Wednesday 15 March 2017

Mesyuarat Agung KanWork ke-12


Persatuan KanWork. Kajang, 12 Mac 2017. Mesyuarat Agung KanWork ke-12 telah diadakan dengan jayanya di Surau Pusat An Nur, Country Heights, Kajang. Seramai 34 orang ahli telah hadir untuk sama-sama bermesyuarat dan mengetahui pencapaian aktiviti KanWork di sepanjang tahun 2016. Selain bermesyuarat, sesi Terapi Ketawa yang dibimbing oleh Pn Oriana turut diadakan. Semua ahli mesyuarat berpeluang untuk mempelajari teknik terapi ketawa sebagai salah satu cara untuk kekal sihat dan ceria. Sebanyak 22 hadiah cabutan bertuah juga telah diberikan kepada ahli-ahli KanWork yang hadir.


Kajang, March 12th, 2017. The 12th KanWork Annual General Meeting was successfully held at Surau, Pusat An Country Heights, Kajang. A total of 34 members were present. Besides meeting, KanWork members also be briefed about the achievements of KanWork activities during the year 2016. In addition to meetings, Laughter Therapy sessions were organized by Mrs. Oriana. All members had the opportunity to learn the technique of laughter therapy as a way to stay healthy and happy. A total of 22 lucky draw prizes were also given to the members who attended the meeting.

Wednesday 1 March 2017

KanWork Volunteer Development Workshop 2017






Bandar Baru Bangi, 25 Februari 2017: KanWork dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Sukarelawan pada 25 Februari yang lalu di Hotel Bangi-Putrajaya. Bengkel ini bertujuan untuk memantapkan peranan serta fungsi KanWork melalui pelaksanaan program dan meningkatkan peranan sukarelawan kanser supaya berfungsi dengan lebih berkesan dalam penganjuran program. Bengkel ini dihadiri oleh ahli jawatankuasa serta sukarelawan KanWork yang berkaitan. Melalui bengkel ini juga, ia dapat menambahbaik aktiviti KanWork yang sedia ada serta perancangan yang strategik dalam pelaksanaannya. Fasilitator bengkel terdiri daripada Prof. Sharan B. Merriam dan Dr. Mazalan Kamis.



Bandar Baru Bangi, 25 February 2017: KanWork in collaboration with National Population and Family Development Board has organized a Volunteer Development Workshop at Bangi-Putrajaya Hotel. This workshop aimed to strengthen KanWork function by examining current practice. It also serves to provide a learning experience for our volunteer to function more effectively in organizing the society program. This workshop was attended by KanWork committe and related volunteers. The workshop was also meant how to improve KanWork’s activities and strategic planning to implement the activities. The session was facilitated by Prof. Sharan B. Merriam and Dr. Mazalan Kamis.