Thursday 29 October 2015

Kempen Kesedaran Kanser Bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2015 Peringkat IKN

Pameran KanWork di Kempen Kesedaran Kanser Payudara 2015 di IKN

Putrajaya, 27 Oktober 2015, Persatuan KanWork. KanWork telah memenuhi jemputan mengadakan pameran kesedaran kanser iaitu Pink Carnival di Institut Kanser Negara (IKN) sempena Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2015 Peringkat IKN. 

Antara aktiviti yang disediakan di gerai pameran KanWork adalah seperti perkongsian pengalaman bersama survivor kanser, pameran poster, memberi tunjuk ajar PSP  pemeriksaan sendiri payudara dan jualan amal buku kanser. Seramai 43 orang pengunjung  melawat gerai pameran KanWork. 

Terima kasih diucapkan kepada sukarelawan KanWork yang sudi meluangkan masa untuk bertugas dan menjayakannya.

Wednesday 28 October 2015

Program Kesedaran Kanser KanWork di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati

 
TAMAN MELAWATI, 24 OKTOBER 2015 (SABTU), Persatuan KanWork – KanWork telah menganjurkan Program Kesedaran Kanser Bersama Komuniti di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati. Program ini adalah dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) dan Biro Pendidikan Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati.  Di antara pengisian program ialah Ceramah Kesedaran Kanser, Sesi Perkongsian Pengalaman Bersama Survivor, Pemeriksaan Kesihatan (Ujian Glukosa, Ujian Tekanan Darah & BMI), Ujian Pap Smear, Pemeriksaan Klinikal Payudara, Teknik Pemeriksaan Payudara Sendiri (PSP), Pendaftaran Subsidi Mammogram, Pameran Kesedaran Kanser, Jualan Buku Kanser/Doa, Mini Spa (Foot Massage /Head & Shoulder Massage), serta Jualan Amal. Ceramah disampaikan oleh Dr. Azura Deniel, Pakar Onkologi, Hospital Kuala Lumpur. Aktiviti sepanjang program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari kariah masjid dan komuniti di sekitar Taman Melawati dan telah dihadiri seramai lebih kurang 180 orang.  Program ini turut di hadiri Cik Muntaza Manhuri, Pegawai Bahagian Reproduksi Manusia LPPKN yang mewakili Ketua Pengarah LPPKN.
 



Saturday 17 October 2015

Jemputan Ke Program Kempen Kesedaran Kanser di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati

Semua dijemput hadir untuk memberi sokongan kepada Program KanWork. 

Program Pendidikan KanWork: "Merancang Harta Pusaka"


KELANA JAYA, 10 OKTOBER 2015, PERSATUAN KanWork: Satu program Pendidikan dan Sokongan Kanser yang bertajuk “Merancang Harta Pusaka” telah di adakan di Dewan Seri Jugra, TH Hotel, Kelana Jaya. Program ini adalah anjuran Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Ceramah disampaikan oleh En. Mohd Irwan Bin Abu Zahar, Pakar Perancangan Harta Pusaka Islam. Seramai 32 orang telah hadir terdiri dari pesakit, survivor kanser, sukarelawan, carer (penjaga), serta orang awam yang berminat. Majlis turut dihadiri oleh En. Hairil Fadzly Bin Md. Akir, Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga LPPKN yang mewakili Ketua Pengarah LPPKN.

Diantara pengisian ceramah ialah tentang apa itu perancangan harta pusaka Islam, harta pusaka dan faraid, wasiat, kelebihan wasiat, deklarasi hibah, deklarasi harta sepencarian, serta kesan atau akibat tiada perancangan harta pusaka. Program yang dijalankan mendapat sambutan yang menggalakkan dari peserta yang hadir.

Sunday 4 October 2015

Program Pendidikan & Sokongan Kanser : "MERANCANG HARTA PUSAKA"


Jemputan ke Program Pendidikan & Sokongan Kanser : "Merancang Harta Pusaka" pada 10 Oktober 2015 (Sabtu). Sila sahkan kehadiran tuan/puan sebelum atau pada 6 Oktober 2015 dengan menghubungi talian seperti di atas.

Program Pendidikan KanWork : "Kanser: Kepentingan Pemakanan"


Putrajaya, 19 September 2015 (Sabtu), Persatuan KanWork. Satu program Pendidikan dan Sokongan Kanser yang bertajuk “Kanser: Kepentingan Pemakanan” telah di adakan di Auditorium, Hospital Putrajaya. Program ini adalah anjuran Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Program ini turut disokong oleh Jabatan Pembedahan, Hospital Putrajaya. Ceramah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Suhaina Binti Sulaiman, seorang pensyarah di Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Seramai 80 orang telah hadir terdiri dari pesakit, survivor kanser, sukarelawan, carer (penjaga), serta orang awam yang berminat. Majlis turut dihadiri oleh Pn Rokiah Binti Don, Pengarah Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia yang mewakili Ketua Pengarah, Kementerian Kesihatan Malaysia serta Matron Zurina Mohd. Isa yang mewakili Ketua Pengarah LPPKN.

Diantara pengisian ceramah ialah tentang kesan sampingan rawatan berkaitan pemakanan, pemakanan semasa dan selepas rawatan, mitos dalam pemakanan kanser, diet neutropenia, saranan pemakanan untuk pemandiri kanser, peranan rawatan komplimentari dan alternatif dalam kanser serta peranan penjaga. Sesi kumpulan sokongan juga turut diadakan selepas sesi ceramah. Seramai lebih kurang 15 orang peserta (pesakit/survivor/carer) dari pelbagai latarbelakang kanser menyertai sesi tersebut. Program yang dijalankan mendapat sambutan yang menggalakkan dari peserta yang hadir.