Thursday 28 April 2016

Program Sokongan dan Lawatan Pesakit


Bangi, 27 Februari 2016. Persatuan KanWork telah mengadakan satu seminar khas untuk para sukarelawan sokongan pesakit KanWork. Seminar ini disampaikan oleh Ustaz Zul Ramli dan dihadiri oleh 40 orang sukarelawan sokongan pesakit. Dua topik utama yang dikupas oleh Ustaz Zul Ramli adalah  Adab-adab Menziarah Orang Sakit dan Amalan Meraih Husnul Khatimah. Ini diikuti dengan sesi soal jawab dan perkongsian pengalaman bersama  3 survivor dan penjaga pesakit kanser. Adalah diharapkan agar program ini dapat menyuntik semangat dan motivasi sukarelawan KanWork agar terus memberi sokongan (istiqamah) kepada pesakit dan keluarga yang memerlukan.

Mesyuarat Agung KANWORK ke-11


Kajang, 13 Februari 2016. Persatuan KanWork telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-11. Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 42 orang ahli KanWork. Antara agenda dalam mesyuarat ini adalah meluluskan minit mesyuarat lepas, memberi penghargaan kepada mantan barisan AJK 2014-2016, melantik AJK baharu untuk tahun 2016-2018 dan membentang serta meluluskan kewangan persatuan untuk tahun 2015. Melalui mesyuarat ini, seramai 16 orang AJK baharu dan 2 orang juruaudit telah dipilih dan dilantik. Berikut adalah senarai nama AJK 2016-2018 :



Pengerusi
Dr. Mazanah Muhamad

Timbalan Pengerusi
Prof. Madya Dr. Nobaya Ahmad

Setiausaha
Dr. Mariana Mohd Yusoff

Timbalan  Setiausaha
Pn. Maznah Meor Razali

Bendahari
Pn. Ruhaidah Ahmad

Timbalan Bendahari
Pn. Norma Muhamad



Ahli Jawatankuasa :
Hj. Badrulhaisam Samsuddin
Cik Aida Maskor
Datin Dr. Rosenani Abu Bakar
Dr. Norfilzatun Borhan
Pn. Rosey Syafinie Miskam
Pn. Safinaz Jaafar
En. Rosmadi Ibrahim
Pn. Haliza Abd Halim
 

Tuesday 26 April 2016

Program Pembangunan Sukarelawan

Seri Kembangan, 16 Januari 2016. Satu Program Pembangunan Sukarelawan telah diadakan di pejabat Persatuan KanWork. Program ini bertujuan mengumpulkan sukarelawan baharu yang berminat untuk menyumbangkan tenaga untuk KanWork. Seramai 11 orang sukarelawan baharu menghadiri sesi taklimat ini. Taklimat berkaitan KanWork dan aktiviti-aktiviti KanWork telah diberikan oleh Dr. Mariana Mohd Yusof selaku Setiausaha KanWork. Hasil daripada taklimat tersebut para sukarelawan  berpeluang untuk mengenal pasti biro-biro yang bersesuaian dengan minat dan kepakaran masing-masing. Para peserta juga telah memberikan beberapa cadangan untuk membantu agar pengoperasian KanWork menjadi lebih efektif . Pada akhir program diharapkan agar sukarelawan baharu KanWork ini dapat terus memberikan sumbangan secara berterusan demi kepentingan KanWork.