Tuesday 26 November 2019

RISALAH KANSER BAHARU TERBITAN KanWork


Persatuan Kanser KanWork, 25 November 2019 –KanWork telah membangun dan menerbit bahan pendidikan dalam bentuk risalah bagi memberi kesedaran kepada pesakit serta orang awam. Risalah Kanser Nasofarinks merupakan risalah terkini terbitan KanWork yang boleh diperolehi dalam salinan cetak dan salinan lembut. Sehingga kini, sebanyak 11 jenis penyakit kanser telah diterbitkan dalam bentuk risalah. Risalah ini dipamer dan diedarkan semasa program kesedaran awam anjuran KanWork. Risalah ini juga boleh didapati dengan berkunjung ke (i) Pejabat KanWork; (ii) menghubungi talian helpline 1-800-22-8672; atau (iii) memuat turun dari laman web www.kanwork.org. KanWork ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja dan individu yang telah memberi sumbangan dalam pembangunan serta percetakan risalah ini. 

Friday 22 November 2019

KanWork @ Karnival Kesihatan Tourism Malaysia 2019


















24 Oktober, Putrajaya : Persatuan Kanser KanWork telah dijemput oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia untuk mengadakan sesi perkongsian pengalaman bersama survivor kanser sempena Karnival Kesihatan Tourism Malaysia pada 24 Oktober yang lalu di Putrajaya. Pn. Safinaz Jaafar (ahli & sukarelawan KanWork) telah berkongsi pengalaman sebagai seorang survivor kanser payudara. Semoga perkongsian yang disampaikan memberi manfaat kepada semua. Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan ini dan tahniah atas penganjuran karnival kesihatan seumpama ini.

Thursday 21 November 2019

KanWork @ Conference One Year After the World Cancer Congress: Progress, Gaps and Opportunities


Persatuan Kanser KanWork telah dijemput untuk menyertai “Conference One Year After the World Cancer Congress: Progress, Gaps and Opportunities” anjuran Galen Centre for Health & Social Policy pada 31 Oktober 2019 yang lalu. 

Pengerusi KanWork telah membentangkan topik “Patients, survivors and caregivers: Have we made progress in survivorship and how can we do better?”. Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur atas peluang yang diberikan.

Dr. Mazanah bersama panel jemputan dari pelbagai NGO

Tuesday 12 November 2019

KanWork @ Hari Kesedaran Kanser “Kanser Suatu Rahmat Siri 1”

Serdang, 7 Nov 2019 Persatuan Kanser KanWork telah mendapat jemputan kerjasama dengan Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear, Universiti Putra Malaysia untuk Hari Kesedaran Kanser “Kanser Suatu Rahmat Siri 1” di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia. KanWork membuka booth pameran kanser semasa program tersebut. Terima kasih dan tahniah kepada pihak penganjur. Terima kasih kepada sukarelawan KanWork yang terlibat menjayakan program ini.

KanWork @ Program Kesedaran Kanser dan Peka B40 serta Saringan Kesihatan bersama Komuniti Kampung Tengah


Puchong, 3 Nov 2019 Persatuan Kanser KanWork  telah mendapat jemputan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Program Kesedaran kanser dan Peka B40 serta Saringan Kesihatan bersama Komuniti Kampung Tengah di Masjid Nurul Iman, Kampung Tengah, Batu 13, Puchong. KanWork membuka booth pameran kanser, mengadakan sesi perkongsian pengalaman Bersama survivor & carer KanWork, dan Sesi Sembang Diet oleh Dr. Suhaina Sulaiman semasa program tersebut. Terima kasih kepada pihak penganjur di atas jemputan ini. Terima kasih kepada sukarelawan KanWork yang terlibat menjayakan program ini.