Raya ini semua ahli keluarga ada bersama.

Walaupun raya kali ini agak berbeza dan ada SOP PKP yang perlu dipatuhi, namun lebaran tetap diraikan dengan penuh kesyukuran dan bersederhana. Gembira dapat menyediakan juadah raya untuk seisi keluarga. Raya tetap raya! Sentiasa positif walau ada cabaran.

###################################

Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
Sila layari : https://www.donate.kanwork.org
atau
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan


MAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI PEJABAT PERSATUAN KANSER KanWork SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI


Selamat Hari Raya dari Persatuan Kanser Network Selangor dan Wilayah Persekutuan (KanWork)


KanWork Stay @Home: Cerita Kami : Siri 36

Siri 36: TADARUS RAMADAN PKP

Setiap individu akan berusaha untuk khatam dengan membaca serta bertadarus Al-Quran di bulan Ramadan. Bagaimana tadarus Ramadan tahun ini? 

Berikutan PKP aktiviti bersemuka tidak dapat dilaksanakan. KanWork telah menganjurkan tadarus secara dalam talian (WhatsApp Group). Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan! 

Kami kongsi di sini pengalaman tadarus Ramadan ahli dalam PKP. Sebelum ini mereka bertadarus di surau/masjid secara berkumpulan. Di Ramadan ini, mereka meneruskan aktiviti tadarus seperti biasa secara online atau di rumah.

Puan H pertama kali bertadarus secara online. “… mengikuti program ini bersama Ustaz, tak sabar menunggu sesi ini setiap hari”. Begitu juga Puan N, “… kami teruskan guna Zoom, then WhatsApp, now guna Skype, rasa canggih dengan media”. 

Walaupun tidak bersemuka, tadarus alam maya juga “mengeratkan silaturrahim”, kata Puan U. Puan T dapati cara ini “… lebih fokus dan tenang”. Puan S pula terpanggil untuk membantu rakan-rakan yang lain untuk memperbaiki bacaan secara online. 

Ada juga yang bertadarus di rumah sahaja bersama keluarga. “…dulu berkumpul di masjid, sekarang berkumpul dengan adik-beradik”, jelas Puan Nz.  Cara ini juga menjimatkan masa kerana tidak perlu ke surau. “… kalau di surau, pukul 8 pagi mesti dah kena ada, habis pukul 11 pagi”. Lagi pun, “… di rumah ikut masa kita, nak baca sebanyak mana pun ok”. (Puan F).

Secara online atau di rumah, semua ada cabaran. Walau pun online tampak mudah, tetapi kalau ‘networking problem’, susah juga! Sesi live FB  bergantung kepada internet, “kadang-kadang ok, ada yang tersekat-sekat”, terang Puan H. Lazimnya, bila bertadarus, ada ustazah/ustaz atau rakan yang menyemak bacaan. Tetapi bila membaca seorang, perlu lebih berhati-hati, Puan F memperingatkan.

Tadarus masih di teruskan walau dalam situasi mencabar. Ia juga adalah ‘spiritual healing’ kepada para survivor. 

#################################

Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
Sila layari : https://www.donate.kanwork.org
atau 
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan

Friday 22 May 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami : Siri 35


Siri 35: BAJU RAYA PKP

Secara tradisinya apabila hari raya mesti ada baju raya. Sedondon satu keluarga. Pelbagai warna. Kadang-kadang sampai susah hendak pilih warna tema! Bagaimana pula dengan baju raya tahun ini? Kami kongsikan persiapan baju raya enam orang ahli KanWork. 

Memandangkan hari raya diraikan dalam tempoh PKP, aktiviti ziarah raya sangat terhad. Rata-rata mereka tidak membuat persiapan baju raya. “… memang tak beli baju raya, pakai mana yang ada”, cerita Puan N. Begitu juga dengan Puan Z dan Puan ZW, “… tiada baju raya untuk tahun ini”. Bagi Puan S, “… postpone baju raya ke tahun depan”.

Beberapa ahli telah menyiapkan baju raya. Ada dengan menempah. “… baju raya baru sampai yesterday, tailor di Sungai Petani”, jelas Puan H. Jauh tu tukang jahit di Utara! Tetapi mungkin kita sudah biasa, jauh pun tidak mengapa! Yang penting sampai sebelum hari raya. 

Ada yang dengan membeli awal. Puan A beli ketika jual murah. “… beli baju raya hujung tahun lepas, time tu selalu seller buat clearance stok”. Puan R juga berbuat sedemikian, “…Beli siap-siap baju raya untuk anak-anak”. 

Ada yang ‘recycle’ baju lama. Contohnya Puan N. Supaya tidak membazir beliau hanya gunakan baju yang ada, “… apa pun baju yg kita pakai, raya tetap raya, ianya dihati kita.  … happy kita happy la raya!”. Begitu juga dengan Puan HZ. “… saya recycle je, ade 20 sets, so year 2020 pakai baju 1990, memang dah label and stopped buying since. Unless my friends n sister-in- law bagi preloved ones”. Beruntung Puan HZ!  

Tradisi tetap diteruskan dengan berbaju yang cantik di hari raya. Tidak semestinya baru! Walau ada perbezaan dan kekangan, masing-masing punya cara tersendiri untuk meraikan hari raya. Yang penting kita dan keluarga gembira. Jangan bersedih. Inilah “new normal” di Hari Raya PKP. 

###################################

Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
Sila layari : https://www.donate.kanwork.org
atau 
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan

Tuesday 19 May 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami -Siri 34

Siri 34: KUIH RAYA PKP

Tidak sampai satu minggu lagi kita hendak menyambut raya. Bagaimana persiapan raya dalam PKP ini? Pastinya ada yang berbeza.

Hari ini kami kongsikan persiapan beberapa ahli KanWork (survivor) tentang kuih raya. Tidak lengkap hari raya tanpa kuih raya!

Ada yang buat kuih sendiri:
“… saya dah buat kuih cornflakes”. (Puan J) 
“… saya buat sendiri, 6 jenis, buat dengan anak-anak”. (Puan Z)
“… dah siap 5 jenis. 1 hari buat 1 jenis”. (Puan ZW)

Ada yang anak-anak sediakan:
“… anak-anak yang sediakan semua, saya masak menu raya je nanti”. (Puan N)
“…. Beraya rumah anak tahun ini, anak-anak semua siapkan”. (Puan M)

Ada yang beli:
“Dulu isteri urus. Tahun ni order online tapi tak sampai-sampai lagi!”. (OJ)
“…persiapan macam biasa, kuih semua dah beli”. (Puan RH)
“… saya order je biskut raya online, murah, buat sendiri pun kos lebih kurang tu juga”. (Puan A)


Ada juga yang baru hendak buat sendiri. Harap-harap sempat, sebab kebanyakan barang sudah ‘out of stock’ dan kena berbaris panjang sebelum masuk kedai dimusim PKP ini!

“… tengah rancang nak buat kuih raya, nak cari bahan-bahan” (Puan R)
“… baru nak keluar beli bahan-bahan, teringin juga nak buat sebalang biskut semperit, cornflakes, nestum”. (Puan NS)

Seronok bila kuih raya semua telah disiapkan dan disediakan. Tetapi bahaya juga, bukan apa, takut sudah habis sebelum Syawal tiba!

“… banyak dah habis separuh, hari-hari cucu makan!”. (Puan ZW)
“… order 10 jenis. Order awal, dah habis 5 balang!”. (Puan A)

Biarpun agak berbeza tahun ini namun ‘rasa’ raya tetap sama.  Mereka gembira membuat persiapan hari raya untuk keluarga. Ianya satu proses penyembuhan sendiri dalam menghadapi cabaran kanser.

###################################

Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
Sila layari : https://www.donate.kanwork.org
atau
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 33

Siri 33 : BANTUAN PRIHATIN 

Dalam tempoh PKP ini, ada di antara kita yang terkesan dari sudut ekonomi/kewangan seperti hilang pekerjaan mahupun kurang sumber pendapatan. Tidak kiralah sama ada melibatkan perniagan yang besar mahu pun kecil. Ada yang terpaksa gulung tikar.

Pihak kerajaan telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat kepada semua peringkat dan golongan melalui 3 matlamat iaitu; Lindungi Rakyat, Sokongan Perniagaan dan Memperkukuh Ekonomi. 

Diantara jenis bantuan adalah; 1. Bantuan Prihatin Nasional (BPN), 2. Penangguhan bayaran pinjaman (bank, tabung Pendidikan), 3. mySalam, 4. Diskaun Bil Elektrik, 5. Bantuan kepada Kumpulan Mudah Terjejas, 6. Skim Persaraan Swasta, 7. Penangguhan Sewaan Rumah PPR/Premis Perniagaan, 8. Insentif Perkhidmatan Telekomunikasi (Internet percuma!), 9. Bantuan Kakitangan/Pesara, 10. Program Pengekalan Pekerjaan (majikan rasa terjamin!), 11. Bantuan e-hailing, 12. Geran Khas Prihatin dan lain-lain.  Syukur Alhamdulillah.

Selain insentif yang diberikan kerajaan, pihak Badan Bukan Kerajaan turut menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Contohnya, Majlis Kanser Nasional (MAKNA) memberi sumbangan pek makanan kepada pesakit kanser dan PELITAWANIS TNB Kebangsaan memberi sumbangan melalui Tabung Kilat Covid-19 kepada mereka yang terkesan dengan situasi pandemik ini. Individu tertentu juga turut menyampaikan sumbangan kepada golongan fakir/asnaf di seluruh negara.

Pelbagai pihak bersatu untuk membantu mereka yang memerlukan. Yang layak, ambil peluang untuk mendapatkan bantuan tersebut. Hargai dan manfaatkannya sebaik mungkin kerana bantuan ini tidak kekal selamanya. Usaha perlu diteruskan untuk kelansungan hidup di masa hadapan. 

Kekal patuh saranan kerajaan untuk membendung penularan Covid-19. Kita jaga kita. Kita boleh!

###################################

Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
Sila layari: https://www.donate.kanwork.org
atau 
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 32

Siri 32: MENANGANI CABARAN PKP

Bermula PKP Fasa 1 sehingga PKPB sekarang ini, pelbagai reaksi yang timbul. Mungkin akan bersambung lagi? 

Senario 1:
“…sambung lagi... macam mana ni? Temujanji dengan doktor dah dua kali tangguh, ubat dah nak habis”.
“…Bisnes tak jalan, duit simpanan dah tinggal sikit”.
“…panjangnya kena beratur, dahlah kena pergi seorang sahaja”. 
“.. asyik terkurung je ni, bosan sungguhlah”.
“…awak ni tak reti masak lauk lain ke?, …kari, kari, asam pedas”.
“… oh ngerinya, bahaya ni, Covid-19 masih banyak tapi kena pergi kerja”.
“Den belum 60, baru 57, selamat ke? Kencing manis ada, darah tinggi pun ada, tapi boss dah wasap, suruh datang kerja. Macam mana ni?”.

Senario 2: 
“…Alhamdulillah, sejak ada PKP dapatlah hari-hari bersama keluarga, dapat makan bersama”.
”… sembahyang berjemaah bersama keluarga”.
“… syukur ada internet, kerja-kerja pejabat boleh dibuat dari rumah”.

Begitulah antara isi hati mereka sepanjang PKP ini. Ada yang susah hati. Ada juga yang merasakan banyak hikmah yang tersembunyi!

Apa jua situasi yang kita harungi, kita boleh dan berhak memilih. Pilihlah perasaan, fikiran dan perlakuan yang menyenangkan diri kita dan mereka yang disekeliling kita. 

Sedikit panduan untuk anda menghadapi situasi PKP:
1. Kita perlu redha dengan situasi yang berlaku. 
2. Jangan mengharapkan semua perkara menjadi sempurna.
3. Tarik nafas dalam-dalam, tahan, hembus, tahan, tarik semula (dalam kiraan 8). Ulang sebanyak 10 kali.
4. Kurangkan membaca cerita negatif di media sosial.
5. Sentiasa jaga kebersihan diri.
6. Berseronok dengan ahli keluarga.
7. Berkongsi kerisauan dan kesedihan dengan yang lain. Jangan pendam sendiri. 
8. Boleh hubungi kaunselor berdaftar.

OJAY
Kaunselor Berdaftar / Ahli KanWork

###################################

Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
Sila layari : https://www.donate.kanwork.org
atau 
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan

Saturday 16 May 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 31

Siri 31: MERAWAT PESAKIT KANSER

Oleh sebab Penjagaan Kesihatan merupakan Perkhidmatan Perlu (essential), maka saya masih boleh pergi bekerja di hospital. Walau bagaimanapun, saya perlu membawa surat
kebenaran yang dikeluarkan untuk berulang-alik ke hospital. Surat ini sentiada di sisi! Jalan raya lengang. Kemalangan pun kurang. Ada kelebihannya apabila semua orang di minta duduk di rumah!

Hospital tempat saya berkerja mengenakan kawalan yang ketat sejak penghujung Januari 2020 bagi setiap orang yang masuk ke premis hospital (seperti pemeriksaan suhu badan dan pembersihan tangan dengan jel berakohol ketika masuk). Setiap kakitangan perlu menggunakan topeng (mask) yang disediakan oleh pihak hospital.

Sejak Februari 2020, bilangan pesakit yang datang ke hospital menurun! Mereka takut sekiranya bertemu dengan pembawa penyakit COVID-19. Jangan risau! Ini kerana pesakit yang disahkan dijangkiti COVID-19 di mana-mana hospital swasta hendaklah dipindahkan segera ke hospital yang disediakan khas oleh Kementerian Kesihatan untuk mengendalikan kes COVID-19.

Pada mulanya pesakit dan saudara-mara yang menemani mereka sukar untuk pergi ke hospital kerana terdapat sekatan jalan raya. Susahnya! Kemudian larangan keluar rumah ini dilonggarkan dan mereka perlu menunjukkan surat atau bukti janji temu. Syukur! Mereka masih boleh meneruskan rawatan/temujanji seperti biasa.

Di klinik pula pesakit perlu menjawab soalan tentang sejarah perjalanan mereka ke luar negara dan kontak yang diketahui mereka terkena penyakit COVID-19. Semua kakitangan dan doktor dinasihatkan supaya menjarakkan diri dan sentiasa memakai topeng.

Bagi pesakit kanser yang perlu meneruskan rawatan tertentu contohnya kemoterapi atau radioterapi, JANGAN SEKALI-KALI berhentikan rawatan kerana ianya akan menjejaskan penyakit atau menjadi lebih teruk! Pastikan anda mematuhi amalan menghindari tempat sempit, tempat ramai orang, serta jarakkan diri dan sentiasa menjaga kebersihan termasuk memakai topeng.

Dr. Azlina Firzah Abdul Aziz
Pakar Kanser Payudara/Ahli Bersekutu KanWork

#################################

Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
atau
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan

Gambar kredit: Mahkota Medical Centre

Friday 15 May 2020

KanWork TERIMA SUMBANGAN PELITAWANIS

Bangsar, 14 Mei 2020 : Persatuan Kanser KanWork mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh PELITAWANIS TNB KEBANGSAAN dari Tabung Kilat Covid-19. Cek sumbangan telah disampaikan oleh YBhg. Datin Wira Ungku Ashiela Ungku Hamzah (Timbalan Yang Di Pertua 2 PELITAWANIS TNB KEBANGSAAN). Kami hargai keprihatinan PELITAWANIS TNB KEBANGSAAN kepada yang memerlukan. Insya Allah sumbangan ini akan dimanfaatkan untuk menyokong mereka yang terkesan dengan kanser. 

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 30

Siri 30: JARAK SOSIAL

Penjarakan sosial atau ‘social distancing’ merupakan satu perkara yg luar biasa pada mulanya. Dalam tempoh PKP, semua perlu akur dan patuhi jarak sosial. Kenapa? Kerana ianya salah satu cara untuk kita mengekang wabak covid-19. Jarakkan diri 1-meter sahaja, bukan jauh sangat pun.

Rata-rata masih ramai yang mengamalkan jarak sosial. Hari ini kami kongsikan pengalaman beberapa ahli KanWork.

Puan N keluar ke kedai runcit untuk membeli barang keperluan. Pengunjung mengikut arahan yang diberikan. "... alhamdulillah tidak ramai orang di kedai, tapi masih berbaris ikut line yang disediakan" (Puan N) “... (kena) berbaris, tulis nama dalam buku sebelum masuk kedai", terang Puan K. Begitu juga bagi Puan S di pasaraya yang dikunjunginya, "...kena beratur, boleh scan QR code, ikut arahan pengawal keselamatan."

Barisan kadang kala panjang. Puan M kena beratur lama dalam panas. Suhu badan yang diambil sebelum masuk ke kedai agak tinggi. Tetapi bukan sebab Covid -19!

Puan S ada temujanji di hospital dalam tempoh PKP ini. Perlu daftar dahulu di klinik pakar "... beratur jarak 1 meter, duduk di kerusi yang disediakan, duduk pun jarak 1 meter"  Semasa di hospital, Puan M juga cuma boleh duduk di kerusi yang di tanda.

Di pejabat kerajaan yang Puan L kunjungi “ada tanda biru di atas lantai” bagi membantu pelangan ikut jarak sosial. Seperti di kedai yang Puan M langgani, di pejabat ini juga ada anggota RELA yang akan pastikan pelangan ikut jarak sosial.

Namun ada juga yang masih tidak peduli. Berbaris rapat-rapat, buat orang rasa tidak selesa. ".... hmmm geram la, rasa nak bawa tongkat hiking bila keluar, agak-agak kurang 1 meter, kita warning”. Luah Puan A. Awas ya kepada sesiapa yang tidak patuhi jarak sosial bila bertemu Puan A!

Nampak remeh, tetapi kesannya sangat besar jika kita tidak ambil berat. Walau di mana kita berada, sentiasa PATUHI JARAK SOSIAL ini. Tidak susah!

###################################

Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
Sila layari : https://www.donate.kanwork.org
atau
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan

Thursday 14 May 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 29

Siri 29 : TERAWIH PKP

Dalam tidak sedar, kita telah tiba di 10 Ramadan terakhir. Cepat sungguh masa berlalu. Bila sebut tentang Ramadan pasti ada solat terawih. Cuma kali ini sedikit berbeza kerana hanya boleh dilakukan di rumah.

Hari ini kami kongsikan pengalaman 5 orang ahli KanWork yang berterawih di rumah. Puan S berterawih bersama suami dan anak. “….. bila buat di rumah, kita ada ample time, tak tergesa-gesa nak siap dan gerak ke surau, tunggu imam datang je!”, cerita Puan S. “… moreh pun boleh sampai lewat malam”, sambungnya.

Puan P pula berterawih bersama suami di rumah. “….. berjemaah dengan suami, suami biasa buat 23 rakaat, saya ikut suami, … seronok walau hanya berdua, lebih relax, kalau belum mengantuk baca wirid atau ulangkaji hafazan” terangnya.

Encik A menjadi imam tarawih di rumahnya. Selalunya hanya menjadi makmum di masjid berdekatan. Baiknya? “….. jadi imam kena jaga tajwid sebab pak mentua pakar bab tu” jelas beliau.

Terawih di rumah juga dapat mengeratkan silaturrahim. Mengikut Puan S, “…. masa ni lah family bonding penting. Lepas terawih suami buat tazkirah ringkas, semak bacaan Al-Quran dan bagi nasihat untuk saling ingat-mengingatkan”. Puan U mendapati berterawih sebegini adalah “…. (satu) pengalaman yang indah dan manis”.

Walaupun ada kebaikan berterawih di rumah, tidak di nafikan rasa rindu untuk berterawih di surau atau masjid tetap ada. “…. tapi rindu berselawat beramai-ramai di surau, bersemangat semua!” (Puan S). Bagi Puan Z pula, “…. (saya) teringat bacaan merdu imam di masjid”.

Masing-masing punya pengalaman tersendiri berterawih dalam tempoh PKP ini. Pokoknya ibadat diteruskan. Semoga diredhai Allah.

###################################

Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
Sila layari : https://www.donate.kanwork.org
atau
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan


Wednesday 13 May 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 28

Siri 28: CABARAN PKP

Dalam tempoh PKP ini, pelbagai cabaran telah dan sedang di lalui. Takut. Risau. Gusar. Bimbang. Semua ada! Hari ini kami kongsi cabaran yang dihadapi 6 orang ahli KanWork (pesakit/survivor)

Jika tiada keperluan untuk keluar, duduk sahaja di rumah, lebih selamat. Sebabnya? “…. takut keluar sebab sistem keimunan kita masih rendah. … No visitor!” jelas Puan A. Strategi Puan B pula, “…. (I) limit myself from going out unnecessarily”. Beliau mengguna khidmat ‘runner’ atau beli secara online.

Ada juga yang perlu meneruskan rawatan di hospital samada bermalam atau ‘day care’ sahaja. Urusan ini mencabar juga! Dari pengalaman Puan C, “…kekangan staf di hospital, pesakit ramai, semua prosedur perlu ditapis termasuklah hendak buat temujanji”. Bagi Puan D pula, bila hendak ke hospital, beliau perlukan surat. “…tunjukkan semua dokumen lengkap, polis pun lepas”. Di Hospital X, pengiring tidak dibenarkan kecuali kes kritikal atau warga emas. Rintih Puan E, “…. sukar suami nak discuss dengan doktor untuk rawatan, saya kena buat keputusan sendiri”. Pengiring (yang
dibenarkan) pula memberi cabaran juga. “… (mereka) yang duduk di kerusi yang disediakan, sedangkan pesakit berdiri, saya harap mereka lebih memahami keperluan pesakit” tambah beliau.

Kewangan juga menjadi cabaran. Ada yang hilang pekerjaan, tiada sumber pendapatan yang tetap. Ingin cari pekerjaan baru, keadaan ekonomi belum menentu, apatah lagi status pesakit kanser, memang sukar! “…. (saya) ada juga mohon bantuan perubatan zakat, pending sebab PKP, …process pencen ilat pun pending, ..rayuan BPN pun kena reject”. Keluh Cik F.

Setiap individu menghadapi cabaran yang berbeza. Walau apa pun, perlu bersabar. Insya Allah ianya akan dapat di atasi. Semoga dipermudahkan!

########################################################

Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
Sila layari : https://www.donate.kanwork.org
atau 
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan

Sumber Gambar : Google

Tuesday 12 May 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 27

Siri 27: KETUA KELUARGA

Setiap ketua keluarga telah diiktiraf sebagai frontliner untuk mengurus hal ehwal keluarga di luar rumah dalam tempoh PKP ini. Agak lucu juga, dulu tanggungjawab ketua keluarga, sekarang jadi ‘duty calling!’ Tidak mengapa, ianya satu kepatuhan kepada PKP. Panik? Cemas? Tetap ada.

Kita perlu bersedia menangani perubahan. Dalam krisis ini, saya menitikberatkan Food Safety Net. Saya pastikan stok makanan keluarga mencukupi atau sedikit lebih supaya tidak perlu berulang ke pasar/kedai. Setiap ketua keluarga perlu atur strategi untuk bangunkan Food Safety Net masing-masing. “Nothing is over for any of us until it is over for all of us”.

Kita juga menghadapi ‘Social Isolation”. Pastikan internet ada untuk kegunaan keluarga. Perlu ada kemahiran atau ‘explore’ penggunaan Zoom, Skype dan Google Chat. Isteri saya tahu guna, tapi bila ada “error”, saya yang perlu ‘repair’. Berpeluh juga!

Urusan temujanji dengan pihak hospital perlu diteruskan. Rancanglah dengan sebaiknya. Hubungi pihak hospital. Juga balai polis berdekatan. Jangan nanti kena ‘u – turn’ bila jumpa sekatan jalan raya!

Periksa selalu kenderaan kita. Bateri kereta saya ‘kaput’ semasa PKP ini! Cukai jalan pun tamat tempoh. Kena memperbarui insurans secara online dahulu. Selepas tamat PKP baru uruskan cukai jalan.

Jangan lupa beriadah yang bolih juga mengurangkan tekanan. Satu trend global ialah ‘Victory Garden’, satu keluarga bercucuk tanam sayur dan herba untuk bekalan. Dapat kurangkan kos sambil beriadah. Anak saya membuat roti di rumah. Boleh follow Instagram: @srhmade !

Paling penting dalam krisis Covid-19 adalah ekonomi dan kesejahteraan keluarga. Masa ini kita bukan Ketua Keluarga Biasa-biasa. Kita Ketua Semasa Krisis. Gunakanlah kebijaksanaan untuk mengemudi keluarga kita!

Pesan saya; jika tidak perlu, Stay Home, Stop the Spread, Save Lives.

Dr. Othman (Ahli KanWork)

Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
Sila layari : https://www.donate.kanwork.org
atau
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan

Monday 11 May 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - SIRI 26

Siri 26 : SENAMAN

Kesihatan perlu dijaga. Di musim PKP ini, walaupun kita duduk di rumah, jangan lupa untuk amalkan gaya hidup sihat. Hari ini kita kongsikan amalan senaman seorang survivor KanWork, Dr. H. Seorang yang aktif, beliau sentiasa bersenaman. Cuba teka berapa umurnya? Ya, 71 tahun
dan 19 tahun sebagai survivor kanser. Sebut rentak muzik apa sahaja, pasti boleh! Dr. H juga telah memperkenalkan “Jogetrobik” (gabungan joget & aerobik) kepada
ahli KanWork. Menarikkan? Tidak perlu risau hendak buat di luar atau di gimnasium. Di rumah pun boleh!

Menurut Dr. H, senaman atau pergerakan dapat mengurangkan letih, kurang upaya, murung, kurang selera makan. “…kita kena cuba buat pelbagai senaman seperti
Zumba, Pilates, Walking at Home dan Weight Lifting”. Tambah beliau “…. semua ini boleh kita tonton di saluran YouTube dan buat di rumah sahaja bersama ahli keluarga yang lain”. Pasti lebih menyeronokkan!

Semua senaman ini boleh melancarkan perjalanan darah, meregangkan otot-otot, serta menambah kecergasan mental dan fizikal. Dr. H menyarankan beberapa siri senaman:

1. Walking - https://www.youtube.com/watch?v=baO6jTGmNFs
2. Pilates - https://www.youtube.com/watch?v=6NOQ08dVFgY
3. Zumba - https://www.youtube.com/watch?v=9_MxwQw10RI
4. Weight Training - https://www.youtube.com/watch?v=U0bhE67HuDY

Selamat mencuba! Semoga sihat!

#####################################

Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
Sila layari: https://www.donate.kanwork.org
atau
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan

Sunday 10 May 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 25

Siri 25: MEMBELI BARANG KEPERLUAN

Di bawah PKP kita dibenarkan keluar membeli barang keperluan. Kami kongsi di sini pengalaman 6 ahli KanWork membeli barang dalam PKP.

Ramai yang pergi ke pasaraya atau kedai yang kurang menjadi tumpuan serta berdekatan. Mengikut Puan R, “….disekitar rumah saya banyak kedai Acheh”. Puan N juga beli barang di kedai Acheh, “tak payah beratur, orang pun tak ramai”.

Ada yang membeli secara online. Dari tidak tahu kini semakin mahir! Siapa sangka ikan, sayur, bawang, buah-buahan sekarang boleh beli secara online. Semua di hujung jari!

Mengikut Puan A. “Semua ‘delivery’, ada ‘runner’, ada ‘personal shopper.” Puan J menambah, “….adik jual daging tu (sendiri) hantar, dah biasa dengan dia”.

Ada pula yang kurang yakin dengan runner. “…saya tak suka guna runner, memang suka beli sendiri, baru puas hati, lagi-lagi bahan basah”, jelas Puan S.

Walau bagaimana pun anda membeli barang, buatlah bila perlu dan secukupnya sahaja. Jangan terlalu sedikit (untuk hadkan kekerapan keluar rumah) dan jangan
‘panic buying’. Lebih mudah menggunakan e-wallet, kad debit atau kad kredit. Pesan Puan K,“… jika menggunakan tunai, perlu mengasingkan duit baki dalam plastik yang berlainan untuk disinfeksi”,

Sentiasa jaga jarak sosial dan kebersihan diri semasa keluar. Stay safe!

#####################################

Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
Sila layari : https://www.donate.kanwork.org
atau
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan


Saturday 9 May 2020

KanWork Stay @Home : Cerita Kami - Siri 24

Siri 24: Penjaga Pesakit Kanser

Seseorang yang dijangkiti penyakit kanser bukan kehendak mereka.  Sebaliknya ia satu ketentuan Allah SWT yang memilih mereka untuk diuji keimanan terhadap nikmat dunia yang sementara dan kesabaran serta redha.

Pesakit kanser sering terganggu emosi disebabkan perubahan fizikal dan gaya hidup serta pandangan masyarakat terhadap mereka. Oleh itu mereka sangat memerlukan sokongan kuat daripada orang sekeliling. Sebagai penjaga pesakit kanser, kita perlu bersabar dan berfikiran positif serta tenang dan bijak untuk mengurus pesakit.

Musim PKP menyebabkan pergerakan menjadi terbatas. Sebagai penjaga pesakit kanser, saya perlu kreatif mengisi masa isteri. Saya mengajaknya memperkemaskan halaman rumah disamping menaikkan akar beberapa pokok bonsai bunga kemboja agar kelihatan cantik. Kami juga bercucuk tanam sayur-sayuran seperti sawi, ulam cekur, ulam raja dan sebagainya.

Kami lebih banyak masa bersama di Ramadan musim PKP ini. Rutin pagi sibuk dengan menyediakan juadah bersahur. Diwaktu petang saya dan anak-anak akan bergotong-royong memasak untuk juadah berbuka puasa pula dengan tunjuk ajar isteri. Ini amat membantu beliau untuk melupakan seketika kesakitannya. Demi merebut pahala berganda di bulan Ramadan, isteri mengambil peluang bersedekah terutama untuk juadah berbuka. Waktu malam dihabiskan dengan solat Maghrib, Isyak dan Terawih berjemaah. Tugas saya sebagai imam manakala isteri akan memberikan komen dan nasihat kepada saya dan anak-anak selesai solat.

Sebagai penjaga pesakit kanser, kita perlu sabar dan memberi sokongan 100% kepada mereka tanpa rasa jemu. Sesungguhnya Allah SWT sangat suka kepada orang yang sabar dan bersyukur.

Dr. Mohd Faisol Ibrahim
Pensyarah Kanan USIM / Ahli KanWork

#######################

Anda boleh mendapatkan “Buku Panduan untuk Penjaga Pesakit Kanser” terbitan KanWork (2019) dengan menghubungi 1 800 22 8672/6013 5938627.

Baca selanjutnya di FB: kanwork.official

Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
Sila layari : https://www.donate.kanwork.org
atau
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan


Friday 8 May 2020

KanWork Stay @Home : Cerita Kami - Siri 23

Siri 23: MEMBACA ATAS TALIAN

Sudah hampir 2 bulan kita berjaya menghadapi PKP. Pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan pasti gusar dengan keadaan sekarang. Bagaimana dengan rawatan seterusnya? Rasa takut pun ada. Adakah selamat meneruskan rawatan di hospital sekarang ini? Pastikan anda menghubungi pihak hospital untuk penjelasan.

Pelbagai persoalan lain berkaitan kanser sering bermain di minda. Kalau tanya “Mr. Google” memang banyak maklumat, tapi sahih ke? Boleh percaya? Mana satu yang betul? Akhirnya….kita jadi “stress”!

Pernah dengar nama CaRE? CaRE (Cancer Resource and Education Centre) ataupun Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser merupakan salah sebuah pusat kecemerlangan Universiti Putra Malaysia yang memberikan perkhidmatan sumber pendidikan dan kesedaran kanser, perkhidmatan kaunseling kanser dan pemerkasaan kepada mereka yang terlibat dengan kanser serta kesihatan orang awam.

Jika anda ingin mendapatkan maklumat tentang kanser, di sinilah tempatnya! Pelbagai buku diterbitkan dengan penglibatan pakar dalam pelbagai bidang. Dalam situasi sekarang tidak perlu ke CaRE untuk mendapatkan maklumat kerana boleh didapati secara talian antaranya;

1. Pemakanan untuk Pesakit Kanser Payudara
2. Pengambilan Tenaga untuk Pesakit Kanser Payudara
3. Pengambilan Buah-Buahan dan Sayuran  untuk Pesakit Kanser Payudara
4. Kemoterapi Penjagaan Selepas Rawatan
5. Radioterapi Penjagaan Selepas Rawatan
6. Mastektomi: Penjagaan Selepas Rawatan
7. Lumpektomi: Penjagaan Selepas Rawatan
8. Kanser Kolorektum

Hanya klik di laman web CaRE http://www.care.upm.edu.my/ untuk membaca.

Semoga bermanfaat!

Professor Datin Dr. Sherina Mohd Sidik
Pakar Perubatan Keluarga & Timbalan Pengarah
Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE)
Universiti Putra Malaysia

###############################

Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
Sila layari : https://www.donate.kanwork.org
atau
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan


KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 22

Siri 22 : MENANAM BUNGA

Sebut sahaja tentang bunga pasti akan terbayang warna-warna yang indah, ceria dan mendamaikan. Melihat bunga boleh menjadi terapi diri. Cuba bayangkan di depan kita ada halaman yang penuh dengan bunga. Sangatindah!

Hari ini kami kongsikan aktiviti seorang survivor KanWork Dr. N yang suka menanam bunga. Seorang pensyarah, beliau menanam bunga di dalam pasu dan bekas plastik kitar semula, dan di atas tanah. Antara bunga yang ditanam ialah Biden, Ros Jepun, Balung Ayam dan Keembung. Lebih menarik, Dr. N turut membela lebah kelulut. Bunga-bunga ini akan membekalkan nektar dan debunga untuk kelulut!

Mengikut Dr. N, antara faedah yang diperolehinya; “…dapat mengisi masal lapang …mengeluarkan peluh, menenangkan jiwa, …menyejukkan kawasan rumah dengan teduhan dan membekalkan oksigen.”

Selain Dr. N, beberapa ahli KanWork lain juga suka menanam bunga. Jom kita tengok gambar tanaman mereka yang dikongsi dengan ahli KanWork di musim PKP ini. Moga jadi inspirasi untuk anda menanam bunga!

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
Sila layari : https://www.donate.kanwork.org
atau
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan

Tuesday 5 May 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 21

Siri 21: MENJAGA IBU BAPA

Warga emas berisiko tinggi dijangkiti oleh wabak COVID-19. Mereka perlu di beri perlindungan agar tidak terkena jangkitan.

Ahli KanWork, Hajah Z berkongsi pengalaman menjaga ibu bapanya dalam tempoh PKP ini. Masing-masing berusia 77 dan 87 tahun. Bapanya tidak memahami maksud PKP. Hajah Z
dan anak saudaranya (doktor) berusaha menasihatinya supaya tidak melakukan urusan seperti biasa (pergi ke bank, membayar bil dan membeli barangan). Hajah Z telah maklumkan bahawa semuanya boleh di buat secara online. Jika ingin keluar perlu memakai
‘facemask’ dan ‘hand sanitizer’. Setelah keluar berurusan, bapanya lihat segalanya tidak sama seperti belum ini. Akhirnya urusan secara online menjadi pilihannya.

Satu hari, bapanya di bawa ke klinik kerana terjatuh. Di klinik segala prosedur untuk kenalpasti simptom Covid-19 dilakukan (sejarah perjalanan, suhu badan & penjarakkan
sosial). Dia mula mehamami situasi PKP. Sekarang duit raya untuk cucu-cucunya telah di beri secara online!

Hajah Z membawa ibunya ke pasar dengan memakai ‘facemask’. Mereka memasak sendiri bersama-sama, “…kurang membazir, …kebersihanya terjamin.” jelas Hajah Z.

Hajah Z soronok bersama ibu bapa di musim PKP ini, “sekarang solat subuh dan maghrib pasti berjemaah. Di Ramadan ini solat tarawih juga… Semoga Allah SWT menerima ibadah
kami.”

Pesanan Hajah Z kepada yang menjaga ibu bapa;
1. Sering bersabar dengan kehendak mereka.
2. Kongsi tanggungjawab dengan adik beradik yang lain.
3. Jangan berkira dengan mereka (masa, tenaga, dan wang ringgit).
Insya Allah hidup kita akan diberkati dan sentiasa dilindungi.

Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini! 
Sila layari: https://www.donate.kanwork.org
atau
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan

Sunday 3 May 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 20

Siri 20: FRONTLINER KESELAMATAN

Anggota pasukan keselamatan adalah antara frontliner yang bertungkus-lumus berusaha mengekang penularan Wabak Covid-19. Kami kongsikan pengalaman dua ahli KanWork sepanjang PKP ini.

Setiap hari Puan A perlu bertugas untuk sekatan jalan raya. Berhujan berpanas demi negara. Berbagai gelagat penguna jalan raya dihadapi. Ada yang ingin menipu untuk melepasi sekatan jalan. “… tapi penipuan tak berjaya, saya suruh patah balik 😊 ceritanya. Walaubagaimana beliau bersyukur, “ … ramai yang hargai dan prihatin kepada frontliner”. Puan A seronok bertugas di Ramadan ini, “…berbuka ramai ramai (dengan rakan sekerja), ramai orang yang sedekah makanan untuk kami”.

Tuan B pula menjalankan tugas penyelarasan operasi. Semua perlu disiapkan segera! “Mengatur gerak kekuatan sumber manusia bukan suatu tugas mudah. … Memang mencabar sangat. Penat😕”, jelasnya.

Frontliner kita bekerja lebih daripada waktu yang kebiasaannya. Tidak cukup rehat! Apa peranan kita? Stay at home, amalkan penjarakkan sosial dan jaga kebersihan diri. Patuhilah PKP!

Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
Sila layari: https://www.donate.kanwork.org
atau
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan

Saturday 2 May 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 19

Siri 19: SEKOLAH DARI RUMAH

Dalam tempoh PKP, semua rutin harian berubah termasuk anak yang sedang bersekolah. Mereka sekarang perlu belajar secara ‘online’ di rumah. Lima orang ahli KanWork telah berkongsi pengalaman tentang sekolah dari rumah.

Anak-anak menggunakan Google Classroom, WhatsApp, Skype atau pun Zoom. Delian itu, boleh juga belajar melalui TV Pendidikan atau Selangor Tutor. Mereka perlu buat latihan, menyalin nota, dan mendengar penerangan guru. Ada juga yang perlu membuat hafazan dan hantar video kepada ustaz mereka setiap hari.

Ibu bapa rasa seronok kerana anak masih boleh belajar. Walaubagaimana pun, mereka menghadapi beberapa cabaran. Diantaranya:
1. Gajet tidak mencukupi! Semua anak perlu menggunakan laptop,
komputer, dan handphone untuk belajar. Ada anak-anak yang kena tunggu giliran apabila hendak belajar.
2. Capaian internet agak perlahan.
3. Ibu bapa perlu memberi panduan kepada anak-anak untuk setiap subjek.
4. Gangguan dari adik-adik yang masih kecil!
Sekolah dari rumah adalah “new normal” untuk guru, ibu bapa dan adik-adik kita yang sedang bersekolah !

Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
Sila layari : https://www.donate.kanwork.org
atau
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan