Monday 27 June 2016

Tazkirah Ramadhan

Putrajaya, 11 Jun 2016 (Sabtu). Persatuan KanWork. Satu program tazkirah Ramadhan yang bertajuk “Hikmah Ramadhan” telah di adakan di Auditorium Hospital Putrajaya. Tazkirah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Dr. Abdullah Yasin, seorang pendakwah dan penceramah bebas. Peserta yang hadir terdiri dari survivor kanser, sukarelawan, carer (penjaga), serta orang awam yang berminat. Di antara pengisian tazkirah Ramadhan ialah setiap manusia yang diberi ganjaran oleh Allah SWT itu perlu sabar. Kumpulan orang-orang yang masuk Syurga tanpa dihisab ialah golongan orang yang mempunyai kesabaran yang tinggi. Setiap manusia itu diwajubkan berpuasa pada yang mampu dan perlu memperbanyakkan amalan ibadat di bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain. Semoga tazkirah ini bermanfaat kepada semua yang hadir.

Friday 3 June 2016

Tazkirah Ramadhan - 'Hikmah Ramadhan'


Kesedaran Awam: Kempen Kesedaran Kanser


Persatuan Kanser KanWork, Sepanjang Mei 2016, Persatuan KanWork telah mengadakan 4 Kempen Kesedaran Kanser iaitu pada 8 Mei 2016 di Maeps, Serdang semasa Program Reunion Alumni NCSU, pada 13-15 Mei 2016 di Masjid Putra, Putrajaya semasa Program Bersama Kariyah Masjid Putra, pada 15 Mei 2016 di Masjid Kinrara, Puchong semasa Program Bersama Kariyah masjid Kinrara dan pada 22 Mei 2016 di Maeps, Serdang semasa Program Reunion 40TDK UPM.  

Melalui aktiviti ini, pengunjung boleh menyedari bahaya kanser dan mengetahui bagaimana penyakit ini dapat dielakkan atau diubati. Antara lain, pengunjung juga boleh mendapatkan bahan bacaan mengenai penyakit kanser, tunjuk ajar PSP (pemeriksaan sendiri payudara), risalah berkaitan pengesanan awal kanser, dan sokongan daripada sukarelawan yang bertugas di mana sukarelawan juga merupakan kanser survivor. Melalui 4 program ini, seramai 190 pengunjung telah datang ke gerai pameran KanWork.

PEER SUPPORT KANWORK


Persatuan Kanser KanWork, SERI KEMBANGAN, 30 APRIL 2016. Biro Sokongan Dan Lawatan Pesakit telah mengadakan satu sesi peer support di Pejabat KanWork. Tujuan sesi ini di adakan adalah untuk para pesakit, survivor, serta penjaga (carer) berkongsi pengalaman sepanjang menghadapi cabaran kanser. Seramai 18 peserta telah hadir yang terdiri dari pelbagai latar belakang kanser. Fasilitator sesi peer support ini ialah Dr. Nor Aniza Mohd. Ali. Di antara topik yang dibincangkan ialah berkenaan dengan rawatan, ubat, kanser berulang, pemakanan serta sokongan emosi.